Ahad, 11 November 2012

Topeng Superhero: Topeng The Incredible Hulk, Topeng Iron Man, Topeng Captain America, Topeng The Avengers Thor, Topeng Transformer Optimus Prime

Ini la dia superhero macam gampang.. copp!! aku nak kuar.. entry tak siap..bye..
---------------------------------
Aku sambung entry ni.. tinggal macam tu je kan hari tu, sebab nak kuar beli baju baru punya pasal hahaha.. gambar gambar kat bawah ni adalah gambar kat tesco puchong dan carefour puchong utama.. dua hari yang berlainan.. 

Kadang tu time lunch hour pegi kat tesco kejap.. ada la tu member opis rakan selunch yang nak beli barang sikit.. so kebiasaanya kitaorang akan pegi je sekali, saja saja tengok barang.. so, macam gambar kat bawah ni kejadiannya.. topeng Transformer dan Marvel Avengers..

Jumpa menan menan pegi buat main.. usah usah barang, padahal tak beli pun.. kejadah nak beli barang menan macam ni dah besar hahaha

Topeng Transformer Optimus Prime.. 

Topeng The Avengers Thor..

Topeng Captain America..

Topeng Iron Man..

Topeng The Incredible Hulk..


Khamis, 8 November 2012

Bercuti Cuti Ke Kota Kinabalu Sabah: Sewa Rumah Dan Kenderaan Secara Pakej

Selalu sangat orang bertanya dengan aku kalau nak pegi Sabah mana tempat yang best nak lawat eh.. Kota Kinabalu apa tempat yang best? macam mana nak jalan jalan kat sana ar..? ok la dalam entry ini aku akan bagi tahu kat korang beberapa info menarik sekali package jalan jalan di Kota Kinabalu..

Kalau nak cakap tempat tempat yang menarik kat Sabah memang tak cukup satu entry.. so untuk kali ni aku  bawakan khas info menarik bagi mereka yang berhajat besar nak ke dejavu kinabalu, poring hot spring , pusat kebudayaan, pulau pulau yang cantik, tempat makan dan banyak lagi la..

Ramai yang nak datang ke Sabah sebenarnya.. cuma masalah dia, ramai yang tak tahu macam mana nak ke sana? bagaimana nak menguruskan tempat tinggal? tempat tempat mana yang wajib nak pegi? dan banyak lagi.. disini aku akan begi tahu kat korang..

Korang tidak perlu serabut sangat memikirkan tentang sewa hotel, kenderaan, privacy, masa dan macam macam lagi.. terutamanya for those yang gamble takut sesat dan pergi secara berombongan.. korang boleh terus sahaja menyewa penginapan dan kenderaan sekali dengan harga yang murah dan berpatutan..

Harga yang ditawarkan ialah: Sewa rumah + kenderaan secara pakej

1 hari - RM300
2 hari - RM500
3 hari - RM700
4 hari - RM850
5 hari - RM850
6 hari - RM1100
7 hari - RM1200
2 minggu - RM2200
3 minggu - RM3000
4 minggu - RM3500

Kalau pegi jalan jalan macam ni memang tak best pegi sorang sorang kan.. better bawak kawan ramai ramai, dalam 4 5 orang macam tu.. so, kalau korang stay 3 hari tong tong 5 orang dah boleh bayar RM140 sorang, termasuk transport kat sana.. 3 hari beb tak ke murah tu namanya.. 

university condo apartment yang cantik da booom

ada kolam renang lagi.. boleh terjun terjun 

kemudahan yang terdapat didalam rumah sewa

 kawasan penginapan berhapiran dengan tempat tempat yang best di KK..pheeww!!

Pakej ini menyediakan anda rumah condominium (pent house) 3 bilik tidur, 2 bilik mandi , lengkap dengan perabot, TV, peti ais, mesin basuh. dapur gas, boleh buat BBQ, kolam renang dan banyak lagi.. sesuai untuk bersuka ria.. tapi bahan makanan mentah tidak disediakan ok, beli sendiri kalau nak..


Kenderaan yang disediakan ialah KIA RIO Auto 1.5.. personal driver juga disediakan kalau korang tak de driver atau memang tak reti langsung nak jalan kat sana.. orang tu korang kena bayar RM100 sehari la.. kalau tak nak pun tak pe..

Yang bestnya korang tak perlu nak pening pening kepala, sebab penghantaran dan pengambilan daripada airport atau terminal bas disediakan secara percuma..

