Khamis, 3 November 2011

Makan Seafood Di Tanjung Harapan

Klasik tak tajuk entry aku kali ni hahaha... memang tak menahan..
Meluangkan masa bersama rakan sehingga pukul 11 malam kat tanjung harapan sungguh seronok, lagi best.. makan seafood sampai tak ingat ada penyakit gout.. eh! sapa ada gout.. eh bukan aku hahahaha.. aku bedal semua jenis hidupan laut, kecuali sponge bob la.. dan aku sihat alhamdulillah...

Dan harus tak tahu nama nama hidupan laut, kecuali aku boleh membezakan mana udang, mana ketam, mana sotong mana jenis kerang.. nama nama ikan aku tak tahu sangat, perlu bertanya kepada si penjual.. yang mana satu siakap dan yang mana satu kerapu, ke kerabu.. kalau ikan jerung atau ikan jaket aku tahu la kot..

Ketibaan di tanjung harapan agak lewat sebab ada tu orang meeting sampai pukul 9 malam.. boleh dapat anugerah pekerja terbaik utuk tahun ini..yeah!!..

Gambar gambar kat bawah ni awesome, cekedot!! eh! comolot!.. check it out!!...


 Ni mana satu ikan siakap mana satu ikan..emmm... satu lagi ikan apa ek?! satu tu mata dia merah je.. lama sangat menyelam dalam air mengkali..

Ya pilih mari pilih.. jangan ambek banyak sangat sebab orang belanja.. agak agak ok hahahahaha.. seronok sangat ke belek belek sotong, gelak kuat nampak..

 Ketam, nampak sedap kan.. tapi rasa dia agak kureng sedikit banding dengan ikan tiga rasa dan ikan masak masam manis.. next time tak nak order ketam dah..

Aku dan Hani yang memakai kostum X-men itu.. ada sayap kat bahu baju, nak terbang pegi mana ntah, pelik beno baju dia pegi kerja hari ni kah kah.. call fashion police!!

 Gila serius aku... time makan pun kacak.. perasan again hahahaha.. sila muntah

 Tak boleh blah rupa orang dah kenyang.. macam tak nak begambar dah, masa awal awal kemain lagi.. btw, thanks En. Fadir sebab belanja, banyak kali dah belanja makan.. terima kasih daun keladi, lain kali belanja la lagi dan lagi kah kah kah... :P

Ahad, 30 Oktober 2011

Usia Sebenar Perlu Kahwin Menurut Orang Tua-tua dan Faktor Melewatkan Perkahwinan

Isu paling hot apabila anda mula mencapai usia tertentu, yaaa.. bila nak kahwin?.. balik kampung beliau beliau mesti tanya soalan yang sama..

Sekarang ni berapa usia sebenar lelaki atau perempuan yang paling edial tuk kahwin?. sebab asal bestday ja orang akan tanya.. "Happy birth day.. bila nak kawin?" atau "selamat hari jadi.. wah tua sudah kau..bila ko mau kawin ni?" kalau yang kena tanya tu baru abis SPM tak pe la jugak.. kalau yang dah ageing.. agak macam cilaka jugak soalan tu hahahahahaha...

Orang tua tua cakap usia paling sesuai untuk berkahwin bagi lelaki ialah lingkungan usia 25-33 tahun.. yang perempuan pulak dalam lingkungan usia 20-26.. sesuai la agaknya.. kalau perempuan yang dah 27 tahun tak kawin lagi kira andartu la tu kan..huhuhu.. tapi lelaki bagi aku kalau dah 34-35 pun masih steady lagi, mungkin masih gagah lagi di atas ranjang kah kah kah..

'Kahwin la kamu, kerana perkahwinan itu dapat menghindar diri daripda perbuatan keji dan mungkar'.. memang betul la, kalau 'ekonomi' dah stabil eloklah kalau kawin cepat cepat.. daripada asyik berkepit buat benda yang bukan bukan.. kan..

asyik dapat bunga tello je kan.. bila nak bagi bunga tello pulak..ngeee..

