Isnin, 7 Mei 2012

Majlis Kahwin Faizzin dan Rosnainie, Bandar Tun Hussein Onn Cheras

Faizzin dan Rosnainie

Sempena hari perkahwinan best pren kitaorang entry ini ditujukan khas buat beliau yang sudahpun bergelar Puan Rosnainie.. salah sorang bunga yang selalu berada dalam 'group lunch hour' kitaorang kini telah sah menjadi milik En. Faizzin.. tahniah my sweet friend.. selamat pengantin baru, semoga berkekalan ke akhir hayat..

Lepas ni tak boleh dah nak bersuffle suffle sangat yah.. nak join kitaorang panjat bukit bukit kat mesia ni tak boleh suka suka hati dah, keluar rumah kena mintak izin dengan suami.. jadilah isteri yang taat ok.. maintain beauty and rock as well as kpop and not to forget belieberrrr... ohyeah !! hahaha..

Disebabkan best friend, kitaorang datang pada hari Kid dinikahi dan di hari persandingannya, lima dan enam haribulan.. alaa lagipun dekat ni aje kat bandar tun hussein onn cheras..

Awal awal ada orang tu dah bagi warning "awas kalau tak post dalam blog!!" hehehehe.. ok fine.. ini dia more pictures keluarga dan pasangan pengantin, dan kitaorang pada hari pernikahan dan hari persandingan Rosnainie dan Faizzin.. dan dan aku sebut banyak kali 'dan'...

aku dan markido

azrul dan kid

kak danti sebagai mak andam bersama rosnainie

marhani aka marmakjemah dan markumi bersama markido

nangis nangis dulu.. adik adik kid dan mak dia..

akad nikah.. faizzin

rosnainie sah menjadi isteri faizzin.. hello adik kid kat belakang hahahaha..

--------------------------------------------------------------------------------------------------

alolololo... sweet je pasangan pengantin 

potong cake

ehem ehem tangan tak lepas hehehe..

ini la dia geng lunch hour 


antara staff mafc yang hadir 80% tak kahwin lagi hahaha.. ramai lagi yang tak masuk.. malu malu kucing mengkali, yang lain dah balik...

Aku dah boleh agak apa yang korang nak komen dalam entry ni.. jawapan aku, hujung tahun ni kot.. tapi tak tahu dengan siapa hahaha...

Jumaat, 4 Mei 2012

Anak Monyet Yang Kasihan

Kasihan betul tengok anak monyet ni.. tadi masa pegi out station dekat Kuala Pilah pegi satu ladang ni aku nampak dekat dengan tempat tinggal pekerja ladang tu ada anak monyet.. sedih tengok anak monyet tu dengan luka kat leher, pastu dengan perut diikat tambat kat satu tiang..

Tanya apesal buat macam tu.. kasihan la, boleh tak lepaskan.. pekerja bangla tu cakap dia nak bela anak monyet tu.. tanya lagi, apesal tak letak ubat..  dia cakap dia tak tahu nak letak ubat apa, dia just letak Vaseline, bongok!! Vaesline bukan ubat luka.. then aku dengan kawan aku check ubat apa yang ada dekat pondok pekerja tu.. nasib baik jumpa minyak gamat, bangla tu tak tahu minyak gamat boleh buat ubat luka.. suggest kat dia letak minyak gamat kat baby monyet tu.. kasihan dowh..  

anak monyet sedang memakan seulas nangka.. kecik je dia.. nampak kurus dan sedang bersedih, mesti dia rindu kat emak dia kan....

Isnin, 30 April 2012

Majlis Kahwin Kawan Kluang Johor

Sebelum tu aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada sahabat dan rakan sekerja Zuraimi Mohd Radzi atau nama gleam dia Amy atau nama mukabuku dia Abe Sayur.. semoga Abe Sayur berbahagia ke akhir hayat dan diberkati oleh Allah swt hingga ke anak cucu.. entry ni ditujukan khas kepada beliau sebagai tanda sahabat.. lagipun jauh kitaorang datang daripada KL pegi Kluang menghadiri majlis.. buat entry sekali tepek gambar sebagai kenang kenangan kan lagi bagus hehehe..

Sebenarnya aku tak seberapa nak suka buat entry pasal kahwin kahwin ni.. tahu tak sebab apa? nanti ada latu yang komen "Kau bila lagi Abu? bla bla bla... bikin panas siot hahaha.. jodoh tak sampai lagi wahai abang adek kakak makcik pakcik semua.. nanti kalau ada, akan diberitahu kemudian.. benda baik takkan disorokkan.. wah gitu, macam retis buat statement hahaha...

