Rabu, 31 Oktober 2012

Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad, Alor Star Kedah

Raya Haji baru baru ni kan aku balik kat rumah kazen aku kat Jitra Kedah.. even cuti seketika cuma ewah!! tapi aku sempat jugak melakukan apa apa saja aktiviti yang best.. antaranya ke bendang tangkap ketam (propa), pegi Rumah Kelahiran Mahathir, pegi Pekan Rabu, Dermah Darah dan ke pusat rekriasi Bukit Wang..

Untuk kali ni aku nak story tang Rumah Kelahiran Mahathir je.. malas eh aku nak mengigihkan diri.. ni pun aku tepek dengan gambar je dengan sedikit info yang aku cedok daripada arkib.gov.my hehehe..

Ini lah dia Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir yang terletak di bandar Alor Star.. betul betul pesen rumah dulu dulu.. klasik sangat.. sebelah dengan rumah ni terdapat satu lagi muzium kilang ais lama.. pun menarik jugak.. tapi yang pasti aku tak tahu apa kaitan dengan kilang ais lama tu dengan rumah kelahiran Mahathir dalam gambar kat atas ni.. tak de kot, cuma dua muzium yang berbeza.. apa apa pun baca info kat bawah ni yang aku cedok daripada arkib.gov.my

"Pada 20 Disember 1925, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Keempat Malaysia telah dilahirkan di rumah nombor 18, Lorong Kilang Ais, Alor Star, Kedah. Rumah kayu beratap nipah ini dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar dari seorang penjual yang masa itu hendak mengahwinkan anaknya. Semasa dibeli, rumah ini tidak dicat dan mempunyai satu bilik sahaja mempunyai serambi tetapi tidak bertangga di hadapan. Rumah ini menggambarkan kehidupan zaman kanak-kanak Tun Dr. Mahathir.
Di sinilah beliau dibesarkan sehingga berkahwin. Walaupun selepas beliau berpindah ke rumah sendiri di Titi Gajah, beliau tetap berkunjung ke rumah ini untuk menziarahi ibu bapa beliau.
Projek membaikpulih Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad ini adalah atas cadangan Lembaga Muzium Negeri Kedah. Dalam mesyuaratnya pada 21 Ogos 1990, Lembaga telah mencadangkan pihak Arkib Negara dipertanggungjawabkan untuk mengambilalih dan memelihara rumah tersebut di bawah projek Arkib Perdana Menteri. Pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah telah mendapat kebenaran bertulis daripada Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dan saudara-maranya melalui surat bertarikh 29 Jun 1990 untuk dibaikpulih bagi maksud pemuliharaan. Rumah ini diperolehi oleh Arkib Negara pada Mei 1993. Usaha memulihara dan memperbaiki rumah ini adalah untuk menyelamatkan tempat yang mempunyai nilai sejarah ini daripada lupus." http://www.arkib.gov.my

Ok teks yang ada kat atas ni sebenarya ada gak dia letak kat rumah Mahathir tu.. tapi di larang tangkap gambar.. well semua pun dalam rumah dan muzium tu tak boleh tangkap gambar.. ada cc tv tengok korang, bejaga jaga bagi yang degil hahaha.. macam aku, tengok la gambar kat bawah.. matila hoho..

Dalam Rumah dia terdapat banyak gambar lama, barang barang lama peralatan orang kampung dulu dulu yang pernah digunakan oleh Tun Dr. Mahathir.. serius korang mungkin teruja tengok bahan bahan pameran yang ada disimpan kat dalam umah tu..


Waktu beroperasi dan masa lawatan ke Rumah Kelahiran Mahathir.. yang bestnya masuk kat sini tak bayar pun.. free ya, sila maklum haha.. tapi yang sedih masa aku pegi kedai yang jual souvenirs kat situ tutup.. baru ingat nak beli fridge magnet huhuhu..

Di sekitar kawasan Rumah Mahathir, ada beberapa lagi rumah pesen rumah lama sebagai bilik pameran.. menyimpan banyak info dan barang barang lama milik Tun Dr. Mahathir.. datang sendiri baru tahu..

Anak anak buah gua.. bergambar kenang kenangan.. aku tak bergambar pun, aku dah tak gila glam dah lately haha... bagi chan kepada generasi baru berputik dan tayang muka kat dalam blog..

