Isnin, 16 Julai 2012

Best Di Pasar Malam Brinchang (Brinchang Night Market)

Mari buat entry jalan jalan pulak lagi kali ni.. dah lama nak story, nak kongsi apa yang ada kat Cameron Highlands lagi.. sebelum ni aku pernah cerita pasal cuti cuti tempat best di camerontempat makan best Cameron Highlands, membeli bunga segar di Kea Farm, ais krim dan ladang strawberry di Kampung Sedia, tumbuhan tanah tinggi, jenis jenis strawberry dan cara nak buat strawberry chocolate.. soon aku cerita ladang kaktus pulak yeekk..

Ok, jika anda berkunjung dan bermalam di Cameron Highlands, satu tempat yang korang harus pegi ialah Pasar Malam Brinchang (Brinchang Night Market).. kedudukan pasar malam ini berada di tepi jalan besar, sebelah menyebelah, di hadapan flat polis dan balai bomba brinchang..

Pasar malam ni dibuka pada setiap Sabtu seawal pukul 4 petang, tapi kalau time cuti sekolah ia akan dibuka pada setiap malam.. sesak jangan cakap la, nak dapat tempat parking memang payah gila..

So, dengan gambar yang aku tangkap.. mari kita lihat apa yang ada kat pasar malam brinchang..

Serangga serangga magnet, yang lekat lekat kat peti ais atau mana mana dinding besi pon boley.. yang penting dia nak lekat.. yang ni dia display kat keta pickup, lekat kat bumbung dinding semua.. nampak lawa dengan lighting dia.. aku pun snap!!

Pelbagai jenis teh boleh didapti di sini.. pelbagai jenis perisa, teh perisa strawberry, perisa lemon, perisa anggur dan banyak lagi.. asam asam pun banyak.. madu, kordial dan jem semua ada.. harga pun berbaloi.. snap!!

Strawberry chocolate lagi la banyak.. berjenis jenis, ada yang letak white chocolate, ada yang tabur dengan chocolate rice macam macam rasa.. dia buat kat situ, boleh tengok cara diorang buat.. hygiene ke tak hygiene.. dan aku snap!!

Suasana pasar malam.. ni pun dekat dekat dah nak tutup.. kitaorang sampai agak lewat sebab singgah makan dulu kat warung ikan bakar nik.. tapi masih ramai orang lagi, barang jualan sayur segar, makanan semua pun masih banyak.. suasana pasar malam lawa snap!!

Bantal Strawberry adalah antara sesuatu yang menjadi kegilan gadis gadis kalau pegi CH.. ya la kan warna merah pink comel cemel bagai.. suka la diorang kan.. snap!!

Gelang gelang, cicin ukir nama pun ada jual.. aku tak seberapa sangat dengan barang barang macam ni sebab pasar malam kat lembah klang pun banyak.. aku prefer barang barang CH.. snap!!

Buat muka annoying orange dengan kawan aku ni, Hani .. pesen pantang tengok orang bergambar, asyik nak menyelit je kerja di hahaha.. layankan sajoh snap!!

Antara barang souvenir yang boleh menjadi pilihan, key-chain murah murah boleh buat ole ole bak bagi satu office hahaha.. suka sebab dia ada tulis cameron highlands, lawa kan.. freezer magnet pun murah, macam macam bentuk dan warna, yang 5 ketul tuk 10 ringgit pun ada, ikut jenis macam macam.. lawa snap!!

Pelbagai jenis kaktus ada dijual di Cameron Highlands ni.. pasar malam ni pun dah boleh nampak, semua cantik cantik dan comel comel.. pelbagai jenis harga ditawarkan, ada yang 3 tuk 10 ringgit dan ada yang dua sepuluh dan banyak lagi la.. penggemar kaktus mesti beli, tambah koleksi.. snap!!

Rasanya ini bunga daisy kan.. ha yang ni pun ada jual, siap kembang lagi bunga dia.. cantek kan, subur pulak tu.. kalau makcik makcik gila bunga mesti dia beli ni.. bunga daisy cantik waktu malam snap!!

Kacaknya kacaknya kacaknya kacaknya hahahahaaha... snap!!

So, I Love Cameron Highlands..

I love, I love pun aku tak nak kena transfer keja kat sana dowh.. tak hadap aku nak bertapak kat Cameron Highlands, kalau takat nak outstation dua tiga hari tu ok lagi.. keja lama kat sana memang aku tak nak la hoii hehe..

Ahad, 15 Julai 2012

Tips Memilih Buah Durian: Tips Elak Terasa Panas Atau Mabuk Durian


Sekarangkan musim durian, durian besepah di sana sini.. ramai yang suka makan durian tapi tak tahu memilih  durian yang paling ohsem.. so, di sini aku nak bagi beberapa tips nak memilih durian yang masak, manis dan enak.. tpis dipetik daripada tempo.com...

Bergantung kepada jenis.. D24, musang king dan sebagainya, tapi sebaiknya pilih buah yang bulat sebab di setiap ruas nanti akan mengandungi isi durian..

