Khamis, 20 Disember 2012

Shopping Di Padang Besar Perlis: Membeli Barang Murah Di Padang Besar

Entry sebelum ini aku ada bagitau yang aku nak pegi satu lagi negeri yang aku tak pernah masuk kat semenanjung Malaysia ni.. negeri yang di maksudkan ialah Perlis Indera Kayangan yeiii clap clap clap!!.. finally I have completed my unexpected journey hahaha.. ada beberapa tempat yang menarik aku dah pegi.. and this entry from Perlis is going to be another sequels jeng jeng jeng.. aku akan story daripada homestay, ulaq besaq, anggur, majlis kahwin dan banyak lagi..

Tapi untuk entry ini aku cuma nak bagitau hangpa semua aku dah mai sini padang besaq.. takdaq beli apa apa, cuma jalan jalan saja.. ikut member..layansss gambar yang aku tepek ni... bagi gambaran sikit pada hangpa semua yang tak pernah sampai Padang Besar lagi (cehh bajet aku je yang pernah buat entry pasal padang besar)..

Ini ialah Gapura Square yang terletak kat Padang Besar.. satu complex membeli belah kat sana.. sebelum ni aku ingatkan padang besar ni macam one street banyak deretan kedai kedai.. rupa rupanya selain deretan kedai kat luar..komplex pun turut disediakan jugak.. kat dalam ada banyak kedai kedai menjual baju jersey, baju t-shirt, seluar dan macam macam lagi.. susunan kedai dan suasana dia macam dalam gambar kat atas.. 

Padang Besar ni selalu dikaitan dengan barang yang murah.. baju, bag semua dijual dengan harga yang amazing spiderman.. emmm pada aku tak de la murah sangat pun, diorang pun dah bijak.. pandai kalau weekend harga barang diorang letak mahal..tak semurah yang aku sangkakan

Aku mula mula ingat murah sangat.. tengok tengok alaa.. lebih kurang je macam kat uptown shah alam.. cuma mungkin kelebihan bagi orang yang pandai tawar menawar.. atau sesetangh barang tu memang dapat murah kat sini je banding kat tempat lain, contoh macam back pack atau jersi yang quality baik sikit.. kalau setakat baju biasa tuh bali kat KL pun ok, tambah tambah lagi time macam ni banyak jualan murah..original lagi..

Sebagai kenang kenangan untuk diri sendiri aku cuma beli t-shirt I Love Padang Besar dan fridge magnet untuk member office.. tu je, tak de apa pun, ye la kan bujang nak beli apa..jenjalan je lah..

Yang Paling penting aku dah sampai kat sini..selalu je dengar orang cakap padang besar padang besar.. so ini la dia..Abu was here hahaha..

Padang Besar ni memang agak besar jugak la tempatnya..tak habis pun round semuanya, tak larat eh..lagipun aku tak berniat nak beli apa apa..

Kitaorang ada tiga kereta semuanya.. together gether dengan family kepada kawan member aku yang nak kawin keesokan harinya.. aku pun cuma tumpang sekaki je, dia pun ajak mintak teman..dan kebetulan aku memang tak pernah sampai Perlis lagi.. kebetulan ini lah masanya tu jenjalan hahaha..

Padang Besar adalah salah satu tempat yang must visit dalam list kitaorang.. dan disebabkan itu aku pun tanpa segan silu bergambar ala ala retis kat depan kedai orang jual kerepak hahaha.. mahu tak bergambar, sebagai bukti beb..

Masa kitaorang kat sana tetiba hujan turun.. emmm biasalah kan sekarang memang musim hujan.. yang aku tengok ada dua orang budak syok gila main hujan.. jeles pulak aku tengok, nak join tapi malu la pulak kan hahaha.. last sekali main hujan macam tu masa kat Pangkalan Balak kat Melaka dua tahu lepas, masa jenjalan dengan member opis jugak..tu je yang aku ingat..

Lenjun berlari lari anak pegi cari tempat makan kat luar.. ada satu deretan gerai makan.. so kitaorang pun melantak kat situ je la..ramai orang, time hujan siapa nak pegi keluar masuk kedai, duduk kat gerai makan je la yang palig best.. sementara menunggu hujan berhenti..

Aku tak tahu nak makan apa.. tanya apa yang special kat situ, tapi dia sebut semua yang biasa makan kat Selangor.. ingat nak makan sesuatu yang special, tak de kat tempat lain, tapi tak da apa sama je.. aku cuma makan nasi gorang ayam.. biasa je, yang penting kenyang alhamdulillah..

Ini adalah sebahagian pemandangan kat luar area padang besar.. sebesar besar lama.. ada kat bawah dan kat atas lagi.. nak round semua duduk la kat sana sehari suntuk sampai tercabut kakai..

Ini En. Afiq dan En. Fadir.. member aku pegi sekali kat Perlis.. tengah google jalan nak pegi Taman Anggur Perlis.. entry next aku cerita pasal Taman Anggur pulak ok.. ofkos ada banyak gambar..hehehe


Tag: Padang Besar Shopping, Shopping di Padang Besar Thailand, Kedai jersi Padang Besar, baju jersi murah di padang besar, alamat padang besar, jalan ke padang besar, jalan jalan di padang besar perlis, barangan murah di padang besar, apa yang menarik di padang besar, ole ole cenderahari daripada padang besar, barangan thailand di padang besar

Babab.net