Selasa, 1 Mac 2022

Review Menginap di Oreantal Hotel Kota Kinabalu



Assalamualaikum gaiss.. pernah kah korang menginap di hotel Oreantal Hotel Kota Kinabalu. Hotel lama yang terletak betul-betul di tengah tengah bandar KK.

Bilik luas dan selesa, harga tak de la mahal sangat. Boleh la bagi sesiapa yang ingin bercuti dengan bajet sederhana.

Antara kemudahan - kemudahan lain yang ada di sini ialah kolam renang dan lain lain lagi. Kalau menginap di sini saya sarankan supaya ambik sekali pakej sarapan dia, sebab sarapan dia sedap dan banyak pilihan makanan. Sarapan puas hati dan tak rugi.

Menunggu grab car di lobi hotel

Bilik yang luas dan selesa

Petang-petang atau awal pagi boleh mandi kolam.

Ayra happy bergambar dengan pokok crismas 



Jumaat, 2 Julai 2021

Pasar Ikan Masin Sabah

Hi Assalamualaikum..apa khabar.. sedia maklum Sabah terkenal dengan ikan masin yang dijual di pasar pasar. Di sini korang boleh dapatkan ikan masin, udang kering, ikan bilis kering dan banyak jenis lagi dengan harga yang murah. Dah la murah segar pulak tu. Aumm..


Sudah menjadi kebiasaan, apa bila ada kawan kawan, boss boss atau sedara mara yang datang ke Sabah ikan masin/bilis kering/udang kering adalah ole ole yang biasa dibawa balik ke Semenanjung selepas bercuti.

Ikan masin boleh di dapati di semua daerah daerah di Sabah. Cumanya tinggal pandai pilih dan tawar sahaja apabila hendak membeli.


Kepada korang yang datang ke Sabah, ingat Sabah ingat ikan masih hahaha. Bye..

Isnin, 28 Jun 2021

Cara Daftar E Census - Banci Online Menggunakan Handphone

Seperti yang korang semua sedia makum pada tahun ini kerjaan daripada Jabatan Perangkaan akan membuat banci. Bancai kali ini adalah banci yang keenam sejak Malaysia di tubuhkan dan ianya sangat penting untuk mengumpul data-data dan maklumat populasi penduduk di Malaysia bagi memudahkan kerajaan membuat keputusan yang berkenaan dengan penduduk atau rakyat Malaysia. 

Sebab itu banci adalah sangat penting dan setiap penduduk di Malayisa wajib memberikan kerjasama menyalurkan menyalurkan maklumat yang tepat kepada pembanci.

Jika sebelum ini membanci dilakukan oleh individu yang dilantik oleh Jabatan Perangkaan untuk pergi membuat bancian dari rumah ke rumah. Mereka pergi ke setiap pelusuk dalam negara dan menyusuri laluan yang bermacam-macam untuk menjalankan tugas mereka. Tetapi pada kali ini kerajaan telah memperkenalkan system baru yang lebih mudah, jimat, selamat dan mengurangkan risiko boleh dijangkiti covid19.

Bermuka 7hb Julai eCensus boleh dilakukan dengan hanya mengunakan handphone sahaja. 


Aset Keselamat Malaysian Di Lahad Datu - Jangan Pelik Situasi Ini.


Hi gaiss assalamualaikum.. terdapat satu ungkapan atau gurauan yang biasa aku dengar di daerah Lahad Datu "Lahad Datu adalah salah satu tempat yang paling selamat di Malaysia" hahaha.

Seperti yang korang tahu sebut sahaja Lahad Datu mesti korang kat luar sana teringat kes percerobohan pengganas di Kg Tanduoo di Felda Sahabat. Peristiwa hitam yang sangat sinonim dengan daerah ini.


Selapas kes di Kg Tanduo, terdapat lagi siri pencolekan pengganas dari Philippine di perairan pantai Timur Sabah. Disebabkan itu kerajaan Malaysia sentiasa pemperkukuhkan lagi keselamatan di kawasan ini. Kerajaan juga menubuhkan ESCOM yang dikhususkan menjaga perairan pantai Timur Sabah dari diganggu gugat oleh pencoroboh dan pengganas daripada luar.


Maka tidak hairan la jika aset aset keselamatan kerajaan dan pasukan askar berlegar legar di bandar atau kawasan kawasan tertenti di daerah ini. Ia bagi memastikan keselamatan penduduk dan amnya kepada Negari Sabah kita yang tercinta ini.

Bagi korang yang first time datang ke Lahad Datu, jagan pelik dan hairan. Ada berada di zon selamat haha.

Babab.net