Jumaat, 25 Jun 2021

Air Terjun Langanan, Poring Ranau Sabah

Hi gaiss.. Assalamualaikum, apa khabar korang. Semoga sihat-sihat hendaknya. Selamat Hari Merdeka Malaysia yang ke 63. 

Hari ni aku nak story sikit pengalaman aku bersama empat orang member satu tempat kerja pergi hiking di Air Terjun Langanan Poring, Ranau Sabah. Air terjun dia lawa weyy..dengar-dengar dia adalah air terjun paling tinggi di Sabah. Untuk tahu lebih boleh la terus membaca entry ini ok.

Air terjun paling tinggi aku pernah nanpak.

Sebenarnya ini adalah trip suka-suka dan tanpa well plan. Seminggu sebelum gerak semua kitaorang membuat keputusan "jom pegi". Plan dia ialah sorang member provide kereta dia jenis MPV minyak tong-tong, berkumpul di kilang Ecooils, gerak pukul 3am pagi buta daripada Lahad Datu ke Poring Ranau.

Kawasan bersih dan tenang..sebab pkp haha.

Orang orang hensem dan kacak.

Hutan Ranau nyaman.

Gambar idol paling lawa.

So dipendekan cerita kita orang sampai dalam lebih kurang pukul 8.10 pagi. Sampai-sampai je terus pagi daftar, lepastu dengar briefing sikit dari staff Poring then kami start hiking. Tak de buat warming up gaiss..start macam tu je.

Babab.net