Dekat dekat nak raya ni mesti ramai yang dah mula berfikir fikir pesen tudung apa yang nak dipakai kan..terutamanya perempuan, errr.. memang la perempuan, takan pondan pun nak pakai tudung.. tapi ada je kan pondan yang pakai tudung, muslimah katanya.. mana mana la, pondan pun pondan la..
Balik cerita pasal tudung.. sebenarnya pada aku tak kesah la korang nak pakai tudung apa pun, nak letak kupu kupu kah, pasu bunga kah, lilit satu badan kah, warna wari macam I-City kah.. yang penting menutupi apa yang perlu ditutup seperti yang diajarkan oleh Islam.. ingat lagi tak Wear it Right Campaign, Covering the Chest is The Best..
Tak pakai tudung pun tak pe.. pakai alas meja kah, kain langsir kah, kain pelikat kah pon buleh.. cukup kan nak litup bahagian bahu dan tetek.. so pakaila.. biar nampak ayu dan lembut dangan santunya, sejuk je mata memandang..
Kalau nak cakap pasal fashion tudung sekarang ni jangan la.. banyak gila, laju betul pesen pesen terbaru, mengalahkan Samsung Galaxy series, aku pun tak terkejar (motif aku nak kejar).. tapi yang bestnya aku tengok gaya dia semakin menarik, moden, kontemporary dan elegant.. selain mengekalkan ciri ciri muslimah dia.. wah gila aku ayat fashion designer hahaha..
Aku melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif.. tengok la lately semakin ramai wanita muslim yang memilih untuk bertudung/ berhijab.. daripada free hair kepada image bertudung/ berhijab.. tak kira golongan biasa ataupun daripada golongan artis..
Dilihat sebagai fashion, tapi pada aku itu dikira okay, sekurang kurangnya ada 'sesuatu' di hati mereka.. walaupun ada jugak bunyi yang mengatkan "buat apa nak bertudung tapi hati tak ikhlas, sekadar fashion semata mata".. tapi pada aku jugak sekurang kurangnya mereka sudahpun terlepas daripada satu dosa iaitu dosa mendedahkan aurat, dosa yang lain hanya Allah swt. yang mengetahui..
Kepada wanita diluar sana, jika korang sedang menimbang nimbang lepas ni sama ada nak berhijab atau pun tidak.. teruskan lah niat korang untuk berhijab.. sementara usia masih muda, fashion yang lawa lawa dan hangat tengah belambak di pasaran.. nanti dah tua da kurang yakin dah nak pakai lilit lilit bagai, rugila korang tak sempat nak rasa satu era muda anggun dengan berhijab..
Tengah bulan Ramadhan ni jugak mungkin adalah masa terbaik untuk berubah.. lebih berkat berbanding dengan 1 January.. pahala pun dilipat gandakan.. dah bertudung nanti dapatlah berhari raya dengan image baru, buat surprise kepada sanak saudara rakan dan taulan di kota dan di desa.. amacam positif tak aku, bagus tak idea aku ni hahaha..
Oh sebelum aku terlupa, gambar gambar ni semua aku ambek daripada fb
TudungPeople.. tengok tudung dia semua nampak macam lawa, pegi la terjah sebelum kehabisan stock.. aku tengok pun ada banyak yang sold out, ni lagi dah dekat nak raya..
Fikir fikir nak pakai tudung apa time raya nanti aku pun tak tahu la korang, macam macam jenis nama tudung.. korang perempuan jugak la yang tahu lebih.. kitaorang cuma boleh cakap "korang nampak lebih cantik dengan bertudung".. ok itu je, selamat berpuasa..
PS:
Sensasi Gaya Tudung Hana Tajima
Sumber gambar:
https://www.facebook.com/TudungPeople
Tag: Gaya tudung terbaru, gambar fashion tudung hari raya 2012, gaya fesyen tudung terkini untuk hari raya (gambar), tudung online shopping, gaya fesyen tudung yuna dan hana tajima, tudung fareeda, tudung borong online, tudung jual kodi, gaya tudung tasha manshahar, tudung ariani 2012, tudung online, fashion tudung, bawal, labuh, yuna, terbaru.