Khamis, 2 Februari 2012

Berta'aruf Dan Berkeep In Touch

Sori la korang.. gua tahu korang semua semua ni dah habis exam.. sebab tu gua tengonk korang update blog laju semacam sejak kebelakangan ini.. tak terkejar dah gua nak terjah godek.. lagipun gua sendiri busy dengan kerja mencari rezki yang halal..

Ada gak yang dah kerja dan surirumah pun masing masing busy.. tak de banyak masa nak blog walking bagai.. gua paham kalau korang tak datang say "hi" dalam blog gua yang bajet retis ini..

So dengan rasa "living in the cave" gua join twitter pulak.. oh terasa diri ini macam Orang Tasaday.. gua baru nak bermain burung twit twit.. padahal orang lain dah beriban riban tweets dia hahaha.. so pasni boleh la kita ber-keep in touch, senang sebab mobile..

Orang Tasaday - tukar pic ke twister 

Sebenarnya gua dah ada twitter sejak pertengahan dua ribu sepuluh lagi.. sebab gua rasa ntah pape twitter ni, so gua pun ignore la.. tak reti nak bersosial dalam tu..  tapi sekarang gua dah ada dua tiga orang kawan oyeh!! antaranya ialah Arisha, Mr. AA, Semut Sengal, Cerita Budak Gemok, Nurnadiahmamat, Adwafarahin, hara, adilasaddam dan beberapa orang lagi, tak ramai sebab gua bukan retis.. so korang korang yang ada twitter mari la kita main twit twit..  klik kat bawah ni klik cepat!!!.. main paksa, melampau betul...kah kah kah. 

Oh ya, gua nak bagi tahu.. housemet gua yang suka tengok cita korea tu kalakar.. first time gua lepak borak dengan dia malam tadi kat ruang tamu.. rupanya dia lahir kat Sandakan Sabah, tapi asal Perak.. dia half half robot katanya.. sebab dalam badan dia ada besi besi, plastik bagai.. dia pena accident motor dulu..

Dia nak kencing gua pasal ferry kat Sabah.. bajet gua tak lahir lagi masa zaman tu.. tung tang tung tang rupanya dia muda tiga tahun bandaing gua.. hahahaha ingat gua budak budak, agak dah masa dia cerita pasal ferry dan kapal terbang... memang lawak dia ni.. btw, dia baik sebenarnya, peramah.. dan kelakar.. Boleh tak dekat setengah tahun duduk serumah baru nak berta'aruf hahahaha..

Ahad, 29 Januari 2012

Melantak Di Restoran Baser Nasi Ayam Dan Nasi Beriani Kota Tinggi Johor Bandar Putri Puchong Selangor

Lama jugak gua tak cerita pasal makan ni kan.. err!!.. anggap je la lama even baru sahaja beberapa entry lepas nampak gambar gua melantak kat Sungai Rengit.. keh keh keh.. tak de tempat nak jalan sebenarya, gua lebih suka jalan jalan tengok tempat orang lain dan juga melantak makan yang lazat itu adalah harus..

Dulu gua pernah post entry tang satu restoran cina muslim daripada Indonesia, tema restoran Jawa Sunda yang pernah dikunjungi oleh Team Jalan Jalan Cari Makan.. so, untuk kali ini gua membawakan satu lagi restoran yang pernah dikunjungi oleh JCM, Chopp TV9, Kosmo, Metro dan Mingguan Malaysia.. memperkenalkan Restoran Baser, Nasi Ayam dan Nasi Beriani Kota Tinggi Johor... lokasi restoran ni di Bandar Putri Puchong ya.. bukan di Johor..

Gua minum air limau ice ja.. sejak akhir akhir ni teh o ice tidak lagi menjadi kegemaran gua.. tukar dah yang lain.. sebab gua rasa teh o ice telah mengemokkan dan membulatkan badan gua..hahaha..

 Kipas pun ada dalam restoran ni tau.. motif la nak bagi tahu ada kipas kan kah kah kah..

Restoran ini bertemakan Lauk Pauk Tradisional Melayu.. kalau baca sejarah awal dia pun, restoran Baser dimiliki usahawan Melayu iaitu Haji Baser bin Haji Senin.. terkenal sejak 1985 lagi di Kota Tinggi Johor.. kini restoran Baser memiliki beberapa buah cawangan dan yang ada kat Bandar Putri ni lah satu satunya di luar Johor.. http://restoranbaser.blogspot.com/

Dua tiga kali datang sini time lunch hour kat tempat kerja baru sekali gua order Mee Bandung Johor.. gua terpesona... dan untuk kali ini gua order lagi.. yam yam memang sedap..

Dalam restoran ni ada banyak frame gabar bandar yang ditenggelami banjir.. reason, gua tak pasti, mungkin itu gambar kota tinggi la kot kena banjir suatu ketika dahulu kala.. unik, lain daripada yang lain dia ini..

Tengok la, lazat yang amat gua makan pun da macam singa dah..arrgummm!! 

Amacam adakah korang juga terpesona? marila kita meneruskan misi mencari makanan yang lazat lazat keh keh keh.. ok fine fine fine... gua memang kuat makan!!

Khamis, 26 Januari 2012

Raya Cina Di Time Square Dan Mid Valley Aje (Tak Balik Kampung Jumpa Sanak Saudara Pun)

Cop!! korang buat apa cuti CNY dua tiga empat lima enam hari ni.. apa?! duduk kat rumah aje?! tak remaja la korang ni hahaha.. pegila kuar jalan jalan ka, masuk hutan ka, window shopping ka.. window je ya  tengok daripada jendela, jangan beli kalau tak perlu.. membazir even stock clearance pun jangan beli.. kah kah kah..

