Khamis, 9 Julai 2020

Makan Jimat Di Pasar Rakyat Lahad Datu

Hi, assalamualaikum gaiss..tempat makan bajet yang semua orang tahu di Lahad Datu ni salah satunya ialah Pasar Rakyat Lahad Datu, tingkat atas. Tempat bukan pilihan orang have have sebab tak sesuai nak ber ootd dan bersua photo.

Sazwan suka makan di pasar rakyat

Apa yang ada di sini? 
Jawapan dia ialah nasi campur haha. Nasi dengan lauk ayam goreng, udang, tempe, ikan bilis, terung masak sambal, kobis tumis, hati ayam, telur masin, kacang panjang ikan goreng dll. Semua becampur satu pinggan. Dihidang di atas meja dengan sup kosong, sambal tomato dan air kosong. Sebenarnya boleh je order air milo, coffee, teh ais dan semua air minuman yang basic. Kalau ko nak mocha, bubble tea bagai semua bukan kat sini lah tempatnya ya.

Tempat memilih lauk ko nak makan apa.

Siapa yang selalu makan sini?.
Selalunya orang yang makan kat sini ialah orang orang yang kerja area pasar dan bandar ni jugak, peniaga peniaga atau pekerja supermarket. 

Ada jugak customers yang datang dari estate estate, terutamanya pada musim gaji. Setudent student sekolah menengah, kolej vokasional, budak asrama dan budak budak yang baru nak up mintak duit dengan makbapak. Ada jugak pekerja pekerja daif macam kitaorang ni.. nak jimat punya pasal haha.

Nasi campur Rm4

Overall makan kat sini memang murah dan mengenyangkan, set set hidangan sama macam makan kat rumah cuma bezanya dia ada banyak jenis lauk puk dan sayur semua longgok satu pinggan. Berbaloi puas hati dan sesuai dengan harga dia.

View ke Pasar Gantung dan Wisma Ramai Ramai

Babab.net