Isnin, 18 Julai 2011

Sejarah Lagu Ulang Tahun 'Happy Birthday To You


Melodi dari 'Happy Birthday to You' atau juga dikenali sebagai 'Lagu Ulang Tahun' telah ditulis pada tahun 1890 oleh seorang wanita AS bernama Milderd Hill.

Awalnya lirik pada melodi lagu itu ialah lagu 'Good Morning to All' yang ditulis oleh adiknya Patty Hill sebagai lagu yang dinyanyikan oleh pelajarnya kepada guru mereka di Louisville Experimental Kindergarten School.. lagu ini pertama sekali disiarkan pada tahun 1893 dan semakin popular bertahun tahun dinyanyikan di sekolah sekolah di AS.

Good morning to you,
Good morning to you,
Good morning, dear children..
Good morning to all..

Patty kemudiannya menggantikan lirik lagu 'Good Morning to All' dengan memasukkan lirik 'Happy Birthday to you, Happy Birthday to you, Happy Birthday, Happy Birthday, Happy Birthday to you..' dan lagu ini menjadi sangat terkenal.

Ia telah diterbitkan pada 1935 setelah dipopularkan pada tahun 1930 ketika dinyanyikan dalam Broadway production 'As Thousands Cheer'.. dan sejak itu ia menjadi mega-hits klasik sepanjang zaman.

Untuk pengetahun korang, lagu 'Happy Birthday to You' lirik dan melodi masih di bawah perlindungan hak cipta, sehingga setiap kali kita mendengarnya dinyanyikan di TV atau radio, sepatutnya royalti masih dibayar kepada penerbit. (kini Warner Chape di AS).

ps: Happy Birthday to me, Happy Birthday to me, Happy Birthday, Happy Birthday, Happy Birthday to me..oyeh!! dah tua.. kubur kata mari!!..:P

Sumber wiki 1 dan wiki 2.

Selasa, 12 Julai 2011

Mohd Farizal Pelajar Universiti Malaysia Terengganu Menghina Lagu Negaraku

gambar daripada trivago.com

Alahai kenapa la jadi macam ni.. tu la kalau cakap atau buat status dalam laman sosial kena la fikir dulu.. main ikut sedap jari jak kan.. benda benda begini pun boleh berlaku.. budak U pulak tu.. manalah letak kepala hotak dia.. kalau jahil/ taksub sangat macam ni la jadinya.. benda simple pun tak boleh nak bezakan mana baik mana yang buruk.. dah jadi kes polis, biar polis selesaikan.. semoga jadi pengajaran buat kita semua.. more info klik kat sini.. facebook Mohd Farizal pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT)..

Sabtu, 9 Julai 2011

Hidup Ini Seperti Kertas Double A

Korang perasan tak dalam tivi ka, novel ka, atau dalam entry entry bloggers.. hidup selalu diumpamakan dengan sesuatu benda, ataupun hidupan lain.. perasan tak?.. yang paling banyak sekali orang cakap hidup ini seperti roda, kejap kita berada di atas kejap kita akan berada di bawah, beringat ingat la konon..

Kalau Hamzah Ian pulak sekarang tenga mengumpamakan hidup sebagai sperma, berenang renang menuju kejayaan di dalam tiub fallopio, ada sperma itang, sperma baik dan sperma jahat.. ada jugak sperma yang dipersia siakan.. faham kan..hahaha.. pegi baca entry dia..

Disebabkan hidup kita yang sangant kompleks.. korang boleh terjemahkan hidup korang seperti apa sahaja yang korang suka.. nak cakap hidup ini seperti pokok pisang berangan? hidup ini umpama batu di tepi jalan?.. hidup seperti tong gas di dalam dapur.. atau hidup ini umpama kereta pun boleh jugak.. cuma terpulang pada korang merge kan menatang tu dengan hidup korang..

Sebagai contoh, aku boleh cakap hidup ini umpama kertas Double A di pejapat.. jika ia putih bersih tak berconteng ia sangat berguna, boleh print document penting, boleh print color cantik satu page bernilai 50sen, mahal tau!. tapi kalau dah tersalah print/ conteng kadang kadang orang buang macam tu jak, walhal kat belakang tu masi boleh pakai lagi..ye dak!

Samalah macam hidup kita, setiap orang mempunyai potensi untuk digilap menjadi orang yang lebih cemerlang.. tapi jika kita tersilap dalam memilih jalan hidup orang akan memandang serong terhadap kita, sedangkan daripada sudut pandangn yang berbeza kita masi mempunyai peluang lain dan kesilapan lalu masih boleh dimaafkan even parut lama masih kelihatan lagi.. ceh ceh!!

err.. korang rasa betul ke perumpamaan hidup yang aku bagi ni, main belasah jak kan.. hahaha.. bagi korang pulak, korang nak umpamakan hidup sebagai apa?.. hehehe..

Khamis, 7 Julai 2011

Terjumpa Blogger kat Pantai Miami

Aku nak bagi tahu korang.. minggu lalu, aku pegi jalan jalan kat Miami Beach, di suatu petang yang indah.. tiba tiba aku terjumpa sorang blogger.. firstime tau aku jumpa blogger kat luar, ni pun kebetulan.. sempat jugak ambek gambar, cakap nanti aku upload dalam blog..keh keh.. atas tu gambar kitorang dengan gayaku yang agak kurang menarik.. nama blogger tu Shamsuddin Amin.. lama dah kenal, tapi dalam blog jak..:P

Korang kalau jumpa aku kat luar tegur tegur la ya.. even tak pemes macam En. Ben, tapi aku ni baik hati walaupun agak pemalu orangnya.. eik mengaku baik pulak!!. kalau korang datang kat Puchong bagi tahu, aku belanja korang tengok wayang okay..hahaha.. korang pecaya ke tak ni..

Babab.net