Rabu, 24 Oktober 2012

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 2012

Aku pun nak jugak post entry ucapan Selamat Hari Raya Idul Adha kepada seluruh umat Islam.. marilah kita makan daging korban banyak banyak.. jangan lupa gi solat sunat Hari Raya.. lepastu gotong royong kat surau/ masjid tumbangkan binatang ternakan untuk dikorbankan..

Aku macam biasalah, hari raya haji selalunya aku memang tak balik kampung.. sambut kat negeri orang je, kali ni aku nak gi Kedah pulak, Jitra.. tempat rumah kazen aku.. plan esok nak gerak tengah hari ikut member.. bawak beg siap siap pegi office buat muka seposen depan Mr. John, dengan harapan dia bagi lepas aku half day, tapi yang pasti Isnin aku dah mintak cuti hehehe.. Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir dan Batin..

Isnin, 22 Oktober 2012

Kerepek Kat Banting Jaez Halal Mart: Mari Membeli Kerepek Di Banting

Sudah ramai yang tahu Banting adalah pusat pengeluaran kerepek yang terbesar di Selangor..kot!.. sebab ramai yang cakap macam tu termasuk pakcik google keh keh keh.. tapi kawan kawan aku yang asal kat Banting pun cakap di sinilah syurga penggemar penggemar kerepek..

Kawan aku cakap lagi kat sini time musim perayaan dekat dekat nak raya memang ramai gila orang yang datang.. ada yang datang daripada jauh sebab nak borong kerepek, nak business kerepek la tewww.. hehe bagus bagus teruskan meniaga.. kat sini memang murah murah kerepek dia.. banyak pilihan lagi.. nah layan sedikit gambar..

Ini yang jual paket paket plastik kecik.. pelbagai jenis saiz boleh menjadi pilihan korang.. hari tu aku beli yang saiz yang kecik je.. nak makan makan kat rumah..


Ini pulak saiz yang sedikit besar.. tak tahu la pulak ada lagi saiz yang lebih besar ke tak.. kalau nak bak balik kampung buat ole ole satu family yang ni la kot yang sesuai.. biar makan sampai puas.. hari tu aku pena bak balik Sabah beberapa pelastik.. kejap je habis haha..

Ini pintu masuk dia, nama kedai ni Jaez Halal Mart.. emmm besar jugak kawasan ni..boleh agak kat sini mesti ramai orang datang time dekat dekat raya.. masa kitaorang pegi kebetulan tak ramai orang..

Jalan kampung je.. hijau je suasana Kampung Sungai Kelambu yang permai.. ada banyak pokok sawit..

Sebenarnya kat Banting ni ada banyak kedai kerepek.. ini aku cuma story kedai yang aku singgah je.. tapi kalau korang google memang ada beberapa lagi kedai yang google tunjuk.. so mana mana korang la nak pegi kedai yang mana satu.. apa apa pun nak beli kerepek borong dengan pelbagai jenis pilihan, di Banting Selangor lah tempatnya..

Peta nak pegi Jaez Halal Mart Kampung Sungai Kelambu Banting klik link kat bawah:
Daripada Pekan Banting ke Kampung Sungai Kelambu
https://maps.google.com.my/maps?saddr=Pekan+Banting+Banting&daddr=kampung+sungai+kelambu+banting&hl=en&sll=4.18646,109.48935&sspn=12.139366,19.753418&geocode=FX7tKgAdlOAMBiHxt7dxko_NrClx8ldwvKTNMTHxt7dxko_NrA%3BFdOcKgAd-3INBil1oTVumLzNMTGeI72Q22rkTQ&t=h&mra=ls&z=15


Tag: Pusat borong kerepek di Banting Selangor, pusat membeli kerepek dia Selangor, kedai kerepek di Banting, beli kerepek ubi di Banting, jual kerepek borong, business kerepek untung, beli kerepek murah kat Banting, kerepek pisang, kerepek bawang, beli kerepek online, kerepek house kat banting, kerepek bayam

Rabu, 17 Oktober 2012

Resepi Ayam Boxing, Ayam Tinju: Sedapnya Ayam Boxing

Ayam Boxing, aku suka makan ayam boxing, kalau time kenduri atau raya kat rumah makcik aku yang ada ayam boxing aku akan cari yang ini dulu...emmm sedap, tak payah makan dengan nasi, kalah ayam kepsi.. cara nak buat ayam boxing.. klik kat blog akak ni dapur-mamasya.blogspot.com.. pssstt.. meh sini aku tinju korang satu satu..

Babab.net