Isnin, 2 Januari 2012

Antara Azam Dan Cita Cita

Kalau tahun baru je orang mesti akan sebut azam.. apa azam tahun ni? azam tahun lepas dapat ke tak? tak de pulak sebut cita cita.. apa cita cita tahun ni? cita cita tahun lepas dapat ke tak? err.. peliknya..

Ok mari cari dalam kamus.. dict.rewaz.org

Cita-cita
Harapan, hasrat, keinginan (yang kuat)
Ayat: seakan-akan digerakkan oleh cita-cita hendak bertemu dengan anak bininya; cita-citanya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak;

Azam
1. Kemahuan (keinginan, cita-cita, dan sebagainya) yang sangat kuat, tujuan (yang sesungguhnya)
Ayat: dengan melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah menunjukkan azam nya hendak menambah penghasilan sawah;

2. Teramat mulia
Isimal azam nama yang teramat mulia (nama Allah).

Selalunya cita cita ni kita cuma sebut time sekolah je.. macam aku dah besar panjang ni (besar dan panjang kah?!) kalau orang tanya tang cita cita aku terus gelak.. aku dah tak tahu apa cita cita aku sebenarnya, mungkin aku akan jawab.. "cita cita aku ialah aku ingin berjaya dalam hidup" hahahaha.. eh gelak, betul la kan.. siapa yang tak nak berjaya...

Sepatunya la kan, cita cita disebut dengan lebih spesifik.. contoh nak jadi ahli perniagaan import export, nak jadi bomba, peguam, doktor, angkasawan, penternak udang rimau.. macam tu kan? tapi kalau dah usia sekarang ni aku cakap nak jadi doktor mesti orang gelakkan aku hahaha.. aku dah tersasar jauh tuk jadi doktor.. doktor tumbuhan boleh lagi la kot hahaha

Sejak kecil lagi cita cita aku tak konsisten sebenarnya, mula mula masuk sekolah rendah dulu aku cakap dengan cikgu sekolah memang pun aku nak jadi doktor.. ntah tak pasal pasal aku tukar cita cita aku nak jadi polis, mungkin sebab aku tak cukup cerdik kot kat sekolah hahaha.. 

Pastu aku fikir fikir susah jugak jadi polis ni, nanti gadoh pulak dengan mahasiswa.. so aku tukar nak jadi ahli sains.. paling last aku ingat aku cakap aku nak jadi guru.. mendidik anak bangsa katanya.. dan sekarang lain pulak jadinya dah terjun dalam bidang quality pulak.. tup tap tup tap sekarang ni aku bercita cita ingin menjadi seorang artis yang terkenal, nak kena gosip hari hari hahahahaha..

Untuk adik adik, kalau korang nak capai cita cita korang ofcos korang kena belajar kuat kuat, masuk kelas yang cerdik kat sekolah menengah, barula peluang bertambah cerah.. yang paling penting masa korang decide nak ambek kos apa masa nak masuk universiti.. kalau dah agak agak tersasar pandai pandaila korang adjust.. tapi yang terpaling penting result SPM mestila superb, barula boleh demand.. jangan jadi macam aku, gelap pandangan mataku, kompius hahaha..

kalau cita cita korang tercapai nak jadi perdana menteri nanti opis korang kat sini la.. wah!! good luck.. sila tadbir urus negara dengan baik ya, perangi rasuah..

Sabtu, 31 Disember 2011

Goodbye 2011, Welcome 2012

Goodbye 2011 and welcome 2012.. apa yang korang dapat sepanjang tahun 2011, kalau tanya aku emmm.. tak banyak perkembanyan kot, badan je yang kembang.. lemak tepu di sana sini hahaha..

Menurut sains berapa jangka hayat manusia sekarang? usia korang berapa sekarang? berapa yang korang dah pakai? berapa lagi yang tinggal? untung kalau tidak dijemput pulang dengan cara yang sadis dalam masa terdekat.. nauzubillah.. sama ada sedar atau tidak kubur sentiasa melambai lambai kata mari.. tapi bagaimana dengan iman, persediaan untuk berhadapan kepadaNya.. marilah kita fikir bersama sama ya, disusuli dengan tidakan remedial action..