Sebenarnya ada beberapa faktor sebab kenapa lelaki atau perempuan tu melewatkan perkahwinan, ni antara point dia yang aku baca dalam ikim.gov.my..

Revolusi pendidikan - lepasan SPM pas tu baru nak masuk Universiti tiga empat tahun.. then baru nak mencari pekerjaan dan kumpul duit tuk kawin, nak tak nak kawin dalam lingkungan usia 25-28 tahun jugak..

Peluang pekerjaan yang banyak tuk wanita - dulu dulu orang cakap perempuan berkahwin awal tuk kurangkan beban keluarga, tapi sekarang ni dah ramai wanita yang berkerjaya.. mereka boleh menanggung kos hidup sendiri tanpa bergantung kepada keluarga atau suami.

Tanggungjawab kepada keluarga - ni selalunya anak sulung la, abang long kak long.. tangguhkan perkahwinan sebab merasakan tanggungjawab untuk membantu keluarga terletak pada mereka.. terutamanya yang datang daripada keluarga susah..

Hakikat keluarga tidak lagi mendesak untuk berkahwin - sekarang ni ramai ibu bapa yang berpendapat tidak wajar mengaturkan perkahwinan anak mereka.. biarla diorang cari sendiri.. atau ada jugak ibubapa yang masih ingin merasai pulangan pelaburan membesarkan anak mereka.. harus berbangga kerana berjaya mendidik anak mereka sebagai orang yang berguna dan tahu membalas jasa orang tua..

Sikap terlalu memilih - perkahwinan adalah ikatan yang suci, long term punya story..biarlah perkahwinan itu adalah yang pertama dan terakhir.. sebab tu adalah awajar untuk memilih, biar puas hati.. dan daripada sudut yang lain pulak mungkin perempaun berfikir bahawa kuasa talak bukan pada mereka..

Terlalu banyak kisah sedih - sekarang ni macam macam, sumi/ isteri curang la, suami dera isteri, isteri lari tinggalkan laki.. laki orang larikan bini orang.. bini tak nak balik raya kat keluarga laki la kah kah kah..macam macam..

Selain faktor 'jodoh tak sampai lagi', bagi aku ekonomi diri adalah faktor utama mengapa yang kat luar luar sana tu tak kahwin lagi (cakap macam aku dah kawin je kan).. ok titk.. off the topic!! sensitip hahahaha..

ps: lain cerita kalau dtng drpd keluarga kaya raya.. hantaran, kos perkahwinan sampai ke anak pun family yang tanggung.. hebak :D

Khamis, 27 Oktober 2011

Tutorial, Cara Nak Beli Tiket Kapal Terbang

Kebetulan hari ni aku nak beli tiket flight daripada tawau to KL.. so alang alang aku terus buat tutorial cara untuk beli tiket airasia untuk penerbangan domestik.. cool tak aku..kah kah.. blogger ni kalau boleh semua dia nak cerita dalam blog.. berak pun nak cakap jugak..

Ok mari kita teruskan.. keperluan:
Sign up dengan airasia, sebab pas ni senang nak semak penerbangan ka, inkes nak tukar flight ka.. apa kah..
Ada kad kredit atau online banking untuk direct debit daripada acc korang..


Dah login, daripada home korang terus pilih penerbangan, destinasi one way or two way, tarikh dan berapa guest yang nak travel sekali... entry ni aku terangkan tuk sorang guest ja ok..


 
Tekan search kat atas kemudian kuar window baru dan korang boleh bilih masa penerbangan, kalau ada tiket promo dia kuar dalam kolum promo la.. harus harga tiket lebih murah haha.. pastu tick Term and Condition dan kalau ada special needs select Yes..


Then ini guest details, kalau korang dah sign up airasia senang sikit sebab dia dah siap isikan, korang cuma perlu semak ja.. Contect Details korang, Select Guest(s) details tuk guest lain yang fly dengan korang dan Guest 1 details document tuk diri korang gak.. jangan tak isi..


Dalam Guest 1, tik 'im this traveler' isi Passport Details jika korang adalah pemegang paspot.. tak silap aku, orang semenanjung nak gi Sabah/ Sarawak kena ada passport kan.. then Flight Options, beli berat barang yang korang nak masukkan dalam bagasi.. beli online lagi murah daripada beli kaunter kat LCCT.. sama jugak kalau nak beli meal dan comfort kit..