So, apa tunggu lagi, orang yang korang perlu hubungi ialah:
En. Tahir - 019-8417520

Dinasihatkan buat tempahan awal awal.. sebab memang sekarang  ni dah makin ramai yang nak ke Sabah jalan jalan.. 

Sebagai warming up.. berikut adalah antara beberapa tempat menarik yang anda boleh lawati di Sabah..

Ke Kundasang, Gunung Kinabalu, Kundasang udara sejuk... tak dapat nak panjat, pegi kat area kaki gunung pun boley.. ke Kinabalu Park permandangan kat sana sangat lawa.. kat ranau ka..ala macam kat tivi tu Dejavu di Kinabalu kat Kundasang.. gamabar yang kat atas ni ialah area puncak gunung kinabalu, jangan tak tahu pulak..

Boleh pagi ke Muzium Sabah, menyimpan banyak ilmu tentang Sabah, sejarah awal dan banyak lagi la.. ekceli aku pun tak pernah masuk lagi hahaha

Perkampungan Kebudayaan masyarakan Kadazan Dusun di Pinampang.. paling best kalau dapat pegi time Pesta Kaamatan.. meriah sebab masa tu la banyak aktiviti kebudayaan diorang buat, pesta menuai padi..

Sila maklum, aku tak de dalam pic ni ok!! hahaha 



Daripada jeti tepi Bandaraya Kota Kinabalu, korang boleh pegi ke Taman Tungku Abdul Rahman.. dengan menaiki bot laju (kadar sewa seperti di atas) 20 minit daripada jeti korang boleh pegi ke lima buah pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sulug, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi.. banyak banyak pulau ni, Pulau Sapi je yang aku dah pegi hahaha.. aktiviti yang boleh dilakukan seperi diving, snorkelling dan banyak lagi..

Boleh pagi ke rumah terbalik.. ada jugak kereta kancil terbalik kat sini hahaha.. satu satunya rumah terbalik yang terdapat di Malaysia.. terletak di Kampung Bantayan Telibong, rumah ini menjadi tarikan beribu ribu pelancong..

Pasar Filipina Kota Kinabalu.. terletak di tepi laut pasar pilipin adalah salah satu tempat yang wajib korang pegi.. pelbagai jenis mutiara sabah original dijual di sini.. boleh dijadikan ole ole.. memang juling mata korang tengok hahaha


Makan di Pasar Filipina mungkin menjadi pengalaman menarik bagi korang.. makanan laut yang murah dan sedap..

Ok itu je.. so, apa ditunggu lagi.. musim cuti sekolah dah dekat, pastinya ramai yang mula berfikir fikir untuk pergi bercuti di Sabah terutamanya.. dah sampai kat KK, daripada situ korang boleh pegi ke banyak tempat termasuk tempat tempat yang aku sebutkan kat atas tu..
Apa apa pun boleh hubungi ex-classmate aku..
En. Tahir - 019-8417520



Tag: Jalan jalan ke Kota Kinabalu, jalan jalan cari makan di sabah, jalan jlan cari makan di kota kinabalu, ke Kundasang Sabah, tempat menarik di kota kinabalu, ke pulau taman tunku Abdul Rahman, pakej percutian murah ke Sabah, rumah sewa murah di kota kinabalu, melancong ke Sabah, cuti cuti di Kota Kinabalu Sabah, tempat makan yang best di kota kinabalu, tempat makan yang best di kundasang sabah, harga sewa bot ke pulau pulau sabah, makan ikan bakar di pasar filipina, mutiara di pasar filipina kota kinabalu sabah, membeli belah di pasar pilipn, makan angin di sabah, cuti sekolah melancong ke kota kinabalu sabah, sewa kereta murah di kota kinabalu sabah, harga rumah sewa murah di kota kinabalu, rombongan bercuti ke sabah, pemandangan indah di pulau pulau sabah, seronok bercuti di sabah, kereta sewa melancong ke sabah, kereta dan rumah sewa di kota kinabalu, jalan jalan ke ranau sabah

Isnin, 5 November 2012

Dahfa Snek Ikan: Makanan Ringan Kegemaranku

Mai sini aku bagi tahu, ini dia adalah antara makanan junk food kegemaran aku hehehe Dahfa Snek Ikan namanya.. ada tulisan cina, banyak pulak tu.. tapi ada logo halal, so boleh la dimakan...

Aku sudah lama menggemari Dahfa ni, cuma lately aku jarang dah jumpa a.k.a tak cari pun haha.. kat market ada beberapa jenis yang hampir serupa bentuk dia.. nonono jangan tertipu, rasanya tak sama, tak sedap macam Dahfa..



Dulu masa time Diploma kat Menggatal aku selalu beli, saiz yang besar.. memakan makanan ini amatlah seronok, macam makan sampah perisan ikan.. zapp je macam tu dan rasanya sudah pasti lah sedap pada aku.. bentuk dia panjang panjang.. kalau beli yang saiz besar dia lagi panjang..makan macam Elmo Sesame Street..

Ok motiff la aku nak promot Dafha Snek Ikan ni kan haha.. siapa suka Dafha boleh geng dengan aku.. high five!!

Rabu, 31 Oktober 2012

Pergi Ke Pusat Rekreasi Bukit Wang

Kali ni memang minggu melawat Kedah.. almaklum je la yerrr tuan tanah baru je menghabiskan masa beberapa hari kat sana.. tu pun tak banyak tempat yang sempat tuan tanah pegi.. dah gebang kecoh entry berderet dalam blog hehehe.. tempat tempat yang lagi superb tak pegi lagi macam kat Langkawi, Mahsuri bagai.. tapi nak story jugak keh keh keh.. ko ade? tak kan...

Ni nak habak mai satu tempat yang agak popular bagi masyarakat setempat.. sebab kata kazen aku, tempat ni selalu dikunjungi ramai orang.. terutamanya masyarakat orang orang kat situ.. tempat berkelah, menghabiskan masa bersama keluarga.. weekend ramai orang..

Ini lah dia Rimba Rekreasi Bukit Wang atau jugak disebut sebagai Hutan Lipur Bukit Wang.. kat sini ada sungai, taman permainan, rumah rehat, tapak perkemahan, surau, tandas, tempat loncoat loncat dan banyak lagi la.. tapi sayangnya tempat ni tidak dijaga dengan baik.. 

Kawasan ni terletak kat Kampung Changlun Mukim Malau Jitra Kedah (betul ke aku sebut ni).. tak jauh daripada rumah mentua kazen aku, kitaorang pegi cuma menaiki motor je, 4 5 minit macam tu je daripada rumah.. dekat kan.. beguling guling pun sampai mengkali hahaha.. btw, sori sebab gambar tak sebarapa nak memuaskan hati.. tak bawak DSLR, pakai talipon je..

Tengok la, kolam renang dia pun air tak penuh, banyak daun daun.. nampak jelas dan nyata tak diuruskan dengan baik.. tapi bebudak ni, nampak je kolam terus nak terjun hahaha.. tak sabo sabo.. nasib baik ada bapak dia jaga.. jenuh jugak bebudak ni, asyik nak begado je hahaha.. nak kawal lagi supaya tak pegi kat sungai kat kawasan dalam.. sabo je la...

Sempat walk trough tengok kawasan kawasan bahagian dalam.. ada banyak pondok pondok, dan rumah, dewan semua yang dah rosak.. tak dibaiki langsung.. emmmm sedih gak tengok.. tapi kata kazen aku, even kawasan dia macam tu, hujung minggu still ramai orang yang datang.. time kitaorang pegi ni tak ramai sangat orang, raya haji hari ke dua.. sebok potong lembu kot..

Banyak facilities kat kawasan ni sebenarnya.. cuma tula yang macam aku cakap, tak bejaga.. kat sini, tepi tepi sungai ada je orang main BBQ, satu family bawak anak beranak.. berkelah bagai, seronok je kat tapi sungai air milo keh keh keh.. ada yang bedetim lagi..

Keh keh keh.. air dia macam air milo.. coklat, tapi aku pun terjun jugak sebenarnya hahaha.. maklumla dah lama tak mandi sungai gian sangat nak mandi air lumpur, tapi tak de la nak join dengan budak budak dalam gambar kat atas tu haha.. air coklat musim hujan, mungkin sebab tu la air dia keruh macam ni.. hari sebelum dia memang hujan agak lebat..


So kalau nak pegi ke Pusat Rekreasi Bukit Wang pegi la korang.. tak de siapa nak larang pun haha.. yang pasti masuk free ok.. bawak la berapa ramai pun..

Ni dia map nak ke tempat tu: Dari Pekan Jitra ke Hutan Rekreasi Bukit Wang Changlun Kedah:


Tag: jalan jalan di Kedah, Tempat menarik di kedah, hutan rekreasi Malau Kedah, mandi sungai di jitra, aktiviti di hutan lipur bukit wang jitra kedah

Babab.net