Khamis, 4 Ogos 2011

Mandi Sungai Menjadi Hobi di Bulan Ramadhan

Kelakar jep kalau ingat zaman kanak kanak rebina berpuasa.. masing masing ada cerita.. sungguh aku begitu naif dan tongok pada masa tu, ingat ingat balik memang boleh buat aku gelak sendiri haha..

Dulu dulu aku tinggal kat kampung, kat Tawau..  berpuasa dibulan ramadhan sebagai budak kampung memang berbeza dengan budak bandar.. kalau cakap pasal sungai, main tarzan tarzan dan panjat pokok memang aku hebat.. itu aku mengaku.. hahaha.. walaupun tenga berpuasa aktiviti macam ni tidak ditinggalkan, mandi sungai? fuh bulan puasa makin kerap.. berendam sampai ke petang hahaha..

Duduk dalam sungai bukanya barang sekejap.. mahunya sampai tiga empat jam, sejam sebelum buka puasa baru balik kat rumah.. aku dan sepupu aku akan menjadikan mandi sungai sebagai hobi setiap menjelangnya bulan ramadhan.. jahil tak jahil.. hahaha..

Tahu tak sebab apa? kalau tenga berpuasa seronok tau mandi sungai ni.. sejuk je badan, dahaga pun tak terasa sangat.. sambil menyelam, berkuak lentang atau berenang berirama ada la tu air yang masuk dalam mulut.. hahaha.. ini la dia yang dikatakan menyelam sambil minum air..

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan kat sungai, lumba renang boleh, main kejar kejar boleh.. main tarzan tarzan loncat dalam sungai pun boleh jugak.. walaupun puasa tapi kitaorang tak rasa penat langsung.. aku pun tak tahu, pelik tak? padahal dah kenyang minum air sungai hahahaha..

Adik adik jangan tiru tau aktiviti kat atas.. sah sah puasa kitaorang masa tu batal..

Untuk pengetahuan korang sungai kitaorang tu bersih tau (ye la tu bersih hehe), jernih je air dia.. itu dua puluh tahun yang lalu la.. sekarang ni tak tahu la pulak.. sebab aku dah tak duduk kat Tawau dah.. lagipun mandi sungai tidak lagi menjadi hobi aku..

gambar hiasan budak kampung

Selasa, 26 Julai 2011

Sedapnya sup ayam time demam

Nama pun personal blog.. kalau makan mcd pun post dalam blog, kalau jalan jalan post, kalau beli talipon baru post, kalau berak pun nak post jugak.. podaa hahahaha..

Tapi tak baik juga kalau asyik cerita pasal life kita jak, sekurang kurangnya selang selikan dengan tips ka, tuto ka, info ka.. lagi best.. nanti orang meluat pulak dengan kita, kalau retiss tak pe la jugak kan..hehe..

Ok ini personal blog, aku nak bagi tahu aku MC hari ni,dua hari sebab demam..oyeh!! balik daripada sunway Ahad hari tu terus aku demam.. tula seronok sangat mengkali, tak ingat dunia.. sekarang ni tenga recover, hopefully esok kembali sihat seperti biasa.. arghh!! aku benci ubat batuk!!

Sebenarnya tak de mode sangat nak online.. disebabkan aku ni seorang yang gigih, maka teronline la jugak sekejap.. sekejap kah?.. pasni nak jenguk jenguk blog sahabat, mana yang sempat jak ya.. disebabkan suhu badan aku ni kadang kadang macam water heater, kekadang macam peti ice, batuk dan kepala pusing pusing.. kadang kadang tu pulak nak sangat makan sup ayam.. oh sedapnya kalau time demam..:P

kadang kadang tu time sakit baru teringat pasal mati, manusia oh manusia.. mayat kat atas tu senyum ok.. mati dalam iman kott hahaha.. (gambar masa aku jadi mayat kursus menguruskan jenazah suatu ketika dahulu kala once upon a time..)

Isnin, 25 Julai 2011

Bercuti Sunway Lagoon

Hujung minggu kali ni memang superb.. setelah beberapa rancangan yang di atur sebelum ni tak jadi, finally kali ni berjaya.. menghabiskan hujung minggu bersama rakan rakan di Sunway Lagoon oyeh!!.. huha huha seblum masuk puasa diorang cakap..hahaha.. memang best.. sakit tekak aku..

Kalau korang yang duduk area KL atau yang study kat Lembah Klang ni mungkin dah bosan dengan Sunway Lagoon.. aku sebenarnya baru first time masuk dalam team park dia, dulu dulu memang nak masuk tapi tak de kawan nak ajak.. kebanyakan kawan aku suka pegi kat Genting Highland.. dah beberapa kali pegi.. tapi kali ni masuk Sunway pulak sebab boleh main main air sekali, pegi dengan member member yang sporting, memang syok la..

