Isnin, 26 November 2012

Durian Crepe: Pengedar Durian Crepe



Ha! finally aku dah makan durian crepe yang famous tu.. ntah tetiba je durian crepe menjadi sebutan ramai di dalam internet ni.. aku tengok orang upload gambar di sana sini twitter, facebook dan blog, emmm nampak sedap..

Kebetulan pulak hari ni aku pegi menghadiri Seminar The Sustainable of Malaysian Agricultural Food Safety and Security kat MAHA2012 MAEPS Serdang.. so adala benda durian crepe ni jual kat situ, aku pun beli lah sekadar hedak mencuba, maklumlah curiosity tinggi nak jugak try sedap ke tak benda ni..

Pada aku bagi pengemar durian mereka pasti akan menyukai durian crepe.. mula mula ingatkan benda ni kena goreng atau rebus dulu sebelum dimakan.. rupanya ngaaap! macam tu je hahaha

So tolong peniaga bumiputra, bagi sesiapa yang nak merasa durian crepe ni.. berikut adalah alamat yang tertulis pada pack gambar di atas: Yummy Yellow (Durian Crepe)
Mum's Rich Food 
No.69 Jalan Pulau Lumut U10/76C
Taman Alam Budiman, Sek U10
40170 Shah Alam, Selangor 
Tel: Halim 017-2358535, Asma 0192-2710137

Kalau nak belajar resepi cam mana nak buat durian crepe ni, sila pegi ke blog cik epal, baru je google.. dia dah buat entry pasal ni jugka rupanya..emmm patutla durian crepe jadi famous.. blogger punya kerja rupanya hahaha

ps: habis makan durian sendawa bau macam haram...
ps: esok esok baru update pasal pegi maha hari ni..penat la
ps: I love you

Tag: Durian crepe sedap, mana nak dapat durian crepe, cara cara nak buat durian crepe, menjual durian crepe, sedapkah durian crepe, resepi durian crepe, durian crepe famous, penjual durian crepe, durian crepe bali kat mana

Ahad, 25 November 2012

Mutiara Sabah: Beza Mutiara Asli Dan Mutiara Palsu

Ramai yang meminati mutiara, kalau dalam negara kita Sabah adalah sangat sinonim dengan mutiaranya yang cantik digayakan sebagai perhiasan oleh wanita wanita yang gojes.. walaupun Sabah terkenal dengan mutiara tapi gelaran Pulau Mutiara adalah merujuk kepada Pulau Pinang..


Jika korang berkunjung ke Kota Kinabalu Sabah, Pasar Filipina adalah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh penggemar mutiara.. di sini terdapat banyak pilihan mutiara siap seperti gelang, rantai, subang, cincin, brooch, kerongsang dan banyak lagi.. yang jual bijik bijik (tak siap) pun ada..

Mutiara boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu mutiara air masin (laut dalam) dan mutiara air tawar.. mutiara air masin selalunya harga dia sangat mahal.. lebih kurang dalam RM90 lebih sebijik, kebanyakan bentuk dia adalah bulat.. manakala mutiara air tawar bentuk dia macam macam (bulat atau lonjung sedikit), harga dia tak mahal macam mutiara air masin.. darisegi warna lebih kurang sama aje..

Di pasaran terdapat banyak mutiara yang palsu sebenarnya, so entry kali ini memberikan sedikit info bagaimana untuk membezakan mutiara tulin dan mutiara palsu, antaranya ialah:


1. Mutiara original tidak mempunyai rupa bentuk yang super perfect, di permukaannya biasanya terdapat kedut, atau sedikit kecacatan dan bentuk tidak bulat yang perfect.. ini adalah disebabkan mutiara tersebut terbentuk melalui proses semulajadi pada cengkerang tiram/ hidupan air.. mutiara palsu mempunyai rupa bentuk dan permukaan yang hampir super perfect.. sebab ia diperbuat daripada mesin/ ciptaan manusia sendiri..

2. Jika dibakar menggunakan lighter mutiara tulin tidak akan melecet atau tidak ada kesan daripada pembakaran tersebut.. manakala mutiara palsu akan melecet apabila dibakar..

3. Apabila mutiara tulin digeselkan dengan gigi, gigi akan terasa seperti berpasir dan ngilu.. tetapi mutiara palsu pula adalah sebaliknya..

4. Mutiara tulin adalah lebih berat berbanding dengan mutiara palsu yang sama saiz.. terasa mutiara tulin lebih compact berbanding yang palsu.. cuba lambungkan mutiara tersebut untuk membezakannya

Mutiara yang terbentuk di dalam tiram.. isi tiram di lantak, mutiara buat butang baju melayu haha.. sumber gambar dairyhamil.blogspot.com

Ok itu je info tentang mutiara, so jangan tertipu jika korang membeli mutiara di Pasar Filipina KK, untuk membezaakannya, info ini mungkin berguna..tq.


