Dulu aku pernah buat entry tentang bahasa sabah, nak baca sila klik kat sini, tapi bahasa yang aku terangkan tu lebih kepada bahasa/ logat KK.. seperti yang aku pernah cakap, logat sabah boleh dibahagikan kepada dua iatu logat/ accent/ slang KK dan slang Tawau..
Logat tawau lebih banyak dipengaruhi oleh masyarakat suku kaum bugis, bajau, suluk, tidung dan bahasa daripada Indonesia..
Jika berbual bual dengan masyarakat sabah secara jelas korang boleh men-detect dia (he or she) gitu kan hahaha.. sedang bercakap menggunakan logat tawau hanya dengan mendengar beberapa perkataan dan lenggok bahasa yang dipertuturkan...
Beberapa perkataan yang digunapakai untuk logat tawau:
Pinggir/ Siring - Tepi
Jap - Penumbuk
Tabla/ Penabla - Curi/ Pencuri
Ambek - Ambil
Calledak/ lanjik - Sundel/ miang / gatal
Hambur - Berselerak
Ndak usah - Tak payah
Tapok - Sembunyi
Ember - Baldi
Bebeng - Air liur
Sot-sot - Bodoh
Grodok/ antam kamemon - Main bantai je..
Selain itu, punggunaan perkataan "bah" masih banyak digunakan dan selalunya ia hanya diletak di hujung dan di tengah pada kebanyakan ayat.. amat jarang perkataan "bah" digunakan di hadapan ayat jika bercakap menggunakan logat tawau...
Contoh (tengah): Celledaknya la bah budak perempuan tu... (budak perempuan itu sangat gedik)
Contoh (belakang): Jangan ko masok dalam ember tu nanti pecah bah.. (jangan masuk ke dalam baldi itu, nanti ia akan pecah)
Terdapat juga perkataan seru/ penegasan atau saja saja yang boleh digunakan untuk menggambarkan rasa terkejut, kagum dan marah.. contoh perkataan dan ayat yang biasa digunapakai...
Ui - Ui! kau mau makan apa di sana?..(cop! kat sane ko nak makan ape?)
Be - Be..lainnya jugak sudah perangaimu ni.. (wey.. apesal perangai awak ni dah lain)
Dui - Dui! tinggal lagi ko mo eksen eksen situ.. (ek elleh! tinggal lagi nak bergaye kat situ..)
Ha! lebih kurang macam tu la logat dia.. kalau korang datang tawau confirm korang agak pening pening sedikit.. tapi korang tak yah nak risau sebab orang tawau cool cool belaka.. sama dengan dengan masyarakat Sabah di daerah yang lain.. mari la bercuti cuti di tawau.. hehehehe..
Kata carian yang lain:
belajar bahasa kadazan
belajar bahasa dusun
belajar bahasa brunei
belajar bahasa suluk
belajar bahasa bajau
belajar bahasa bugis
belajar bahasa sungai
belajar bahasa timor..:D
arghhh!! matila kalau nak listkan semua sukukaum di sabah kah kah kah...
Selasa, 25 Oktober 2011
Isnin, 24 Oktober 2011
Mana Lagi Sedap, Ayam Penyet Kah Kucing Penyet Kah
Selapas berhimpun semalam dan menunaikan tanggunjawab semua bagai.. kitaorang singgah ke Summit USJ terus ke Restoran Ayam Penyet the traditional Indonesian cuisine.. yam yam.. aku memang suka ayam penyet, kalau kat kampung nampak ayam bejalan jalan rasa macam nak penyet penyet je diorang semua, termasuk anak anak ayam.. nak makan keh keh keh...
Ini la dia payung makan nasi ayam penyet ni hahahaha.. terima kasih, apa tu? nak korek idong ke? hahahaha
Susah bejalan dengan orang politik ni.. nak makan pun Satu, apa apa pun satu malaysia.. kome ni susah bebenor.. baik kome pegi menchako dindin..
aku bukan orang jawa tapi aku suka makan tempe hehehe.. selain ayam, sambal dia aku suka even pedas giler.. sebenarnya aku tak boleh nak makan pedas sangat sebab confirm keesokan pagi dia aku akan sakit perut.. untung kalau tak cirit buih..