Pastikan tangkainya bukan daripada potongan pisau.. bermaksud buah itu jatuh sendiri daripada pokok..dan jika tangkai itu dipotong dan dijilat ia akan terasa sedikit manis.. tanda durian itu cukup matang dan sedap.. so sila jilat tangkai durian ya hahaha

Pastikan durian mengeluarkan aroma yang kuat dan bau sedap.. sebagai tanda durian itu matang.. tapi jangan pilih kalau bau macam kentut durian.. tu mungkin durian kat dalam dah buruk hahaha..

Jika anda terasa panas, atau mabuk durian.. berikut adalah tipsnya..

Segera makan buah manggis kerana ia boleh membantu meleraikan dengan cepat karbohidrat yang tinggi pada durian di dalam perut..

Atau minum air putih daripada kulit durian yang sama fungsinya seperti buah manggis tadi..
Ok itu jep.. selamat melantak durian.. bye..


Tag: Gambar buah durian, musim durian di perak dan johor, jenis durian malaysia, cara kupas durian, cara makan durian, elak panas badan makan durian, elakkan mabuk durian, pokok durian tinggi, durian gugur, kentut bau durian, tips pilih durin yang matang, tips pilih durian yang masak dan sedap..

Khamis, 12 Julai 2012

Makam Diraja Sultan Abdul Samad, Bukit Jugra

Makam Diraja Sultan Abdul Samad, Bukit Jugra
Kawasan bukit adalah merupakan kawasan pemakaman keluarga diraja Selangor sejak tahun 1886. Di kawasan seluas 5 ekar ini terdiri sebuah binaan yang menempatkan makam Almarhum Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor ke-4 yang telah mangkat pada Febuari 1898, Makam makam lain yang terletak di luar binaan merupakan makam makam Almarhum Tengku Muda Musa, Almarhum Tengku Alfiah (Puteri Almarhum Sultan Abdul Samad), Almarhum Tengku Jaafar, Almarhum Tengku Yaakob, Almarhum Tengku Maharum, Almarhum Raja Berkat dan Almarhum Tengku Mutih Ibni Sultan Abdul Samad.

Bangunan menempatkan makam Almarhum Sultan Abdul Samad

 Makam Almarhum Sultan Abdul Samad


 Makam makam lain yang berada di sekitar kawasan ini 


 Rasanya ini la makam makam panglima diraja, panglima hijau dan panglima hitam, tengok pada kain kat atas batu nisan 

 Makam Almarhum Tengku Muda Musa, mangkat pada 7 Julai 1884


Kalau korang tray google, macam macam cerita korang boleh baca tentang kawasan pemakaman ini.. tapi untungla masa aku pegi ni aku tak tahu apa apa lagi, masa balik daripada bukit jugra tengok orang ber-paragliding, member aku tetiba je bagi tahu kat atas sana ada kawasan perkuburan diraja.. so, aku apa lagi.. nak je la tengok, lagi pun dah tengah hari, tak de la rasa apa apa sangat..

Kawasan ni dijaga rapi ok, ada beberapa orang yang jaga kawasan ni.. time kitaorang singgah pun ada dua orang  sedang ngaji kat situ.. mungkin takut orang datang buat benda yang bukan bukan la kot, maklum la, orang orang lama ni ilmu dia kuat, kot kot ada yang datang main bakar bakar kemenyan mintak nombor ekor bagai, buat aktiviti paranormal macam uncle seekers tu..


Apa apa pun jika korang berkunjung ke area Banting Selangor, menjejaki sejarah lama Kesultanan Selangor kawasan Makam Diraja Sultan Abdul Samad, Bukit Jugra adalah tempat yang harus korang pegi.. kawasan perkuburan lama yang menempatkan makam sultan dan kerabat diraja dan panglima panglima sultan..


Bagaimana nak ke kawasan Makam Diraja ni?.. klik kat sini, tengok signboard, sebab map ni darpada Pekan Banting ke Bukit Jugra Paragliding.. one way boleh singgah ke kawasan makam diraja..

Tag: kawasan bersejarah di selangor, kubur lama di banting, bandar diraja lama di banting, kawasan perkuburan seram, aktiviti kurafat di kubur lama, gambar kubur seram di bukit jugra, kambar kubur sultan selangor..

Rabu, 11 Julai 2012

WW: Kejelitaan Adalah Hak Milik Setiap Insan, Kau Mampu!!

Supermodel: Yushairi 
Origin: Uganda
Photographer: Abu Bagi
Theme: Beauty Behind The Lantana Camara
Shutter Speed And Motion: Random 
ISO: Random 
Platform Editing: Picasa 3


Memperkenalkan, terbaru daripda Uganda.. model didatangkan khas.. lama dah mintak kena expose dalam blog.. today dia punya dream came true.. 







PS: Jangan menghanjeng.. nanti supermodel sentap hahahaha...

Babab.net