Sabtu, 3 Ogos 2013

Tahun Ni Tak Beli Baju Melayu Baru

Baju melayu tuk aku selalunya baju melayu yang ditempah..satu sebab problem pada size badan aku yang kecik even size xs pun still nampak macam pakai kain langsir, kat bahagian tangan dan kaki mesti mengelebeh..yang kedua aku suka pilih sendiri material dan design baju..design tak de la vogue sulam sulam bayai macam artis..sebab aku suka yang simpel je..

Tapi kali ni aku dah decide raya tahun ni aku tak pakai baju melayu baru..pakai je baju raya tahun tahun lepas punya..
Berapa tahun ni asyik buat baju melayu baru je..fikir fikir rasa macam membazir pun ada jugak..ye la baju melayu aku tak pakai sangat pun..pakai time raya je.. kalau kat rumah memang tak la aku nak pakai baju melayu hari hari..

Selalu pakai masa pegi solat jumaat atau time solat magrib je..tu pun jarang, ikut mood, pakai baju melayu pun yang dulu dulu punya.. baju masa zaman study kat uni..kalau gi solat jumaat gerak daripada tempat kerja pulak aku biasanya pakai baju kerja je..

See..nampak kan..baju melayu banyak banyak nak buat apa..kalau boleh pakai jalan jalan kat sunway ka midvalley ka pavilion ka tak pe la jugak haha..

So, raya tahun ni pakai baju melayu tahun tahun lepas punya..tu je aku nak bagi tahu grrr...
Siang tadi aku gi sunway beli baju ni haha.. sebab sale maka aku pun teruja sampai beli dua pasang, harap aku tidak membazir hehe

Khamis, 18 Julai 2013

Selamat Hari Jadi Kepada Diri Sendiri

Saya ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada diri saya sendiri..terima kasih kepada Allah swt diatas semua kurniaanya..rezeki ini, keluarga dan rakan rakan serta kenalan yang baik..

Terima kasih juga kepada semua yang memberi ucapan selamat hati jadi di facebook, instagram, twitter, WhatsApp dan juga melalui pesanan ringkas sms..amin ya rabbal alamin dengan doa doa kalian..

Saya juga mendoakan semoga kita semua sentiasa mendapat barokah dariNya..dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatn yang baik..selamat dunia dan akhirat..

Thank you Allah.

Rabu, 17 Julai 2013

Orang Berkeyakinan Tinggi Mudah Berjaya

Agak lama jugak aku tidak menulis entry tentang pendapat kan.. last time cakap pasal pendapat aku tentang tren wanita bertudung masakini.. ni dah lama tak update otak pun jadi tepu sudah..

Mungkin short entry nak cakap tentang keyakinan diri.. yaaa keyakinan diri dapat menjadikan anda hidup berjaya.. betu la, sebagai orang yang dah berkerja.. menurut pengamatan aku orang yang  berkeyakinan tinggi pempunyai peluang yang sangat cerah untuk pergi jauh dalam bidang yang dia ceburi, lagi lagi orang yang bijak dan pandai bercakap..ini serius..

Sebenarnya aku agak jeles apabila melihat orang begitu yakin bercakap di hadapan orang ramai dan tak nebes.. lek je dia.. atau secara face to face memberikan pendapat dan hujah.. kadang aku tengok diorang ni tak de la bijak mana pun.. tapi disebabkan cara mereka bercakap ia dapat menarik minat orang lain, tambah tambah lagi dia nak kelentong orang yang bongok..

Pada satu keadaan tu kadang kadang orang tak nampak pun qualification.. ya aku setuju, salah satu cara untuk kita hidup berjaya ialah degan mendapatkan keputusan yang cemerlang semasa di university.. tapi serius aku nak bagi tahu kat korang.. yang tersangat lah penting ialah keyakinan diri.. keyakinan untuk bercakap, yakin menempuh cabaran, berani merima perubahan dan yakin dan terus yakin.. keputusan super cemerlang cuma sebagai tiket untuk kita get trough je..

Di dalam organisasi, orang yang mempunyai keyakinan diri dan bijak berkata kata dilihat sebagai orang yang unik dan berkebolehan.. apa yang menjadikan mereka mudah untuk dilihat di dalam kesesakan orang ramai.. itula dia package untuk mereka pergi jauh.. dan serius aku kurang dalam hal ini..sodih sob sob..

Selasa, 16 Julai 2013

Berbuka Puasa Di Asam House Setia Walk Puchong

Semalam kami telah berbuka puasa di Asam House Setia Walk Puchong..k bye tu je aku nak bagi tahu hahaha..

Aku tak tahu nak tulis apa sebenarnya..nak cakap apa tu je la..yeeaah kami berbuka puasa bersama kawan kawan..dah lama tak buat entry makan makan..terus jadi bengap pulak..


Asam House. 
Restoran biasa biasa je..tak de la grand sangat macam kat pavilion tu..kebanyakan makanan ala asian foods...menepati selera aku la..kedai dia satu ada kat depan entrances panggung gsc Ioi Mall Puchong wing lama dan yang terbaru dan terkini satu lagi kat Setia Walk kat Puchong gak..menjadi pilihan kitaorang sebab dekat dengan office, kena dgn selera dan tak mahal sangat..

Setia Walk Puchong.
Local business area yang agak high class dan grand..baru je bukak kat puchong ni..mungkin ramai lagi yang tak tahu..ingat nanti aku nak review dalam satu entry khas..tempat yang sangat wauuu ohsem..ada air sepanjang walkway kat tengah tengah di antara dua bangunan..dan lawa..

Kawan kawan office.
Lama tak ngeteh makan bersama sama dengan diorang..emm lama la kot..sejak bulan Ramadhan al kareem ni la..first time dalam bulan puasa kali ni kitaorang berbuka puasa bersama sema..hangout together gather..macam biasa la menggila kejap..haha

Selamat berpuasa kawan kawan.. :)


Tag: lepak dengan kawan office, gambar Setia Walk Puchong, Makan di Setia Walk Puchong, suasana di setia walk puchong, makan di asam house, iftar di asam house puchong, tempat berbuka puasa di setia walk puchong..

Babab.net