Selasa, 12 Jun 2012

WW: Misteri Istana Lama

Nantikan Entry Yang Akan Datang, Kisah Misteri Disebalik Istana Lama 

Koridor Misteri... Jeng Jeng Jeng...


Excited tak?! hahahahahaha... 

Pantai Morib Banting Kuala Langat

Pantai Morib adalah salah satu pantai yang kira terkenal untuk orang yang duduk kat area area Selangor.. kata kawan aku yang berasal daripada Banting, dulu pantai morib ni terkenal sebagai pantai yang sangat tercemar.. pastu kerajaan dan baik pulih, bersihkan tambah fasility menjadikan ia satu pantai yang dikira awesome bagi penduduk setempat.. tempat beriadah, merelekskan diri dihujung minggu bersama keluarga..

Setiap kali hujung minggu dan musim cuti sekolah tempat ini menjadi kunjungan ramai satu Malaysia, semua mai mai ramai ramai main layang layang dan cuci mata.. bagus kan hahahaha..

orang mencari sesuatu di kawasan pantai yang surut.. 

kanak kanak bermain belon air (err belon air?).. dan sorang apek ngisap rokok kat belakang

kawasan rehat, makan dan cuci mata

lagi kawasan pantai seluas luas alam, ntah apa je diorang cari kat bawah tu, kena gigit lintah baru tahu

seorang medel bersiar siar..puuihhhh!!.. banyak layang layang uolllzz.. boleh curi satu main kat pantai

tak kenal!! hehehe..

oso boleh main kuda kuda

aku beli atromen dan raksasa.. bagi diorang makan ABC.. diorang suka..

Fakta Tentang Pantai Morib
Pantai Morib menyimpan sejarah di amana satu pasukan tentera India dari Batalion ke 46 Tentera Marin British telah mendarat disitu pada 9 September 1945 bagi mempertahankan persisiran pantai daripada serangan tentera Jepun. Pada hari ini Pantai Morib menjadi kawasan istirehat utama di Daerah Kuala Langat. Ia merupakan destinasi yang paling sesuai bagi pengunjung yang ingin bersantai di kawasan pantai. Mempunyai persisiran pantai sepanjang 3km di samping kemudahan asas yang disediakan seperti tempat penginapan, gerai makan, gelanggang gasing, pentas serbaguna, padang bola sepak pantai dan yang paling popular adalah padang golf di tepi pantai (ayat daripada tembok warna coklat)..

ps: gambar tangkap time betri kong, buruk.. malas nak edit..

Tag: gambar pantai morib, bermain layang layang di pantai morib, pemandangan pantai morib, jalan jalan cari makan di banting kuala langat, berkelah di pantai, makan ABC sedap.

Isnin, 11 Jun 2012

Paragliding Di Bukit Jugra Kuala Langat, Banting (gambar)

Aku baru tahu kat Banting Selangor sebenarnya ada banyak tempat tempat yang menarik.. aku dan member aku telah menghabisan masa sehari suntuk berhuha huha mengexplore tempat yang best dan tempat tempat makan yang awesome di Banting.. korang mungkin pernah dengar Pantai Morib yang terkenal tu kan..  tapi untuk entry ini aku nak cerita tentang tempat lain pulak..

Dengan bantuan member rakan sekerja Afiq yang meme duduk kat Banting, dia sebagai tourist guide membawa kitaorang ke Bukit Jugra Kuala Langat..

aksi loncat loncat atas bukit, nasib tak jatuh begolek

Rumah Api Bukit Jugra
Menara konkrit putih yang mempunyai ketinggian 25 meter yang lengkap dengan sistem pencahayaan.. dibina pada tahun 1976.. rumah api ini sangat strategik, memandang ke arah Selat Melaka.. memainkan peranan yang sangat penting kepada jurumudi dan nakhoda kapal di laut.. ia berdiri pada ketinggian 146 meter atas paras laut (ayat daripada signboard)..

brother ni sedang bersiap siap nak ber paragliding.. meluncur di udara.. 

Paragliding Bukit Jugra
Kawasan Rumah Api Bukit Jugra adalah peak point dimana paragliders darpada serata negara datang untuk bermain paragliding.. ia adalah sukan meluncur udara dimana paragliders duduk di dalam satu bentuk macam bag called harness.. fabric wing yang mengembang bila ditiup angin kuat yang masuk melalui vents di hadapannya mampu mangakat objek berat seperti manusia.. tengok tak padang kat belakang tu.. paragliders yang terbang akan landing kat sana la..

brother tu dah start terbang, gila awesome sukan ni..

Kalau orang jenis yang kuat gayat, tak payah la nak try sukan ni.. kompom pengsan kat atas udara, pastu tak boleh drive belon tu, terbang ntah mana mana pegi kat Cherry Island hahaha..

tinggi siot, lek je dia melayang layang 

Serius aku excited tengok diorang terbang kat udara.. tapi sayang ada sorang mat saleh dengan sorang lagi brother tu tak nak terbang masa kitaorang kat sana.. dia cakap angin kuat sangat.. sib baik sempat tengok sorang ni terbang sampai dia landing kat padang nun jauh kat bawah sana.. aku first time tengok menda macam ni..

kecik je dia kat sana, kalau aku mahu bergegar lutut aku terbang tinggi macam tu

Lama gak brother tu aku tengok kat udara.. dia pusing pusing, terhayun hayun.. fabric wing tu dia tarik tarik tuk menentukan arah pergerakan dia terbang.. even dia terhayun hayun tapi dia lending tepat kat padang, hebat la brother tu.. kalau nak buat kena mantap ilmu berparagliding, kalau tak memang lending kat payah bakau la jawabnya hahaha..