Sepatutnya sepanjang 12 bulan yang lalu sudah banyak pencapaian yang awesome kita perolehi, peningkatan ekonomi diri dan keluarga.. takkan nak macam tu je kan, kawan kawan dah maju ke hadapan sedangkan kita duk asyik macam tu je.. tak kahwin kahwin lagi.. damn!! kahwin jugak yang di sebut hahahaha

Kalau jodoh dah sampai kahwin la, apa lagi nak tunggu.. yang paling penting rancang perjalanan hidup, nak kahwin usia berapa dan persediaan darisegi ekonomi, kemantapan zahir dan batin, bersedia tuk menjadi seorang suami atau isteri yang tiptop, barula boleh proceed.. betul tak..

Apa apa pun mari kita mengucapkan selamat datang kepada 2012, semoga apa yang dirancang untuk tahun 2012 akan tercapai dengan jayanya aminn.. mari buka lembaran baru, azam yang baru.. kalau azam 2011 tak tercapai carryforward la pegi tahu 2012.. berapa kali nak carryforward itu terpulang hahaha..

Btw, tahniah kepada korang yang berjaya mencapai azam tahun 2011, menjadikan ia suatu kenyataan well done..

gambar hiasan

Jumaat, 23 Disember 2011

Jiran Aku Yang Suka Ketok Ketok Dinding

Sudah lama aku nak mengadu kat korang.. ni cerita pasal jiran sebelah rumah sewa aku ni yang aku tak kenal.. muka dia pun rasanya aku tak pernah tengok, mungkin pernah la kot tapi aku tak tahu yang tu adalah jiran aku..

Aku nak tanya kat korang, ada tak ritual yang main ketok ketok dinding setiap malam?.. maksudnya acara jampi jampi ke hape ketok dinding nak summon jin atau sayitan seperti menggunakan batu, tukul atau benda benda keras.. setiap malam pulak tu..

Ketok ketok ni kejap je pun.. tak lama, biasanya dia start dalam pukul 12 malam sampai pukul 2.. lebih kurang macam tu la.. frequency putus putus, kalau dah ketok empat lima kali kemudian dia stop dan diulang dalam empat lima kali sehingga larut malam.. pelik kan..

Agak agak ape yang dia ketok tu? takkan nak gantung frame gambar tiap tiap malam.. takkan nak bunuh semut sampai bunyi kuat macam tu..

Since aku dah setahun lebih duduk kat sini, aku da macam lali dah.. aku saja tak nak fikir negatif sebenarnya.. anggap je la bunyi tu disebabkan hujung katil dia bergoyang goyang terhantuk ke dinding, bergoyang goyang disebabkan apa aku pun kurang jelas untuk jawapan yang itu hahahahaha...  nah kan, 12.24am dia dah mula ketok dah.. aishhhh..

gambar hiasan

Isnin, 19 Disember 2011

Hari Keluarga Di Felda Sahabat

Memikirkan nasib kalau hujung tahun.. memang busy gila babi hahaha.. bajet aku kerja dalam Finance Department pulak kan, kalau hujung tahu diorang ni la yang paling busy..

Yang lain busy jugak apa!? macam Quality Department, aku kena siapkan audit dan product sampling yang still outstanding, report dia lagi, kalender tuk next year dan yang ni pulak Carrefour punya requirement..arghhh.. ok!! busy la sangat kan, padahal asyik dok online ajer kerjanya hahahaha..

Penat bekerja kalau tengok gambar gambar lama pun syok jugak, upload dalam blog baru la best, ada orang cakap "kegembiraan yang sebenar hanya dapat dirasaai apabila ianya dikongsi".. ok fine fine aku nak kongsi la ni..
Layan la gambar aku di saat waktu terhenti..

Big family.. orang dia pun kebanyakannya big big jugak.. aku selalu cakap aku kuat makan, sebenarnya sifat kuat makan aku tu adalah sifat warisan turun temurun, kitaorang semua kuat makan tau..

Asal bekumpul je mesti nak makan, mulut mesti mengunyah 24 jam macam haiwan ruminan.. tahu tak apa tu haiwan ruminan? haiwan macam kambing lembu kerbau rusa tu la.. perasan tak diorang asyik mengunyah je kerjanya..

Btw, ni ramai lagi ni yang tak join.. dua tiga keluarga lagi tak dapat sebab busy..

Time aku kat Sabah hari tu musim buah, tapi musim buah pun yang aku tengok rambutan ajer yang ada.. buah terap pun ada tapi tak masak lagi, pokok terap jiran sebelah rumah pakcik aku hahaha.. nasib baik tak masak kalau tak sudah tentu aku dah curi kah kah kah... mesti korang tak tahu buah terap kan? buah tu tak de jual kot kat semenanjung, rasa dia sedap.. cuba tengok kat sini..

