Hi gaiss..assalamualaikum, hari ni kerajaan akan bagi kat semua rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk menerima bantuan RM50 seorang dalam bentuk e-wallet.
Syarat-syarat untuk mendapatkan ePenjana ialah:
1. Warga negara Malaysia
2. 18 tahun ke atas pada 31 December 2020
3. Pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 berdasarkan rekod LHDN.
4. Telah memasang dan berdaftar aplikasi mySejahtera
5. Telah disahkan anda tidak memohon ePenjana daripada eGrab yang lain, atau aplikasi eWallet yang lain.
So untuk mendapatkan ePenjana menggunakan aplikasi grab, berikut adalah langkah-langkah yang korang kena follow:
First korang kena ada aplikasi grab update terkini. Masuk je ndalam appstore atau playstore untuk mendownload atau mengupdate aplikasi korang. Kemudian tekan bahagian ePenjana RM50 yang macam ada kat gambar atas tu.
Kalau korang belum update aplikasi terkini, so korang kena update la, tekan je mana-mana butang macam kat atas tu ikut hp apa yang korang gunakan sekarang.
Lepas tu grab akan bagi tau la kalau korang berjaya claim RM50 tu..dia ingatkan utuk apa duit tu perlu dibelanjakan dan kelebihan lain kalau calim menggunakan aplikasi grab, tekan je next.
Then dia bagi tau cara macam mana nak buat claim, untuk medapatkan RM50 tu korang kena update gambar IC dan gambar selfie korang..so, ikut je la.
Ini step-step yang korang kena follow. tekan yang retake photo tu.
Macam ni bahagian nak tangkap gambar IC korang, tangkap betul-betul..biar kotak tu penuh gambar IC korang dan ianya mesti terang jelas dan nyata haha.
Kemudian tangkap gambar selfi korang yang paling cantik dan paling hensem.
Lepas semua dah lengkap korang tekan je continue dan kemudian dia akan popup macam gambar kat atas. Ingat kalau korang dah follow semua step kat atas tu duit RM50 tu tak terus masuk kat ewallet korang, grab akan reviw dulu permohonan korang. Nanti grab akan bagi notification apabila permohonan korang berjaya.
Lagi satu, jangan lupa daftar mySejahtera, sebab grab akan buat pengesahan permohonan anda melalui mySejahtera. kot diorng nak check betul ke semua maklumat yang kita bagi kat diorang.
Tu je harap entry ini membantu..sampai jumpa lagi.
TAG: ePenajan wallet, claim ePenjana, Cara dapatkan ePejana grab, penjana wallet