Hi gaiss.. assalamualaikum, hari ni penat gila..sebab pagi tadi ada aktiviti hiking dengan member-member Hiking Penjejak, Team Borlas dan Team Bull X Fitness.
Hiking kali ini sedikit mencabar berbanding hiking di Taruakan Hill pada minggu lepas, laluan yang penuh liku ranjau dan onak duri..saya akan highlight dan ceritakan serba sedikit dibawah ini tentang track laluan menuju ke puncak Klasik Hill.
Starting point pendakian ialah di Warung Coto Bukit Klasik, lokasi berhampiran jalan besar menuju ke Tawau, lebih kurang tuju batu daripada pusat Bandar Lahad Datu. Sempat la melantak mee goreng dan nasi kuning dulu di situ.
Macam biasa sebelum mula mendaki, sedikit briefing dibuat untuk mengingatkan pendaki tentang peraturan-peraturan dan apa yang patut dan tidak patut dilakukan semasa mendaki.
Lebih kurang pukul 9.30 pagi pendakian bermula. Track dakian awal ialah laluan kebun kelapa sawit..laluan ni kacang je sebab almaklum la orang biasa masuk kebun sawit haha.. mendaki terasa susah apabila mula masuk ke dalam anak hutan..terdapat banyak kawasan-kawasan yang tinggi mendadak sehinggakan memerlukan tali untuk berpaut. Bagi yang berbadan ringan mungkin ianya dirasakn mudah sedikit.
Disebabkan terlalu penat dan support member..so agak banyak kali jugak la menyinggah. Tarik nafas panjang-panjang dan bersua foto sebelum meneruskan pendakian.
Trail seterusnya ialah laluan yang lebih curam banyak akar kayu dan berbatu..yang ni, beginner macam aku mula rasa cuak..soalan aku macam begini kah laluan dia sampai ke puncak? Lama lagi kah sampai? Mana yang lain hahaha..tapi pendakian diteruskan tanpa menoleh kebelakang lagi..tiberr..padahal aku turun naik singgah banyak point sebab nak dapatkan shoot yang best untuk content YouTube aku AshGive TV haha..
Team mula terasa happy sikit apabila melalui trail yang menampakkan puncak bukit. Dalam hati kata "ok sikit lagi..sikit lagi" haha.. dan setibanya di puncak bukit..wahhh subahanaAllah, indahnya cipataan Tuhan..tidak pernah mengecewakan, view memang lawa.
Dari puncak bukit kami dapat melihat bukit bukau area Silam dan nun jauh disana dapat dilihat kawan berhampiran bandar Lahad Datu.
Semua cepat-cepat keluarkan hand phone masing-masing untuk menangkap gambar selfie dan wefie dari semua sudut kona atas batu dan dalam semak haha. Yang bawak drone pula mula terbangkan drone dia.
Lebih kurang dekat sejam atau lebih juga kami berada di puncak bukit..menikmati view dan keindahan alam, makan-makan jajan, bergurau senda dan bergambar beramai-ramai.
Di kawasan puncak jangan risau, ada kawasan anak hutan boleh dijadikan tempat berteduh..so panas lit lit boleh dielakkan. Tapi ada jugak kawasan yang sedikit berbahaya, iaitu kawasan hujung batu..salah langkah sedikit boleh jatuh gaung, yang tu kena berhati-hati la.
Oh btw, kawasan puncak yang aku sebut ni bukanlah puncak sebenar bagi Bukit Klasik. Aku dapat lihat ada lagi kawasan sebelah atas, tapi aku tidak pasti mungkin orang yang membuat track ni merasakan takat ini sahaja yang sesuai dan selamat untuk pendaki, i leave that part to owner bukit.