Walaupun Lahad Datu tengah kecoh kecoh pasal pencerobohan rakyat Filipina berketurunan Sultan Sulu tapi kitaorang sempat lagi pegi mandi mandi kat pantai di Tungku, iaitu salah satu daerah kecil di Lahad Datu.. ada kitaorng kesah pasal lanun hahaha..
Ekceli pasal pencerobohan tu awal awal lagi kitaorang dah tau, time tu orang ramai tak tahu lagi, sebab jiran sebelah rumah aku kat Taman Warisan Lahad Datu tu adalah seorang polis bantuan.. aku tanya la apa sebab lately banyak sangat roadblock.. daripada Bandar Lahad Datu ke rumah aku jaraknya cuma lebih kurang 4km, tapi roadblock kemain, tiap hari ada, memanjang..
So, dia bagi tahu la apa sebenarnya yang berlaku.. ada kerahan tenaga dia cakap, semua polis kena bertugas sebab didapati ada beberapa orang Mundu daripada Filipina telah masuk ke Lahad Datu.. mundu tu maksud dia lanun dalam bahasa tempatan kat sana.. macam tu la, sampailah seantero alam tahu pasal pencerobohan tu setelah kenyataan rasmi polis dah keluar.. tu pun setelah beberapa minggu pencerobohan..
Ok berbalik kepada cerita pantai tadi.. aku just nak berkonsi kepada orang orang yang suka mandi kat pantai.. cuma menyediakan sedikit info bergambar kepada pembaca yang mungkin baru ingin mengenalai satu lagi pantai yang baru ditemuai di Tungku Lahad Datu.. pantai ini di beri nama sebagai Pantai Long Pagong..
Bersebelahan dengan Pantai Kahapan, ia merupakan satu lagi daya tarikan kepada masyarakat di sekitar Lahad Datu untuk menghabiskan masa bersama keluarga di hujung minggu.. atau juga sebagai tempat untuk mengadakan kativiti hari keluarga company, agensi atau syarikat tepat kerja anda..
Anak bua aku tengah bermain pasir kat pantai.. keh keh keh..kelakar betul budak budak ni..
Keadaan pantai yang surut.. luas betul pantai ni, nak pegi tempat dalam memang jauh.. air bersih dan jernih, keadaan pantai pun bersih, masih virgin lagi hehehe.. tak de pembangunan disekitarnya.. sori gambar banyak kena edit, sebab tu jadi macam tu.. nampak scary plak hahaha..
Ada beberapa buah sampan tengah parking kat sana.. masa ni tak ramai orang lagi, kitaorang sampai awal..
Luas kan, aku sempat pegi tengok ada orang tengah mengutip kerang.. dia korek korek pasir, mula mula ingat diorang buat apa.. aku tanya, pastu dia tunjuk dalam pelastik sambil bagi tahu yang dia tengah mencari kerang.. orang datang nak mandi pantai jugak, saja la tu nak cari kerang..
Sebenarnay aku tak mandi pun.. malas nak basah basahkan badan.. aku cuma berjalan jalan kat pantai sampil tangkap tangkap gambar dan tengok hidupan laut, kulit kerang, memerhatikan kedamaian pantai sambil menghayati ciptaan tuhan.. ewah!! hahaha
Ini adalah ketam yang aku jumpa tergolek golek kat gigi air.. dah mati rasanya, sebab aku tengok tak bergerak gerak pun..so kosider dah mati la kan haha..
Anak sepupun aku, nama dia Mohd. Famie Lo.. comel kan.. putih sangat dia..
So, orang orang kat Lahad Datu, jangan tak tahu ada lagi satu pantai baru ditemuai kat Tungku,, mungkin dah lama la kot tapi ia kini dibuka kepada orang ramai..jalan nak masuk ke pantai Long Pagong daripada simpang jalan besar lebih kurang 1km..menyusuri kebun kelapa sawit..
Kat tepi pantai tu ada disediakan surau, tandas, tempat mandi, jeti dan beberapa buah pondok.. datang jangan tak datang..dan sama sama kita menjaga kebersihan pantai ok..perghh ada pesanan lagi tu.. :)
Tag: Pantai Longpangong Tungku Lahad Datu Sabah, Pantai Long Pagong Tungku Lahad Datu, aktiviti hari keluarga di pantai long pagong lahad datu, mandi pantai di long pagong, air laut jernih di pantai long pagong, jalan menuju ke pantai long pangong, di mana pantai long pangong lahad datu, tangkap ikan di long pagong, pantai long pagong selamat, catik pantai lang pagong
Khamis, 21 Februari 2013
Langgan:
Catatan (Atom)
Babab.net

metamask security warning

remaja perempuan dibunuh bekas kekasih anak ahli p...

sometimes medicine needed trump on market reaction...

house of the yellow ip leo romano a contemporary t...

follow up dengan 2 doktor pakar di kpj seremban

mengapa digital nomads memilih malaysia

trump threatens additional 50pct tariffs if china ...

pbakl 2025 peta lokasi acara pesta buku antarabang...

adakah sabah senyap senyap maju bawah pimpinan haj...

trump s tariffs market jitters but impact likely l...

ratu naga surrenders herself to mcmc in anthem mix...

9 lelaki ditahan kerana merusuh guna pedang samura...

the resurgence of bull riding america s next major...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih