Ahad, 25 November 2012

Mutiara Sabah: Beza Mutiara Asli Dan Mutiara Palsu

Ramai yang meminati mutiara, kalau dalam negara kita Sabah adalah sangat sinonim dengan mutiaranya yang cantik digayakan sebagai perhiasan oleh wanita wanita yang gojes.. walaupun Sabah terkenal dengan mutiara tapi gelaran Pulau Mutiara adalah merujuk kepada Pulau Pinang..


Jika korang berkunjung ke Kota Kinabalu Sabah, Pasar Filipina adalah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh penggemar mutiara.. di sini terdapat banyak pilihan mutiara siap seperti gelang, rantai, subang, cincin, brooch, kerongsang dan banyak lagi.. yang jual bijik bijik (tak siap) pun ada..

Mutiara boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu mutiara air masin (laut dalam) dan mutiara air tawar.. mutiara air masin selalunya harga dia sangat mahal.. lebih kurang dalam RM90 lebih sebijik, kebanyakan bentuk dia adalah bulat.. manakala mutiara air tawar bentuk dia macam macam (bulat atau lonjung sedikit), harga dia tak mahal macam mutiara air masin.. darisegi warna lebih kurang sama aje..

Di pasaran terdapat banyak mutiara yang palsu sebenarnya, so entry kali ini memberikan sedikit info bagaimana untuk membezakan mutiara tulin dan mutiara palsu, antaranya ialah:


1. Mutiara original tidak mempunyai rupa bentuk yang super perfect, di permukaannya biasanya terdapat kedut, atau sedikit kecacatan dan bentuk tidak bulat yang perfect.. ini adalah disebabkan mutiara tersebut terbentuk melalui proses semulajadi pada cengkerang tiram/ hidupan air.. mutiara palsu mempunyai rupa bentuk dan permukaan yang hampir super perfect.. sebab ia diperbuat daripada mesin/ ciptaan manusia sendiri..

2. Jika dibakar menggunakan lighter mutiara tulin tidak akan melecet atau tidak ada kesan daripada pembakaran tersebut.. manakala mutiara palsu akan melecet apabila dibakar..

3. Apabila mutiara tulin digeselkan dengan gigi, gigi akan terasa seperti berpasir dan ngilu.. tetapi mutiara palsu pula adalah sebaliknya..

4. Mutiara tulin adalah lebih berat berbanding dengan mutiara palsu yang sama saiz.. terasa mutiara tulin lebih compact berbanding yang palsu.. cuba lambungkan mutiara tersebut untuk membezakannya

Mutiara yang terbentuk di dalam tiram.. isi tiram di lantak, mutiara buat butang baju melayu haha.. sumber gambar dairyhamil.blogspot.com

Ok itu je info tentang mutiara, so jangan tertipu jika korang membeli mutiara di Pasar Filipina KK, untuk membezaakannya, info ini mungkin berguna..tq.


Tag: Mutiara asli sabah, mutiara sabah murah, jual mutiara online murah, sabah banyak mutiara, cara bezakan mutiara original dan mutiara palsu, mutiara kata, mutiara jual murah, pasar pilipn jual mutiara, sabah dan mutiara, kota kinabalu banyak jual mutiara tulin, membezakan mutiara palsu dan tidak, tips membezakan mutiara palsu dan tulin 

Babab.net