Wednesday, April 6, 2011

Yuri Gagarin: Manusia pertama ke ruang angkasa

Kini hampir genap 50 tahun Yuri Gagarin mencatatkan sejarah sebagai angkasawan pertama berjaya keluar ke angkasa lepas dan mengeliling orbit bumi pada 12 April 1961. Kejayaan Gagarin bukan sahaja dibanggakan oleh Kesatuan Soviet tetapi turut dibangakan di seluruh negara sebagai satu sejarah dunia. Pada usia 27 tahun Gagarin, telah menunjukkan kemenangan Kesatuan Soviet mendahului Amerika Syarikat dan melampaui kejayaan politik mereka pada saat itu.

Gagarin dilahirkan di desa Klushino, luar Moskow, ayah Gagarin adalah seorang tukang kayu, sementara ibunya bekerja sebagai seorang pemerah susu. Pada tahun 1955, Yuri Gagarin memasuki Pilot School Orenburg, bekerja dengan Tentera Udara Soviet sebagai leftenan. Selepas berkahwin dengan pasanganya Valentina seorang lulusan Orenburg Medical School, Gagarin mula melibatkan diri sebagai juruterbang pesawat pejuang. Dan pada tahun 1960, Gagarin bersama-sama dengan 19 yang lain dipilih sebagai calon untuk program luar angkasa oleh Kesatuan Soviet.

April 1961, Yuri Gagarin  telah meluncur ke angkasa daripada Tyuratam Missile Range (kini Kosmodrom Baikonur) menggunkana Vostok 1. Selepas berjaya membuat pusingan orbit bumi secara solo dan berada orbit selama 108 minit, Gagarin berjaya mendarat dengan selamat dekat dengan Sungai Volga. Kejayaan itu menjadikan ia selibriti antarabangsa dan kemudian dianugerahkan gelaran Pahlawan Kesatuan Soviet oleh pemimpin Kesatuan Soviet Nikita Khrushchev pada ketika itu.  

Gagarin juga telah dipilih sebagai angkasawan kedua back-up untuk angkasawan Vladimir Komarov misi Soyuz 1 yang dilancarkan ke orbit pada 23 April 1967. Namun Soyuz 1 yang membawa Komarov seorang diri mengalami masalah teknikal semasa memasuki admosfera dan terhempas pada kelajuan tinggi di permukaan bumi menyebabkan Komarov meninggal dunia. Kejadian ini telah disahkan adalah penerbangan fatal yang pertama dalam sejarah Spaceflight. 

Yuri Gagarin tidak lama menikmati status ternamanya sebagai manusia pertama ke luar angkasa. Gagarin telah meninggal pada 27 March 1968 ketika pesawat MiG-15 semasa menjalani latihan rutin berhampiran bandar Kirzach utara-timur Moskow. Umur Gagarin pada ketika itu ialah 34 tahun. Co-pilot Gagarin Vladimir Seregin juga turut meninggal. Punca kemalangan itu tidak diketahui. 

Kini kejayaan 50 tahun Gagarin dikongsi bersama bukan sahaja Kesatuan Soviet tetapi diseluruh dunia. Hari memperingati Yuri Gagarin menembusi ruang angkasa diraikan di kebanyakan bandar besar seperti di New York, Washington DC, London, Tokyo, Moskow, Sydney, Beijing, Delhi hingga ke Nairobi. 

" Ruang angkasa adalah sesuatu yang menyatukan kita semua, ia adalah isu global" kata presiden Russia Medavedev.


Sumber: BBCNews, VivaNews and Wiki.



10 comments:

adwafarahin said...

woaawww baru tahu :)

Shamsuddin Amin said...

byk juga ko tau ni...
cayyok...^^

GiveAsh said...

adwa..heheh aku pun baru tau gak..:P

GiveAsh said...

SA: makanya bacalah olehmu..

Aujinz said...

ha'ah.. dulu Yuri Gagarin memang idola aku.. hehehehhee

GiveAsh said...

yuri gagarin mmg sngt membanggakan..

Shazmiey Abdurahman said...

errr,, siapa manusia pertama menemui marikh?? hah! ni mesti ko nda tau! aku dah agak dah!

GiveAsh said...

cit! aku tak tahu..kna menggoogelkan diri dulu..

Shamsuddin Amin said...

knp sdh lama kagak update...???
ak libur, kamu juga ikutan libur..???
hahaha

GiveAsh said...

persetan!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!