Jumaat, 27 Julai 2012

Tiket Flight Balik Sabah: Tiket Balik Raya Dah Habis

Aku tadi saja saja la konon nak cek cek harga tiket flight balik Sabah.. tiket aku dah beli sebenarnya, cuma aku nak cek berapa lah konon harga tiket kapal terbang sekarang.. sebab baru baru ni member aku cakap mahal gila sekarang..

So aku check tadi rupanya tiket flight balik Sabah turun kat Tawau dah sold out, dua dua tuk airasia dan malaysia airlines.. huhuhu nasib baik aku dah beli siap siap.. yang ada pun 24 August..sabar la korang yang nak turun Tawau, semua tiket flight dah habis untuk balik beraya.. 

airasia

malaysia airlines 

Tinggal lagi yang nak turun Kota Kinabalu, tu pun one way malaysia airline harga tuk tiket dia dalam RM 877, bapak mahal.. nak turun Sandakan 16, 17  dan 18 August pun semua dah sold out..

Airasia kalau nak turun Kota Kinabalu masih banyak lagi, diorang macam dah tambahkan bilangan penerbangan.. tapi harga tiket all in dalam RM 800 jugak la.. kalau nak turun Sandakan ada beberapa flight lagi, harga all in tuk 17 dan 18 August dalam RM 1052, one way..hahaha mahal gila..

Harga tiket airasia ke Sandakan

Aku beli hari tu pun kira dah lewat.. harga all in turun kat Sandakan dekat dekat RM 500 gak one way.. balik sini dalam RM 300 lebih.. komon komon dekat RM 900 jugak la habis tuk return, so koyak jugak la poket aku haha..

Sofar aku balik Sabah dalam dua kali setahun.. kalau aku gunakan tambang tiket ni semua pegi cuti cuti kat Bali, Bandung, Jakarta, Thailand, Vietnam bagai, boleh dah aku pegi beberapa kali hahaha..  oh sabar je la orang yang kerja kat oversea ni.. ok itu je, bye.. selamat berpuasa..


Tag: tiket kapal terbang balik raya dah habis, harga tiket kapal terbang murah, harga tiket kapal terbnag mahal, tiket balik kampung, harga tiket kapal terbang ke sandakan, tiket bus, tiket kapal balik kampung, tiket promo

Khamis, 26 Julai 2012

Marilah Kita Pop-up kan Ruangan Komen

Di sini ada pesanan untuk rakan blogger.. lately aku banyak terjumpa blog yang ruangan komennya tidak di pop-up kan.. tak tahu la pulak aku sama ada korang sengaja ataupun tak, cuma aku tak nampak mana resionalnya kenapa ia tidak di pop-up kan.. mungkin korang boleh respon dan bagi tahu aku sebabnya kat ruangan komen nih..bossy tak ayat aku ni hahahaha.. tak boleh bla..

Selalunya issue pop-up or words verification bagai macam ni timbul kepada blogger baru.. tapi setahu aku circle friends aku dalam blog ni kebanyakannya adalah blogger lama, dah kira senior.. kira otai pun ada, eh! agak perasan la jugak aku kawan dengan blogger otai kan hahaha.. tapi yang pasti ada diantara kalian sudah boleh diangkat sebagai abang kawasan.. 

Perlu kah aku nak jelaskan kenapa perlu pop-up kan ruangan komen.. diulang suara, perlu kah.. tak perlu kan, tapi aku peduli hape, aku nak jelaskan jugak..

Korang bandingkan mana lagi mudah, buka tetingkap kecik atau buka page baru?.. just kelik Comment pop! tetingkap kecik dibuka, lebih ringan, senang nak hayun.. tak perlu load semula page.. sedap je komen..

Walaupun sudah ramai yang mengunakan internet berkelajuan tinggi, tapi mungkin perlu jugak dipertimbangkan mereka mereka seperti saya yang menunggang berok cap celcom di dahi.. kasihan la kat kitorang..

Pic ke satu 
Pic ke dua

Nampak tak gambar kat atas.. kalau benda ni kuar aku terpaksa komen guna Anonymous, tapi paling kerap aku buat ialah dengan masukan nama dan URL blog.. tak tahu pulak aku kenapa dia tak boleh set terus guna akaun google aku.. aku tray try tapi tak dapat jugak.. 

