Hi gaiss.. assalamualaikum, diceritakan pada 3hb June 2020 baru baru ini aku telah ditakdirkan membeli sebuah motorsikal baru iaitu skuter sloariz. Lama jugak aku pikir masak masak sampai dekat nak hangus..beli motor apa, baru atau secod hand, cash atau hutang, honda atau yamaha banyak la.
Aku ni sejenis orang yang bab belanjakan duit memang kena pikir betul betul..first yang aku kena deside pelu ke tak perlu... Kalau perlu then barulah aku goes to next things to think.
Kenapa perlu?
Sebab utama dia ialah nak pakai pergi kerja. Aku lebih suka pakai motor untuk ke tempat kerja sebab masalah jalan jem. Selain tu aku nak kurangkan penggunaan kereta sendiri sebab kawan tempat kerja aku ni banyak kilang baja..so tau lah kalau baja ni dia akan menyebabkan kenderaan kita mudah berkarat. Faktor keadaan jalan yang terok tahap zaman batu jugak sebab utama aku lebih suka menggunakan motorsikal..selain jimat perol geng haha
Kenapa skuter?
Asalnya aku nak beli honda wave alpha, kan nak pakai lite lite je.. tapi ntah kenapa pulak last last aku terbeli skuter solariz haha.. sebelum beli aku ada la tengok YouTube, buat perbandingan harga, perbandingan motor dan skuter, perbandingan skuter dengan skuter dan lain lain..buat pertimbangan harga, beza semua semua..dan keputusan dia ialah skuter solariz.
So apa kelebihan skuter solariz?
Kalau nak jawab soalan ni first kau kena tahu dulu apa tujuan kau beli motor..kalau kau ni jenis jiwa kelajuan atau kaki merempit..mamang bukan ini motor yang kau perlu kau pertimbangkan. Sebab aku dah pernah pakai motor kapcai lain, bagi aku skuter solariz ni simple dan easy going. Kecik berbanding skuter avantiz iaitu abang dia, mudah dan laju pun laju 1.25.cc, lincah dan senang nak cilok..lagi jimat sebab ada eco,murah sikit dan banyak lagi lah.
Lek lu ambik gambar kenangan first day
Sebenarnya ini dalah motor ke empat yang aku dah perna beli, pertama Honda dream aku guna kat ladang dulu masa kerja IOI..dah jual, second masa kat Puchong Honda dream second aku jual sebab balik Sabah, third Honda Wave Ultimo pun aku jual sebab tak boleh tukar nama, dah lama sambung roadtax sampai JPJ suruh cari owner asal dia. Aku malas nak pikir so aku jual la haha.
Apa yang aku nak bagi tau ialah aku tak menyesal beli skuter ni, senang kerja aku lincah kesana kemari hahaha