Gua pulak baru sahaja semalam semalam hangout dengan kawan gua yang dah lebih setahun tak jumpa.. setahun..err jap kira kira lebih kurang la kot.. ya la kan, semua dah busy dengan kerjaya masing masing (alasan gua) hehehe.. so, kitaorang lepaking kat Berjaya Times Square merayau sampai tutup kedai semua..

Padahal memang dah tutup pun kitaorang sampai sebab nak tengok midnight movie Underwaterwold..

 Berjaya Times Square, view pada waktu malam dengan tanglung bukan original.. kurang manusia..

Ugly candid picture, padan muka hahaha.. Dr Faisal dan Dr Hairudin..

Dr Hairudin bersama Dr Abu dan Dr Riko... eh! tak kitaorang dua bukan doktor haha..

Juga pegi Mid Valley dan Garden.. Chinese New Year, tentu saja Garden dengan tema CNYnya.. merah, kau mampu!! hahaha..

 Gua keding dengan kawan gua taf.. takut..

Kawan gua dan kawan gua.. berangan..

Ini gua dengan kamera kawan gua.. pun berangan jugak!!

Antara view lawa yang korang boleh tengok sekarang di The Garden Mall.. 

Ok, komen gua pasal movie Underworld Awakening 2012.. cerita dia macam simple sangat la, tak best serupa tiga Underworld yang sebelum ini.. serius..

Dan gua jugak baru tahu perkataan "Jadah" tu boleh digunakan dalam Bahasa Melayu Piawai (dapat diterima sebagai yang rasmi atau yang sah).. dalam translate filem Underwaterworld tu ada dialog "Apakah Jadah itu?" telah digunapakai.. disebut oleh bapa si David time bunyi Lycan yang besar tu datang mengganas ke tempat Vampires..

Sebelum ni main sebut je kan.. ingtkan bahasa campur rojak.. lemah!! no-wonder aku hampir gagal bahasa melayu time SPM dahulu kala hahaha..

Ahad, 22 Januari 2012

Leman Nak Pegi Kuala Lumpur Tinggalkan Mak Ayah Dia Kat Kampung Didalam Kesedihan

Hidup kat kelompo ni memang jauh beza dengan hidup kat kampung (ayat klasik).. daripada segi budaya pergaulan dan suasana dia memang lain (ayat klasik lagi).. kalau dalam tivi drama atau filem ada je ayat "engkau Leman kalau duduk kat Kuala Lumpur kena hati hati, jaga diri baik baik.. jangan tianggal solat" pesan emak Leman kepada anak kesayangannya itu.. "kalau cuti panjang sikit jangan lupa balik kampung jenguk mak dan ayah kat sini, mak dan ayah dah tua.. tak de siapa nak jaga" tambah emak Leman lagi...

Sebenarnya gua bukannya nak cerita pasal si Leman yang nak pegi kelompo tinggalkan mak dan ayah dia kat kampung.. gua nak cerita pasal housemet gua yang minat tengok cerita korea.. maksudnya kat sini gua nak cekpat housemet gua sendiri..

Kitaorang sehousemet lebih kurang dua bulan dah, ofkos la dia lelaki tak kahwin lagi dan tidak mempunyai anak.. gua perasan dia suka tengok cerita korea sebab tiap hari gua dengar orang cakap korea daripada bilik dia.. tak de la dia nak bawak orang korea lepak kat bilik dia pulak kan.. so kesimpulanya dia suka tengok cerita korea la..

Sofar gua tak dengar lagi bunyi lagu lagu k-pop.. maksudnya dia layan movie atau drama korea jak.. k-pop k-pop ni dia tak main..

So apa masalahnya dengan cerita korea?.. masalahnya di sini dia ni pengotor (tak de kena mengena)..

bilik gua besih...eh bukan.. ini bilik miss whatever..

Gua ni tak de la pembersih sangat pun, tapi kalau dah tahap pengotor dia ni memang gua tak boleh bla.. ada ka patut sampah dia dia longgok kat dapur, sampai berulat dan bau busuk.. abis stoken dan kasut gua kena rogol pupa lalat, banyak pulak tu eeewww.. toilet pula dia tak reti nak jaga, tahu dah kongsi toilet pandai la jaga.. tak sensitip langsung.. gua nak duduk berak pun tak selesa.. terpaksa la gua mengamalkan prinsip "Bersih Berak Bersih".. bersihkan toilet dulu pastu berak kemudian bersihkan toilet semula.. oh malang dapat housemet yang pengotor, nak bagi tahu pun tengok macam dia lebih tua daripada gua, eh perasan sendiri kah gua ini haha....

Jangan pelik kalau gua cakap gua tak kenal sangat dengan housemet housemet gua ni.. sorang tu gua sehousemet dengan dia dah setahun lebih, nama dia kalau tak silap Ken, dia ni tak de masalah sangat.. yang minat korea ni gua tak kenal langsung.. reasons, masing masing sibok jarang duduk kat rumah.. kalau ada pun duduk bilik masing masing.. tak pernah borak togather gather ke hape.. biasala kelompo, errr KL la sangat, gua kat Puchong je pun.. emmm lebihkurang je..

Kesimpulanya, tahu dah diri tu besar panjang pandai pandai la jagan kebersihan.. kalau dah hobi mengkotorkan diri pun jangan la sampai libatkan dan susahkan orang lain.. errr macam bukan kesimpulan je ayat ni..

Ok!! ramai ramai jom layan lagu korea.. " Sorry sorry sorry sorry.. Naega naega naega meonjeo Nege Nege nege ppajyeo.. Ppajyeo ppajyeo beoryeo baby.. Shawty shawty shawty shawty.. jadah jadah apakahjadahnya"..

Babab.net