Kalau nak cakap tempat tempat yang menarik kat Sabah memang tak cukup satu entry.. so untuk kali ni aku bawakan khas info menarik bagi mereka yang berhajat besar nak ke dejavu kinabalu, poring hot spring , pusat kebudayaan, pulau pulau yang cantik, tempat makan dan banyak lagi la..
Ramai yang nak datang ke Sabah sebenarnya.. cuma masalah dia, ramai yang tak tahu macam mana nak ke sana? bagaimana nak menguruskan tempat tinggal? tempat tempat mana yang wajib nak pegi? dan banyak lagi.. disini aku akan begi tahu kat korang..
Korang tidak perlu serabut sangat memikirkan tentang sewa hotel, kenderaan, privacy, masa dan macam macam lagi.. terutamanya for those yang gamble takut sesat dan pergi secara berombongan.. korang boleh terus sahaja menyewa penginapan dan kenderaan sekali dengan harga yang murah dan berpatutan..
Harga yang ditawarkan ialah: Sewa rumah + kenderaan secara pakej
1 hari - RM300
2 hari - RM500
3 hari - RM700
4 hari - RM850
5 hari - RM850
6 hari - RM1100
7 hari - RM1200
2 minggu - RM2200
3 minggu - RM3000
4 minggu - RM3500
Kalau pegi jalan jalan macam ni memang tak best pegi sorang sorang kan.. better bawak kawan ramai ramai, dalam 4 5 orang macam tu.. so, kalau korang stay 3 hari tong tong 5 orang dah boleh bayar RM140 sorang, termasuk transport kat sana.. 3 hari beb tak ke murah tu namanya..
university condo apartment yang cantik da booom
ada kolam renang lagi.. boleh terjun terjun
kemudahan yang terdapat didalam rumah sewa
kawasan penginapan berhapiran dengan tempat tempat yang best di KK..pheeww!!
Pakej ini menyediakan anda rumah condominium (pent house) 3 bilik tidur, 2 bilik mandi , lengkap dengan perabot, TV, peti ais, mesin basuh. dapur gas, boleh buat BBQ, kolam renang dan banyak lagi.. sesuai untuk bersuka ria.. tapi bahan makanan mentah tidak disediakan ok, beli sendiri kalau nak..
Kenderaan yang disediakan ialah KIA RIO Auto 1.5.. personal driver juga disediakan kalau korang tak de driver atau memang tak reti langsung nak jalan kat sana.. orang tu korang kena bayar RM100 sehari la.. kalau tak nak pun tak pe..
Yang bestnya korang tak perlu nak pening pening kepala, sebab penghantaran dan pengambilan daripada airport atau terminal bas disediakan secara percuma..
So, apa tunggu lagi, orang yang korang perlu hubungi ialah:
En. Tahir - 019-8417520
Dinasihatkan buat tempahan awal awal.. sebab memang sekarang ni dah makin ramai yang nak ke Sabah jalan jalan..
Sebagai warming up.. berikut adalah antara beberapa tempat menarik yang anda boleh lawati di Sabah..
Boleh pagi ke Muzium Sabah, menyimpan banyak ilmu tentang Sabah, sejarah awal dan banyak lagi la.. ekceli aku pun tak pernah masuk lagi hahaha
Perkampungan Kebudayaan masyarakan Kadazan Dusun di Pinampang.. paling best kalau dapat pegi time Pesta Kaamatan.. meriah sebab masa tu la banyak aktiviti kebudayaan diorang buat, pesta menuai padi..
Sila maklum, aku tak de dalam pic ni ok!! hahaha
Daripada jeti tepi Bandaraya Kota Kinabalu, korang boleh pegi ke Taman Tungku Abdul Rahman.. dengan menaiki bot laju (kadar sewa seperti di atas) 20 minit daripada jeti korang boleh pegi ke lima buah pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sulug, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi.. banyak banyak pulau ni, Pulau Sapi je yang aku dah pegi hahaha.. aktiviti yang boleh dilakukan seperi diving, snorkelling dan banyak lagi..
Boleh pagi ke rumah terbalik.. ada jugak kereta kancil terbalik kat sini hahaha.. satu satunya rumah terbalik yang terdapat di Malaysia.. terletak di Kampung Bantayan Telibong, rumah ini menjadi tarikan beribu ribu pelancong..
Pasar Filipina Kota Kinabalu.. terletak di tepi laut pasar pilipin adalah salah satu tempat yang wajib korang pegi.. pelbagai jenis mutiara sabah original dijual di sini.. boleh dijadikan ole ole.. memang juling mata korang tengok hahaha
Makan di Pasar Filipina mungkin menjadi pengalaman menarik bagi korang.. makanan laut yang murah dan sedap..
Ok itu je.. so, apa ditunggu lagi.. musim cuti sekolah dah dekat, pastinya ramai yang mula berfikir fikir untuk pergi bercuti di Sabah terutamanya.. dah sampai kat KK, daripada situ korang boleh pegi ke banyak tempat termasuk tempat tempat yang aku sebutkan kat atas tu..
Apa apa pun boleh hubungi ex-classmate aku..
En. Tahir - 019-8417520
Tag: Jalan jalan ke Kota Kinabalu, jalan jalan cari makan di sabah, jalan jlan cari makan di kota kinabalu, ke Kundasang Sabah, tempat menarik di kota kinabalu, ke pulau taman tunku Abdul Rahman, pakej percutian murah ke Sabah, rumah sewa murah di kota kinabalu, melancong ke Sabah, cuti cuti di Kota Kinabalu Sabah, tempat makan yang best di kota kinabalu, tempat makan yang best di kundasang sabah, harga sewa bot ke pulau pulau sabah, makan ikan bakar di pasar filipina, mutiara di pasar filipina kota kinabalu sabah, membeli belah di pasar pilipn, makan angin di sabah, cuti sekolah melancong ke kota kinabalu sabah, sewa kereta murah di kota kinabalu sabah, harga rumah sewa murah di kota kinabalu, rombongan bercuti ke sabah, pemandangan indah di pulau pulau sabah, seronok bercuti di sabah, kereta sewa melancong ke sabah, kereta dan rumah sewa di kota kinabalu, jalan jalan ke ranau sabah