So setiap kali nak komen entry korang aku ulang ulang benda yang sama.. dan yang paling terok ialah rupanya selama ini komen aku tu tak keluar pun, maksudnya selama ni yang aku komen komen tu tak de apa apa, sia sia.. ni aku tahu selepas double check comments yang aku tinggalkan kat entry rakan blogger yang ruangan komen dia macam kat atas, ada ke tak.. ke korang memang tak approve komen aku tu, jahat gila hahahaha.. setahu aku, setakat ni aku tak pernah lagi komen blog orang guna perkataan perkataan lucah.. gila ka apa aku ni nak buat macam tu..haha..

Jika ini berlaku, mungkin korang beranggapan aku ni seorang yang sombong.. ataupun paling mengarut mungkin korang cakap aku ni bajet retis.. tak pernah singgah blog korang dan tinggalkan jejak.. oh mana mana la.. kalau retis pun ok jugak kot hahaha..

Adakah masalah ni berlaku dengan aku sahaja.. untuk pengetahuan korang aku menggunakan browser Google Chrome.. ada tak apa apa setting yang aku perlu ubah..

Tapi apa apa pun paling bagus kalau korang pop-up kan ruangan komen korang, serius itu sangat mesra pengguna.. mudah nak komen dan sangat simple, macam mana nak pop-up kan ruangan komen? sila lah google, aku yakin ada banyak tutorial di dalam internet ni.. 

Sebagai pesanan terakhir, selain meng K-pop kan blog korang.. MARILAH POP-UP KAN RUANGAN KOMEN.. 

Isnin, 23 Julai 2012

Fesyen Tudung Terkini 2012: Pendapat Aku Tentang Trend Wanita Bertudung Masa Kini

Dekat dekat nak raya ni mesti ramai yang dah mula berfikir fikir pesen tudung apa yang nak dipakai kan..terutamanya perempuan, errr.. memang la perempuan, takan pondan pun nak pakai tudung.. tapi ada je kan pondan yang pakai tudung, muslimah katanya.. mana mana la, pondan pun pondan la..

Balik cerita pasal tudung.. sebenarnya pada aku tak kesah la korang nak pakai tudung apa pun, nak letak kupu kupu kah, pasu bunga kah, lilit satu badan kah, warna wari macam I-City kah.. yang penting menutupi apa yang perlu ditutup seperti yang diajarkan oleh Islam.. ingat lagi tak Wear it Right Campaign, Covering the Chest is The Best..

Tak pakai tudung pun tak pe.. pakai alas meja kah, kain langsir kah, kain pelikat kah pon buleh.. cukup kan nak litup bahagian bahu dan tetek.. so pakaila.. biar nampak ayu dan lembut dangan santunya, sejuk je mata memandang..

Kalau nak cakap pasal fashion tudung sekarang ni jangan la.. banyak gila, laju betul pesen pesen terbaru,  mengalahkan Samsung Galaxy series, aku pun tak terkejar (motif aku nak kejar).. tapi yang bestnya aku tengok gaya dia semakin menarik, moden, kontemporary dan elegant.. selain mengekalkan ciri ciri muslimah dia.. wah gila aku ayat fashion designer hahaha..

Aku melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif.. tengok la lately semakin ramai wanita muslim yang memilih untuk bertudung/ berhijab.. daripada free hair kepada image bertudung/ berhijab.. tak kira golongan biasa ataupun daripada golongan artis..

Dilihat sebagai fashion, tapi pada aku itu dikira okay, sekurang kurangnya ada 'sesuatu' di hati mereka.. walaupun ada jugak bunyi yang mengatkan "buat apa nak bertudung tapi hati tak ikhlas, sekadar fashion semata mata".. tapi pada aku jugak sekurang kurangnya mereka sudahpun terlepas daripada satu dosa iaitu dosa mendedahkan aurat, dosa yang lain hanya Allah swt. yang mengetahui..