Then pilih tempat duduk dalam kebin, yang tanda merah tu hot seats, mahal 30 sebijik.. yang gray bukan hot seats 6 ringgit sebijik, yang tanda X to orang dah booked .. pilih la mana mana, nak yang good view pilih kat tepi tingkap, tapi pandai pandai agak la sebab kang dapat yang kat sayap dia hahaha.. aku lagi suka duduk kat dalam sebab senang sikit gi toilet.. maklumla orang gemok tak larat nak besempit sempit hahaha.. tapi korang boleh Remove Seat, tak dikenakan bayaran.. tapi masa check in nanti dia akan bagi random seat.. man mana pun, untungla kalau tak dapat sebelah dengan orang badan bau busuk.. kah kah.. pening...


Pastu pegi Insure Travel Protection pulak.. tik sebab must agree, then jadah skybus dan tune talk.. yang dua ni aku ignore.. dan kat sebelah kanan tu dia dah total semua included harga tiket, berat bagasi, airport tax, fuel surcharge and others taxes/fees..


Pastu Review and Pay, pilih korang nak bayar guna apa, credit card, voucher atau direct debit.. selalunya aku guna direct debit la, guna akaun CIMBkliks.. kalau guna credit card korang isi la detail pasal kad korang tu tapi kalau guna direct debit dia kuar macam kat bawah ni..

Then korang baca apa yang dia tulis kat situ.. kalau semua ok tekan 'click here to proceed'..


 Pastu kuar pop-up natang ni.. login dan buat pembayaran macam biasa.. ikut cara bank korang masing masing la.. dan pastu jangan lupa print korang punya travel intinerary dalam step 2 gambar kat atas tu..
siap dah.. hehehe.. sekarang semua orang boleh terbang..


Rabu, 26 Oktober 2011

Kalau JK Ada Blog, Mesti Ramai Followernya

Selain menyayangi kucing.. aku jugak sebenarnya seorang yang sayangkan berok, bukti hari tu aku dah post satu gambar berok dalam blog aku hahahahaha.. tengok kat sini.. hebak tak berok bernama JK tu, tu berok En Jamil Kucing..

Nak lagi bukti nah!! tengok gambar kat bawah ni.. penyayang tak aku? penyayang tak?! begitulah wajah sebenar seorang yang sayangkan berok seperti aku.. tahu tak perasaan aku masa berok tu panjat kat badan aku.. tahu tak! hahaha..

uuuwakkk.. uuuwakk.. (JK berbunyi)...

Tapi budak dalam video ni lek je peluk si JK kat bukit bintang.. mungkin sebab si JK pakai baju kot.. tengok la gambar kat atas tu.. dia bogel kot, dia macam nak rogol aku je.. nampak je kote dia hahahaha..


Tapi JK ni berok yang jinak, bijak dan kelakar, aku gelak gila jumpa dia masa kat rumah En. Jamil Kucing.. dia reti belagak kaki dia sakit kena rotan, padahal tak de apa apa pun, reti salam dan cium tangan orang.. lucu.. siapa nak kena panjat korang boleh jumpa JK kat area bukit bintang.. ada je sana dengan tuan dia..

Menurut En. Jamil berok ni pernah beberapa kali digunakan untuk iklan tibi dalam dan luar negara.. pernah jugak beberapa kali muncul di dalam tibi bersama selebriti tempatan.. wah pemes jugak si JK ni.. kalau dia ada blog mesti ramai follower dia.. kalah cik epal, satu kali post entry, orang yang mendoakan dia kurus mesti beratus ratus jugak hahaha.. hebak la JK.. aku tak cakap cik epal macam berok ya.. awas sapa buat cerita.. aku suruh JK rogol korang nanti..

Oh btw, En. Jamil datang mengiau ngiau dalam blog aku semalam, singgah dan bagi komen lagi.. thanks En. Jamil.. memang tak la nak buat kucing penyet tu hahahaha..

Babab.net