Tanpa membuang masa marilah kita melayan gambar ya kawan kawan.. malas la nak taip panjang panjang, tangan aku sakit..(alasan).. hahaha.. gambar biasa biasa aje, maklum la tukang gambar amatur... selama lamanya amatur..

peeewit pasangan pengantin.. tahniah kawan..

ada persembahan pencak silat lagi depan pasangan raja sehari.. sabah jarang ada macam ni orang main silat silat..

wanita melayu memang suka main laga laga pipi...hehehe.. 

wah seronok sangat Zuraimi.. ye la kan dah tak satu geng, dah masuk geng suami suami taaat la katakan... 

tengok tu gelak macam nak loncat daripada plamin hahaha...

heew heeew.. en padir bila pulak.. 

aku pun merenjis jugak ok.. pestime ni, tak pernah buat.. sebab kat sabah suku kaum bugis kitaorang tak de  pulak main renjis renjis..

kumpulan kompang masyarakat tempatan...tak tahu kumpulan apa, bagus budak budak ni... baikla ikut kumpulan macam ni banding buat aktiviti tak berfaedah..

staff MAFC yang hadir, En Abu, En. Fadir, En Syaril, En. Bob dan orang rumah dan En Armi dan orang rumah dengan anak anak 

Sekarang ni banyak betul jemputan kahwin.. weekend ni kat Cheras, pastu kat Kampung Kuala Jempol Bahau pulak, pastu Tanjong Karang, pastu Kampung Titingan Tawau, pastu Kampung Tanjung Kapur Kudat oh my oh my dan dan aku nak balik ke sabah jauh hahaha.. tak pe la, ini la peluang aku nak bejalan jalan kat semenanjung, nanti balik Sabah tak dapat dah nak round round satu malaysia..

Masa kat Kluang kitaorang duduk kat Ailan Hotel.. hotel murah kat Kluang, Rm 35 ringgit je, selesa pulak tu.. not bad la... sebenarnya kitaorang lambat sampai kat Johor, sebab singgah kat bandar Melaka lagi berjimba jimba hahaha... next time aku cerita ok.. hug and kiss xoxo.. bagi pelempang!!

Isnin, 23 April 2012

Tutorial Cara Nak Block Games Dan Applications Dalam Facebook

Ramai yang menganggap applications, games, calendar bagai dalam facebook tu tersangat sangat sangat sangat lah annoying.. aku tak faham apesal orang suka sangat send request sampah sampah ni kat orang lain, pelik binti ajaib betol lah.. tak pandai nak insaf..

Even ada beberapa applications yang useful dan menggembirakan derrr!!, sila berhati hati sebab ada sesetengah applications ni boleh mengakses informations daripada profile korang.. tapi yang terang benderang, sparkling, nyata lagi bersuluh status update dan notifications korang akan tercemar dengan sampah sampah ni semua..

Disebabkan ramai orang yang tongong tak pandai nak paham paham, yang kita ni tak suka kena tag natang tu semua, apa kata kita pulak yang block application tu.. kalau block orang kemain ghairah, nak block applications takkan  tak reti pulak kan.. 

Benda benda simple macam ni orang tak kesah sangat.. tapi selalu pulak komplen tak suka kena tag kan.. so, berikut adalah tutorial cara nak block application bodoh dalam facebook..

First, masuk muka buku korang tu pastu pegi search macam yang aku buat kat atas.. then klik games..

Pastu akan keluar page macam kat atas.. ada tulis "apps and games"..  di bawah "invites from friends" ada beberapa games/ applications yang friends which is not so friend kat korang tu send .. so, klik pada pangkah ..

Lepas tu dia akan jadi kuning kuning macam kat atas.. nampak tak perkataan "Block" tu.. klik kat situ (bulatan merah)...

Then akan ada pop-up "Block App?".. klik je "okay".. 

Tapi cara ini sebenarnya tidak menyelesaikan masalah ini seratus peratus.. sebab kadang mungkin orang yang sama atau orang lain akan send request game/ apps yang lain pulak.. nampak tak ketongongannya di situ..

So, cara yang paling berkesan ialah block atau remove je orang yang suka send benda benda macam tu.. fair enough!! baru padan muka dia hahaha.. jahat tak aku jahat tak!? peduli hape aku..

Babab.net