Kepada wanita diluar sana, jika korang sedang menimbang nimbang lepas ni sama ada nak berhijab atau pun tidak.. teruskan lah niat korang untuk berhijab.. sementara usia masih muda, fashion yang lawa lawa dan hangat tengah belambak di pasaran.. nanti dah tua da kurang yakin dah nak pakai lilit lilit bagai, rugila korang tak sempat nak rasa satu era muda anggun dengan berhijab..

Tengah bulan Ramadhan ni jugak mungkin adalah masa terbaik untuk berubah.. lebih berkat berbanding dengan 1 January.. pahala pun dilipat gandakan.. dah bertudung nanti dapatlah berhari raya dengan image baru, buat surprise kepada sanak saudara rakan dan taulan di kota dan di desa.. amacam positif tak aku, bagus tak idea aku ni hahaha..

Oh sebelum aku terlupa, gambar gambar ni semua aku ambek daripada fb TudungPeople.. tengok tudung dia semua nampak macam lawa, pegi la terjah sebelum kehabisan stock.. aku tengok pun ada banyak yang sold out, ni lagi dah dekat nak raya..

Fikir fikir nak pakai tudung apa time raya nanti aku pun tak tahu la korang, macam macam jenis nama tudung.. korang perempuan jugak la yang tahu lebih.. kitaorang cuma boleh cakap "korang nampak lebih cantik dengan bertudung".. ok itu je, selamat berpuasa..

PS: Sensasi Gaya Tudung Hana Tajima

Sumber gambar: https://www.facebook.com/TudungPeople


Tag: Gaya tudung terbaru, gambar fashion tudung hari raya 2012, gaya fesyen tudung terkini untuk hari raya (gambar), tudung online shopping, gaya fesyen tudung yuna dan hana tajima, tudung fareeda, tudung borong online, tudung jual kodi, gaya tudung tasha manshahar, tudung ariani 2012, tudung online, fashion tudung, bawal, labuh, yuna, terbaru.

Sabtu, 21 Julai 2012

Sambut Hari Jadi Di Puchong

Cam ne puasa first day, ok ke tak..mestilah ok kan.. jangan beguling guling atas tilam je sudeh hahaha.. aku ni ha, hujung minggu ni tak pegi mana mana pun, jimat.. duk rumah je kemas bilik, basuh baju, bersihkan tandas fuhh!! penat hahaha.. motif bagi tahu kan keh keh keh keh..

Ok hari ni baru nak update pasal besday aku 18 haribulan baru baru ni.. tak sempat uolzz busy katanyer, lagipun gambar baru dapat daripada kawan aku, tak de materials rasa malas pulak nak buat entry.. blog pesen tepek gambar, semua entry harusla ada gambar hehe..

Tuuudia gambar cake dibulan puasa eh.. tapi time puasa tak nak makan cake, suka buka puasa dengan kue kue kampung..

Nak dijadikan cerita, aku tak tahu pun member member gila aku yang diberi nama Kido, Umie, Hani dan Azrul nak sambut besday aku.. hari tu biasa biasa je, petang Umie cakap jom lepak kat Pedas jap..eh sampai sana tetiba Kido bawak cake.. motif la kan main surprise surprise, padahal aku macam boleh agak je hahaha.. dan yang kat atas tu la cake dia..perisa chocolate..

 Hani dan Umie 

 Azrul 

 Abu dan Hani  

Mintak tolong brother kat Pedas tu tangkap gambar.. rasanya dia nak muntah kot tengok perangai kitaorang buat kedi dia macam kat rumah sendiri hahaha.. bising gelak macam apa..

Waaah da besar dah, bagus betul la si Abu ni, dulu keciiiiiik je, sekarang dah besar bulat macam bola.. perangai pun dah semakin matang, tengok matang kan dia.. oh I wish so..

Mungkin ramai yang tertanya tenya ini hari jadi yang keberapa.. itu semua tak penting, anggap je sweet seventeen.. ada jugak yang pengsan kang hahaha..

So, dikejahuan ini aku nak ucapkan terima kasih to all my crazy friends yang sengal sengal dan lawak.. thanks kat korang, it is so unforgettable.. korang jugak la best friends yang dekat dengan aku disini.. love you all.. dan tak lupa jugak selamat berpuasa kat korang readers semua semua ok.. 

Babab.net