Tag: Mutiara asli sabah, mutiara sabah murah, jual mutiara online murah, sabah banyak mutiara, cara bezakan mutiara original dan mutiara palsu, mutiara kata, mutiara jual murah, pasar pilipn jual mutiara, sabah dan mutiara, kota kinabalu banyak jual mutiara tulin, membezakan mutiara palsu dan tidak, tips membezakan mutiara palsu dan tulin 

Jumaat, 16 November 2012

Jenis Jenis Awan: Mari Terbang Bersama Saya

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami ABA5152 Abu Bagi Airline.. saya Abu Kacak ketua pramugara anda mengucapkan selamat pagi.. ketua juruterbang kita kali ini ialah Kapten Yousof dan dibantu oleh Kapten Syazana Zainn.. untuk makluman para penumpang sila pastikan anda berada di tempat duduk yang betul iaitu di tepi tingkap.. pastikan semua barang barang anda diletakkan di tempat penyimpanan barang sebelah atas atau di bawah tempat duduk anda.. pasangkan tali pinggang keselamatan anda dan dilarang merokok, merokok di dalam tandas akan menyebabkan alat penggera berbunyi.. matikan alat elektronik dan telefon bimbit anda.. anda juga dilarang untuk pergi ke tandas pada masa ini.. pastikan mata anda terbuka seluas luasnya dan perhatikan lah keindahan awan di sebelah luar sana..

awan tinggi

awan biru

awan tebal

awan nak hujan kain dijemuran

awan cantek

awan altokumulus

awan terbang 

awan sirus 

awan nano 

awan berarak pergi

awan wulan sinetron indonesia

awan dania

Duduk di dalam kapal terbang selama 2 jam 45 minit adalah sesuatu yang sangat membosankan.. tambah tambah lagi masa perjalanan malam.. hapoo pun tak boleh!!..

Sebab tu kadang kadang aku rasa seronok dan suka apabila kapal tu langgar awan, bergegar sedikit kapal tu baru ada rasa cuak sikit "pasangkan tali pinggang anda" dia cakap hoho.. kalau tak flet je tak de, perasaan.. buhsan!!..


Tag: pemandang awan daripada kapal terbang, tengok awan daripada tingkap kapal terbang, koleksi gambar awan, kapal langgar awan, indahnya awan, gambar awan, makan awan keh keh keh

Rabu, 14 November 2012

Taman Kaktus Cameron Highlands: Jalan jalan di Cactus Point Cameron Highlands

Yaaa musim cuti sekolah sudah bermula.. amacam banyak tak dapat invitations kahwin? ada tak dapat invitation aku? tak de kan.. sebab aku tak rancang pun nak kawin masa terdekat ni, rezki tak de lagi, jodoh pun tak sampai lagi.. wah! berani betul aku sentuh tang kahwin kat sini, jap lagi ada la tu komen komen berapi tuju kat aku hahaha.. tau sangat dah perangai korang semua..

Mengelak topik pasal kahwin, musim cuti sekolah juga adalah masa untuk bercuti cuti jalan jalan seisi keluarga, bawak anak anak satu family ke tempat tempat yang seronok.. pastinya ibu bapa juga akan berasa seronok apabila melihat anak mereka begitu gembira sekali..

Semalam anak buah aku yang ada kat Kedah PM aku kat facebook "Pakcik Abu, nanti ikutlah kami ke Sunway Lagoon".. je la kan musim cuti sekolah nak jenjalan.. hari tu masa aku kat Jitra diorang ada cakap nak gi Sunway Lagoon dan Gegoland aka Legoland..

Selain taman tema, Cameron Highlands juga menjadi destinasi ibu bapa membawa keluarga dan anak anak bercuti.. disebabkan aku selalu pegi kat CH atas urusan kerja, tahu sangat dah musim cuti memang susah nak dapat hotel.. jalan kat atas pun akan menjadi sesak..

Tapi semua itu tidak menjadi penghalang bagi mereka yang benar benar hendak bercuti di kawasan tanah tinggi itu.. dalam blog ini ada beberapa entry berkaitan dengan Cameron Highlands yang mungkin korang nak baca, just search "Cameron Highlands" kat ruangan search seblah kanan atas untuk jump ke entry entry tersebut..

Untuk kali ini aku bawakan kepada korang beberapa gambar yang mungkin boleh memberi sedikit gambaran di Taman Kaktus yang ada di Cameron Highlands.. nama tempat itu ialah Cactus Point..

Cactus Point ini adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi bagi setiap orang yang datang bercuti cuti di CH.. ia adalah syurga bagi penggemar kaktus.. sudah pasti mata korang akan menjadi juling melihat kaktus kaktus yang cantik dan comel..



Selain kaktus, di sini juga terdapat banyak bunga bunga lain yang cantik dan berwarna warni.. semunya dijual dengan harga berpatutan.. banyak pilihan.. tapi aku tak pastila pulak kan bunga ni boleh hidup lama ke tak kat bawah ni panas macam apa.. letak dalam opis berairkon boleh la kot..


Jangan lah kiranya aku ditanya tentang nama nama kaktus dan bunga bunga ini, sudah pasti aku tidak mempunyai jawapan untuk itu hahaha.. aku cuma suka melihat keunikan tumbuh tumbuhan ini..






 Periuk Kera

Di sini jugak terdapat barangan jualan lain, kot kot ini adalah destinasi last korang.. tak sempat atau lupa beli masa kat kedai kedai lain, so korang boleh beli kat sini.. daripada pasu bunga sampai ke asam asam semua ada..

Taman Kaktus Cactus Point ini terletak lebih kurang 4km daripada Brinchang menghala ke Kampung Raja, tepi jalan je.. tempat parking kereta agak banyak disediakan, tapi kalau time cuti sekolah agak susah jugak nak dapat parking..

Dan sebagai penutup.. gambar aku!! hahaha


Tag: jalan jalan di cameron highlands, cuti cuti di cameron highland, tempat menarik di cameron highlands, ladang kaktus brinchang, jenis jenis kaktus cameron highlands, melawat taman kaktus cameron highlands, jenis jenis bunga cameron highlands, jalan menuju ke taman kaktus, lawatan sambil belajar di cameron highlands, murah harga kaktus di cameron highlands..

Babab.net