"aku cari kau sampai ke lubang cacing!!" yang ni pelik, lubang dan taik ada tapi cacing dia tak de, jumpa anak cacing pun tapi yang masih freshies lagi..

Sebenarnya kitaorang pegi memancing kat kolam pakcik aku.. dekat je daripada rumah, beguling guling pun boleh sampai.. kolam tu pun saja saja, tak besar mana.. daripada dibiarkan kosong baik dia masukkan ikan.. boleh jugak kitaorang main mancing mancing kalau datang..

Memancing bukanlah minat aku.. bosan la, nak tunggu dapat ikan.. sebab tu aku pelik dengan orang gila mancing, ada yang datang daripada KL gih Sabah sebab nak mancing.. emmm kalau dah hokbi, nak cakap apa kan..

Tengok la aku nak ikat tali pancing pun payah kah kah.. seronok mancing pun sebab ramai ramai, siap ada pondok lagi pakcik aku buat.. ni ramai ramai kat pondok buat bising hahaha.. cam mana aku nak dapat ikan..

Ini gambar censored sebenarnya, berat rasa nak upload, censored sebab apa? hehee.. tapi nak tunjuk jugak even aku tak minat mancing.. gigih aku nak dapatkan ikan merah yang sebesar meja komputer dalam kolam tu hahaha.. oh aku tipu sebesar kaki saiz 6 aku tu je kot.. ops!! tersebut saiz kaki disini..

Pakcik aku lucu.. dia cakap "korang pegila mancing tapi kalau dapat ikan besar yang merah tu korang jangan ambil, lepasakan balik ke dalam kolam" hahahaha.. aku kalau dapat terus aku masukkan keta aku, tak nak tunjuk kat dia hahahaha nasib baik aku tak dapat.. satu apa ikan pun aku tak dapat..

Menang gaya aje la aku kalau bab bab mancing ni.. tapi gaya macam nak cocok apentah hahahaha macam tu ke gaya orang kaki pancing..

Tak de sorang pun yang dapat ikan merah tu ya, pakcik aku cakap diorang dah didik "kalau nampak mata kail jangan makan" katanya ciss.. semua pun dapat ikan talapia sebesar penampar.. malu nak tunjuk kecik aje, tapi goreng pun sodap.. err aku tak bak balik rumah, first sebab aku memang tak dapat, second aku tak seberapa dengan ikan air tawar..

Makigh malas nak cakap banyak tang gambar ni.. budak budak suh suh! pegi main petik petik bunga sana...


Wah ni cawboy sudah mari mau tangkap itu kambing hahahaha yariba yariba.. amacam ada gaya tak aku kah kah kah.. aku dah boring sebab tak dapat ikan, mula la aku buat kerja kerja lain.. tangkap gambar sana sini even tak reti mana... setai abu!! kata Onie

Jangan terkejut kalau aku sebut diorang tengah buat apa.. tak pasti pulak kat KL ni ade ke tak.. diorang tengah buat "Jalan Kote".. buat macam karipap tapi isi dia kat dalam mee hoon goreng, makan dengan kuah cili api.. ya cili api.. orang bugis kuat makan pedas, tapi aku pulak sakit perut kalau makan pedas banyak sangat.. bugis murtat barangkali aku ni hahahaha

Tak plan pun nak buat kueh, mee hoon balance daripada picnik kat Pantai Kahapan, tengah rehat rehat tengok tv tetiba diorang pagi buat kueh pulak.. apa lagi makan je la..

Habis semua makan makan, rambutan, mancing, buat jalan kote bagai tiba masanya tuk pulang.. sebelum pulang begambar dulu ramai ramai.. aku kat mana? yang ambek gambar ni la.. aku ni tak de la nak interframe je kan huk huk..

Cerita panjang panjang aku tak sebut pun mana rumah pakcik aku ni.. ni kat Felda Sahabat 2 Anjung Teduh, daripada pantai terus pegi buat lawatan sambil belajar secara mengejut kat sini.. seronok memang seronok..

Aku tahu kauorang bukannya baca pun kan.. sebab entry panjang sangat, korang tengok gambar je kan hehehe.. tak pe la, pas ni aku nak post link blog ni kat fb diorang.. kegembiraan aku dan mereka..

Babab.net