Hidangan sampingan.. sampingan kah?! rasa dia ni very typical indonesian food.. kalau kat sabah rasa dia sebijik macam mie sedaap perisa soto datang daripada indon melalui tawau kah kah kah.. tak tahu kat sini ade ke tak.. tak survey coz lama dah tak makan mie instant..
Ingat lagi tak korang dengan kucing yang terperangkap bawah keta diselamatkan oleh bomba tu, tak ingat baca kat sini... ni la dia kucing hitam tu.. dah besar pun dia, senang hati buncit sudah, kanyak makan whiskas hahahaha..
Lagi satu kucing yang gemuk dan berat.. nak masak kucen penyet pas ni ngeeeee...
Ahad, 23 Oktober 2011
Gambar Sekitar Himpunan Sejuta Umat Stadium Shah Alam
Bawah ni adalah gambar semasa himpunan sejuta umat kat stadium shah alam petang tadi..
Sebenarnya yang datang tak seramai mana pun, tak tahu la, dalam 5000 pun mungkin tak sampai kot.. biasala kalau aktiviti macam ni.. kalau ada game, konset atau pesta kebudayaan memang la ramai yang datang memberi sokongan..
Perhimpunan ni berjalan dengan lancar dan aman.. pihak penganjur jugak berjaya menyampaikan matlamat dan mesej mereka kepada orang ramai dan juga pihak media..
Syukur la sekurang kurangnya ada jugak usaha untuk mempertahankan agama Islam dan Institusi Beraja dalam Malaysia ni.. sepatutnya kita semua termasuk diri aku sendiri perlu lebih sedar bahawa gejala murtad dalam negara kita ni sebenarnya semakin aktif dan berleluasa..
Sebenarnya yang datang tak seramai mana pun, tak tahu la, dalam 5000 pun mungkin tak sampai kot.. biasala kalau aktiviti macam ni.. kalau ada game, konset atau pesta kebudayaan memang la ramai yang datang memberi sokongan..
Perhimpunan ni berjalan dengan lancar dan aman.. pihak penganjur jugak berjaya menyampaikan matlamat dan mesej mereka kepada orang ramai dan juga pihak media..
Syukur la sekurang kurangnya ada jugak usaha untuk mempertahankan agama Islam dan Institusi Beraja dalam Malaysia ni.. sepatutnya kita semua termasuk diri aku sendiri perlu lebih sedar bahawa gejala murtad dalam negara kita ni sebenarnya semakin aktif dan berleluasa..
Ribuan umat Islam yang menghadirkan diri.. mendengar pidato yang di sampaikan oleh para pemidato.. kalau korang dengar mungkin korang teketok sedikit kepala tu tentang betapa seriusnya aktiviti memurtadkan orang Islam dalam negara kita ni..
Baca kat sini, Deklarasi Himpunan Sejuta Umat..
Jumaat, 21 Oktober 2011
Jom Pegi Ke Himpunan Sejuta Umat
Jumpa korang kat sana esok, ramai ramai kita pegi ke perhimpunan halal ini.. genapkan sejuta umat, daripada duduk kat rumah tak buat apa apa.. makan tidur facebook blog twitter tibi astro jak.. baik korang pegi join ke perhimpunan Himpunan Sejuta Umat ni, ada jugak faedah untuk agama bangsa dan negara..
Jangan main pegi jak..
Ketahu objektif perhimpunan.. baca ni aku cedok bulat bulat daripada website himpun.org:
Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?
- Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
- Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
- Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
- Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
- Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
- Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
Ketahu juga larangan dan garis panduan, tentatif, prinsip pehimpunan, lagu tema dan informasi terkini yang lain dalam website rasmi Humpunan Sejuta Umat di himpun.org..
Langgan:
Catatan (Atom)