Kitaorang memang target nak masuk awal.. alaa Puchong dengan Sunway dekat sangat, tak sampai 15 minit kott.. masuk awal dalam kul 10am lebih.. konon konon boleh main game time tak ramai orang, tapi rasanya macam sama jak.. tetap ramai, dan hampir separuh daripada diroang tu semua semua datang daripada middle east.. suka sangat diorang dengan Sunway Lagoon ni.. entahla, tempat deorang tak de kot haha.. oh, nak bagi tahu masuk sana tak boleh bawak makanan luar tau, semua makanan beli kat dalam.. harga paham paham jak la..hehehe

Kitaorang beli package RM 75, boleh masuk water park, amusement park, wildlife park, extreme park dan scream park.. beli banyak banyak park tapi sebenarnya tak sempat pun nak main semua.. penat bejalan dan bebaris jak.. game yang bodoh bodoh kitaorang skip.. bagi perioriti game yang best dan game yang tak ramai orang bebaris hehehe..

Masuk je terus ke amusement park, first game jak dah jerit macam nak beranak.. main bendalah yang pusing pusing buat aku pening hahaha.. ada orang tu jerit daripada mula dia hayun sampai benda tu stop.. tak boleh blah.. pegi wiled wiled west main basah basah, dan main rogol rogol seladang haha.. paling best dalam amusement park ni Pirate Ship dan rollecoaster.. yang lain biasa biasa jak tapi boleh buat korang jerit jugak la dan sentap dengan air yang siram korang time tak besedia lagi nak basah basahkan baju..

Masuk dalam scream park memang macam sial.. hantu dia orang betul dowh, dah la takut takutkan orang dengan rupa dia yang hodoh, pastu busuk pulak tu mulut diorang.. bagi aku tak seram la.. cuma tekejut jak dengan cara dia tu nak takutkan orang.. siap tanya lagi jenama kasut kawan aku, adoyai.. boleh hantu buat macam tu..hahaha..

Extreme park pun syork jugak, suka main All Terrain Vehicle (ATV), Paintball, memanah, Jumping Bungee Trampoline dan Flying Fox.. hehehe kelakar ada orang jatuh daripada ATV pastu yang lain sibuk begambar..what the hell la diorang ni hahaha.. kepahlawanan bugis dalam diri aku ni terserlah apabila berjawa memanah tepat ke yellow area..tepat kah? hahaha.. ada tiga game dalam extreme park yang super best Go-Kart, Bungy Jumping dan G-force tapi semua tu kena bayar lain.. kalau tak huhuhu.. memang aku try main sebab semua tu game game yang super extreme..


Abis main flying fox kitaorang terus main main air.. oh seronok, tapi tak semapt nak main semua game.. dia tutup pukul 6pm, wildlife lagsung aku tak masuk, sorang jak kawan kitaorang pegi sebab dia tak main air, dia cakap dia tengok tapir kura kura mengawan dan banyak lagi binatang yang tak pernah jumpa kat tepi jalan..hehe.. oh, gambar time main air aku tak attached sebab ada unsur unsur 3GP hahahaha..
ps: entry autopulblish, aku rasa macam demam sekarang ni.. nak MC..

Sabtu, 23 Julai 2011

Nak Jadi Fulltime Blogger?!

Malam tadi aku berjaya tengok Herry Potter7 second time, kali ni dengan budak budak yang gojes oyeh!! hahaha.. Apa khabar korang, harap semua sihat.. terima kasih sebab singgah kat blog aku ni.. jeles tau, korang ada banyak masa tuk blogging..

Sebenarnya majoriti follower aku ni student, yang selalu singgah kat sini pun kebanyakannya student, diorang/ korang ni banyak masa nak blogging.. korang tak de assignment ke nak buat?.. pegi buat cepat!! ciss!.. asyik blogging jak.. ka pegi beriadah, jangan duduk depan komputer jak, nanti gemok.. hahahaha

Tapi tak pe, sekarang ni korang memang banyak masa.. kalau dah kerja tahu la korang nanti keh keh keh.. untungla kalau dapat tempat kerja yang tak banyak mencuri life korang.. kalau dapat tempat kerja yang memaksa korang untuk tidak berblogging matila korang hahahaha.. saja ni nak takut takutkan keh keh keh.. unless korang nak jadi fulltime blogger.. nak ke?..hehe..

Semalam kawan aku bagi cadangan supaya aku resign kerja..
cakap macam ni dengan dokter (bos aku)..
"dr. saya nak resign..."
kalau dr. tanya napa nak resign..cakap..
"saya dah dapat kerja baru... jadi fulltime blogger"
korang rasa bos aku bagi tak aku resign? hahahahahaha..
bagus sungguh cadangn kawan aku tu.. rasa macam nak sekeh jak kepala dorang satu satu.. keh keh keh..

kawan kawan sila bebaris..aku nak sekeh kapla korang satu satu..hahahahaha.. btw, dorang ni semua kuat makan, itu fakta...

Babab.net