Sabtu, 19 November 2011

Days 1-4: Kerepek dan Majlis Hari Jadi

Oh berapa hari dah tak online blog.. rasa rasanya ada orang rindu aku tak hahaha.. bajet popular jap.. untuk yang tak tahu sebenarnya sekarang aku ada kat kampung ok.. sedang bercuti cuti hua hua.. payah gila nak online blog, tapi aku gigih.. nak update jugak hari ni..

Permandangan yang cantek dapat dilihat apabila berada di tepi tingkap, penerbangan siang dan cuaca yang bagus.. cantek tak cantek, pagi tu aku kengkabut pegi airport, lambat bangun.. masuk boarding area pun orang dah baris kat pintu nak pegi kapal.. sigh!..

Sampai airport tawau kena pegi LD pulak, jarak Airport Tawau ke Lahad Datu lebihkurang 142 km.. otw pagi LD aku sempat singgah kat simpang ke Kunak, jarak dia daripada airport tawau tak silap dalam 78 km .. kat situ ada deretan gerai jual banyak jenis kerepek macam dalam gambar kat atas tu.. kueh cincin, amplang, kerepek ubi dan banyak lagi la.. singgah jap beli, sebab mak aku suruh.. nak kena suruh jugak kan haha..

Aku beli kerepek ubi, tu yang kat atas tu anak bua aku pegang.. agak gedabak jugak la, yang garis garis tu gula merah, orang kat semenanjung sebut gula melaka.. mana mana la.. tapi rasa kerepek ni sedap, aku suka.. perisa orang kampung..kah kah..

Anak bua aku kat atas tu lucu, selalu jadi mangsa buli kakak dia.. si rambut kerinting memiliki hobi yang pelik masukkan selipar dalam parit depan rumah haha.. aku sampai ni kebetulan nak celebrate besday dia..

Tengok la siapa yang sambut hari jadi sebenarnya, semua berebut nak tiup lilin, yang diraihkan tak nak tiup pulak hahaha.. kelakar budak budak ni..

Dan makcik makcik (kakak sepupu) pulak buat lawak kat datur.. bengong haha.. antara orang kuat kalau ada majlis majlis keluarga, diorang ni la harapan..

Dan aku pun nak jugak.. wordless jap!!..

Ahad ni nak gi Sandakan sebab ada majlis kahwin keluarga, sebut Sandakan mesti korang terfikir pasal Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok kan.. hehehe.. kalau sempat nak singgah jap sana.. nak melawat orang orang utan.. rindu dah kat diorang..

Sekarang ni aku duduk kat rumah jak.. asyik layan astro ceria je kerja, harap la dapat tengok channel lain.. nak gado dulu baru dapat.. "tom tom bak tom tom bak"..

Isnin, 14 November 2011

Akan Meghilang Lama, Menghabiskan Cuti Tahunan Di Sabah, Land Below The Wind Oyeh! Oyeh!!

Yang pasti malam ni bukanlah malam Jumaat.. tak de ali caffe dan weeknd pun lama lagi, gaji apatah lagi aaauuuww.. malam ini adalah malam terahkir aku kat semenanjung Puchong yang wajib jem ni, walaupun Persirankan Kewajipan yang wajib jem tu sebenarnya bukan lah terletak kat Puchong.. pagi esok aku akan memulakan perjalanan jauh.. home sweet home.. abu mari, balik LD..lululu.. merepak tahpape inro aku ni..

Cuma nak high light, aku akan menghabiskan cuti tahunan aku kat Sabah bermula esok 15 haribulan sampaila  4 haribulan Disember.. kelas tak aku hahahaha.. dekat tiga minggu beb.. mahu tak haven mengangkang kat rumah..

Aku dapat rasakan akan adanya kesan sampingan mengangkang di kampung halaman nanti, antaranya ialah:

Aku jadi hitang..
Lahad Datu panas beb, panas macam kat KL ni.. tapi kalau kat sini aku duduk rumah, kerja rumah kerja rumah makan makan makan.. selalu duduk aircond, jadi tak de la hitam sangat.. kalau kat LD mesti aku akan merayau rayau.. dah hitam nanti memang beminggu juak la kesan tanning tu baru nak hilang.. tak pe, tak macho la kalau putih putih ni.. hitang baru la jantan..

Malas dah aku nak fikir kesan sampingan yang lain.. tapi yang aku tahu nanti aku dah tak sekerap ini berblogging dah.. maklum la, internet berokbeng aku ni tak kuat kat sana, berok duduk KL.. tak biasa duduk kampung hahaha..

Satu lagi, aku harap mak aku nanti tak bosan tengok muka yang selalu bajet comel ni kat rumah.. makan tidor makan tidor je kerja, macam biawak..kah kah kah..

Cuma pesanan aku kat korang..
Jangan la sentap kalau aku lama tak buat kunjungan balas.. jangan la aku diremove daripada bloglist korang.. jangan la aku tidak di kawan pulak.. dan jangan la aku di dusta..