mat saleh daripada UK pun ada gak nah ber paragliding 

Dia tengah test test angin sesuai ke tak tuk terbang.. gigih dia aku tengok, even angin kuat tapi dia pegang benda tu macam biasa je.. dia tarik satu tali then benda tu jatuh, macam tu la kot dia memandu arah benda tu.. kalau fikir fikir sudah tentu dia terbang kat udara kan..

paragliders tengah tunggu angin yang sesuai tuk meluncur

Balai Cerap Bukit Jugra
Pada 25 Oktober 2003, bersamaan 29 Sya'aban 1424, Balai Cerap Bukit Jugra Kuala Langat telah diserahkan secara rasmi oleh Jabatan Kerja Raya kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor.. Balai Cerap ini adalah tempat dimana aktiviti cerapan rasmi dan bulanan dijalankan.. ia juga di menfaatkan sebagai pusat latihan ilmu falak di Negeri Selangor (ayat daripada signboard)..

So, itu la dia keistimewaan Bukit Jugra Kuala Langat Banting Negeri Selangor.. awesome tak awesome datang sendiri baru tahu.. aku dah, anda bila lagi..wekk!! hahaha

Tag: Tempat Tempat Menarik Selangor, Kuala Langat Bating Best, Pemandangan Cantik Di Bukit Jugra,  Santai Di Bukit Jugra, Deting Di Bukit Jugra 

Ahad, 10 Jun 2012

Haiwan Ternakan Kampung

Kita sudah bercakap tentang kue kue kampung dalam entry yang ini.. dan sekarang mari kita bercakap tentang haiwan haiwan peliharaan kampung pulak.. btw, aku suka the way Lisa Surihani sebut "binatang"..

Orang kampung selalunya suka bela haiwan ternakan.. untuk pendapatan sampingan la.. atau di bela tuk santapan seisi keluarga.. boring boring kan tak de lauk pagi tangkap kambing buat kambing golek.. tu la besnya duduk kampung, lauk ke, sayur ke boleh dapat kat belakang rumah aje..

Kalau orang bandar, sebok tepek iklan kat blog nak dapatkan pendapatan sampingan, ada yang tipu orang, ada yang jual dadah, ada yang jadi pelacur.. macam macam kegiatan negetif la..

Tapi still banyak la yang buat kerja kerja halal.. untungla negara kita ni masih ramai lagi yang berpegang pada ajaran agama dan menghormati budaya kita.. kalau tak dah lama dah negara kita ni bergoncang macam banana shake..

Di kampung ada ayam belanda.. aku tak pernah tengok orang kampung bela ayam belanda mana mana tempat kat Sabah.. sini ada pulak ya..  dan aku tak pernah makan daging ayam belanda..  binatang ni garang dowh, nak snep pun takut.. ekor dia terus kembang kalau kita dekat.. ni ayam belanda jantan..

Ni ayam belanda betina, badan dia nampak kecik sedikit dan ayu berbanding ayam belanda jantan.. lebih kurang je kan dengan ayam kampung.. cuam dia ada accessory kat muka dia.. cop!! betul ke ayam belanda? ke ayam turki?...aku main sebut je kan hahaha

Ni memang orang kampung murtat kalau tak tahu ni binatang apa hahahaha.. ayam kampung dan ayam betina sedang bedetim.. hew hew, nak menghasilkan telur la tew..

Angsa ni adalah binatang yang menakutkan.. dia kejar orang la, kuat pulak tu suara dia.. heeewuk heeewuk dia cakap sambil muncung dia rendahkan dan kejar orang.. biasanya orang kampung bela tuk jaga rumah, sebab angsa ni alert kalau ada pencuri malam.. tengaok gambar kat atas, macam samsing je diorang.. samsing taik kucing!!.. oh ya telur angsa sanagt besar dan keras kulit dia.. aku pernah makan..

Ibu itik dan naka anak dia yang baru dilahirkan.. baru setahun jagung (beberapa hari), comel kan.. macam nak tangkap je pulas sorang sorang hahaha.. tapi nak dekat pun payah.. mak dia garang gila..

Kambing pun antara binatang yang selalu di bela kat kampung.. bagi aku anak kambing yang kecik adalah antara binatang ternakan yang comel.. telinga dia panjang dan suka melompat lompat, ingat lagi aku masa arwah nenek aku kat tawau ada bela kambing.. aku selalu mengendong anak kambing, kaki dia dan telinga dia aku tarik tarik dan badan dia aku picit picit hahaha

Arnab pun ada.. pakcik ni bela dua jenis arnab, satu yang biasa satu yang bulu dia tebal macam kapas, aku gendong gendong bulu dia sangkut kat anak janggot aku hahaha.. comel ko tau.. aku tanya berapa jual arnab ni.. pakcik tu cakap RM10 seekor.. gila murah arnab ni, sib baik aku tak de tempat nak bela.. arnab bagi makan pelet dan gandum.. kadang kadang bagi makan kangkung dan rumput Israil..

Tengok comel kan.. gemuk pulak tu.. arnab ni gayat kalau tempat tinggi, angkat angkat terus dia goyang tak keruan.. arnab tak boleh bagi stress selalu, nanti dia cepat mati.. susah gak nak bela arnab ni, kena tahu caranya..

Ok la.. tak sempat nak cek typo.. aku nak bersiap siap gi Banting ni, jalan jalan.. kengkabut.. bye..

Tag: Memelihara Arnab, Bela Arnab, Anak Arnab Dalam Kandang

Babab.net