Balik sini nanti aku akan..
Oh! aku tak nak janjikan apa apa kat korang.. kang aku kena tagih, aku tak dapat bagi mati la aku.. hahaha.. Cuma kalau sempat aku akan tangkap gambar banyak banyak bagi kat korang tengok view Lahad Datu yang emmm.. cantek la kot, rasanya.. dalam hati korang mesti cakap "gambar nak buat hape, bagi gelang mutiara la kalau berani".. ok aku tak berani hahahaha..

Mula mula hari tu cakap tak nak bawak balik banyak barang... tengok tu, apakah kejadiannya..

Ok la aku nak sambung packing barang ni (sambung ok!).. takut ada yang tertinggal.. ulang alik sabah semenanjung ni berat jugak sebenarnya, terutamanya yang dah bekerja.. dari sini nak balik sabah kena ada ole ole.. daripada sabah nak balik sini pun ole ole jugak.. hahahaha...

Ahad, 13 November 2011

Shah Alam, Menghadiri Majlis Kahwin Rakan Sekerja

Musim cuti sama jugak maksundya musim kahwin.. tiap kali cuti sekolah memang banyak la masjid yang akan didirikan di situ sana sini, alhamdulillah syukur nikmatNya yang memberi rahmat.. banyak la undangan kahwin, banyak la makan nasi minyak, banyaklah dapat telor rebus.. banyak la eh ramai la yang menternak lemak hahahaha...

Macam tadi, kitorang pergi menghadiri majlis kahwin rakan sekerja En Masur kat Shah Alam dewan seksen 11.. cekidaut!!..

Pasangan pengantin anggun dan kacak bergaya.. kelasss uolllsss...

Serius pelamin dia cantek.. kahwin nanti nak buat macam ni gak la, jap nak tekan kokoleter dulu..hahaha..

Antara rakan sekerja yang menghadirkan diri.. paling comel, cuba teka... ngeeeeh..

Mengintai dari tirai kamar.. oh de de.. bersama bunga bunga, pegi kerja kurang cantek, pegi majlis kahwin cantek pulak..

Sabtu, 12 November 2011

Rumah Sewa Di Puchong

Apehal pemerkosaan dalam kurungan..kah kah..
Bagi pelajar University, orang bujang atau pasangan yang baru berkahwin masih fresh lagi, perihal rumah sewa adalah sesuatu yang sangat sinonim bagi mereka.. contoh orang bujang macam aku la...hehehe.. aspek keselamatan dan keselesaan akan menjadi keutamaan selain daripada jarak ke tempat belejar atau tempat kerja..

Bagaimanakah ciri ciri rumah sewa yang selamat? selalunya orang akan melihat kawasan, tengok area kat mana kurang penjahat.. kawasan yang kurang berlaku kecurian/ pecah rumah, kawasan polis selalu buat rondaan dan dll.. kalau rumah flat elakkan memilih rumah tingkat paling atas atau paling bawah sekali, sebab kalau paling atas kadang pencuri boleh masuk daripada siling rumah, kalau tingkat bawah pulak kadang penjahat boleh ngintai rakam pastu upload dalam youtube, lain.. penjahat jugak boleh buka tingkap tuk pecah masuk dalam rumah melakukan pemerkosaan dan sebagainya.. kalau rumah teres cari kawasan yang berpagar, ada pak guard/ mak guard.. banyak lagi aspek aspek lain, harap reader boleh bagi pendapat sikit.. malas la teeeuw!! haha..

Contoh rumah sewa yang selesa, dengan tv yang tidak berfungsi, tak de peti ais dan dapur.. selesa la kot bagi orang bujang sebab banyak aktiviti dilakukan di luar rumah.. bilik dia tak bagi gambar, berselarak macam sarang tikus katanya..(gambar diambil sejurus tuan rumah membuat lawatan mengejut, harus dia dah kemas kemas semua)
  
Rumah yang selesa pulak macam mana? mestila ada sofa ye dak! boleh goyang goyang kaki.. fully furnished paling best, tapi selalunya harga sewa mahal la, semi pun ok jugak tapi tengok la apa yang dia bagi.. kadang kadang semi furnished pun katil degan kipas meja je.. yang hado!! haha.. basically, kalau nak yang selesa harga sewa lebih mahal.. kalau yang berkereta pulak, keselamatan dan kewujudan parking lot adalah sesuatu perkara yang amat di ambil kira..

Macam mana nak cari rumah sewa? kalau kat internet ni orang selalu tengok kat mudah.my la, cepat dan jimat masa, memang mudah.. kalau kat Shah Alam sebab kat situ ada UiTM, Unisel dan kolej kolej berhampiran, selalu adalah iklan iklan kat station bus, kat kedai kedai dinding bangunan.. 7 E jugak adalah salah satu tempat nak check iklan rumah sewa.. dalam kedai tu ada softboard, selalu ada je iklan kat situ..

ps: yang duduk kat rumah parents/ sendiri.. diam diam sudah :P

Babab.net