Rabu, 31 Oktober 2012

Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad, Alor Star Kedah

Raya Haji baru baru ni kan aku balik kat rumah kazen aku kat Jitra Kedah.. even cuti seketika cuma ewah!! tapi aku sempat jugak melakukan apa apa saja aktiviti yang best.. antaranya ke bendang tangkap ketam (propa), pegi Rumah Kelahiran Mahathir, pegi Pekan Rabu, Dermah Darah dan ke pusat rekriasi Bukit Wang..

Untuk kali ni aku nak story tang Rumah Kelahiran Mahathir je.. malas eh aku nak mengigihkan diri.. ni pun aku tepek dengan gambar je dengan sedikit info yang aku cedok daripada arkib.gov.my hehehe..

Ini lah dia Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir yang terletak di bandar Alor Star.. betul betul pesen rumah dulu dulu.. klasik sangat.. sebelah dengan rumah ni terdapat satu lagi muzium kilang ais lama.. pun menarik jugak.. tapi yang pasti aku tak tahu apa kaitan dengan kilang ais lama tu dengan rumah kelahiran Mahathir dalam gambar kat atas ni.. tak de kot, cuma dua muzium yang berbeza.. apa apa pun baca info kat bawah ni yang aku cedok daripada arkib.gov.my

"Pada 20 Disember 1925, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Keempat Malaysia telah dilahirkan di rumah nombor 18, Lorong Kilang Ais, Alor Star, Kedah. Rumah kayu beratap nipah ini dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar dari seorang penjual yang masa itu hendak mengahwinkan anaknya. Semasa dibeli, rumah ini tidak dicat dan mempunyai satu bilik sahaja mempunyai serambi tetapi tidak bertangga di hadapan. Rumah ini menggambarkan kehidupan zaman kanak-kanak Tun Dr. Mahathir.
Di sinilah beliau dibesarkan sehingga berkahwin. Walaupun selepas beliau berpindah ke rumah sendiri di Titi Gajah, beliau tetap berkunjung ke rumah ini untuk menziarahi ibu bapa beliau.
Projek membaikpulih Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad ini adalah atas cadangan Lembaga Muzium Negeri Kedah. Dalam mesyuaratnya pada 21 Ogos 1990, Lembaga telah mencadangkan pihak Arkib Negara dipertanggungjawabkan untuk mengambilalih dan memelihara rumah tersebut di bawah projek Arkib Perdana Menteri. Pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah telah mendapat kebenaran bertulis daripada Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dan saudara-maranya melalui surat bertarikh 29 Jun 1990 untuk dibaikpulih bagi maksud pemuliharaan. Rumah ini diperolehi oleh Arkib Negara pada Mei 1993. Usaha memulihara dan memperbaiki rumah ini adalah untuk menyelamatkan tempat yang mempunyai nilai sejarah ini daripada lupus." http://www.arkib.gov.my

Ok teks yang ada kat atas ni sebenarya ada gak dia letak kat rumah Mahathir tu.. tapi di larang tangkap gambar.. well semua pun dalam rumah dan muzium tu tak boleh tangkap gambar.. ada cc tv tengok korang, bejaga jaga bagi yang degil hahaha.. macam aku, tengok la gambar kat bawah.. matila hoho..

Dalam Rumah dia terdapat banyak gambar lama, barang barang lama peralatan orang kampung dulu dulu yang pernah digunakan oleh Tun Dr. Mahathir.. serius korang mungkin teruja tengok bahan bahan pameran yang ada disimpan kat dalam umah tu..


Waktu beroperasi dan masa lawatan ke Rumah Kelahiran Mahathir.. yang bestnya masuk kat sini tak bayar pun.. free ya, sila maklum haha.. tapi yang sedih masa aku pegi kedai yang jual souvenirs kat situ tutup.. baru ingat nak beli fridge magnet huhuhu..

Di sekitar kawasan Rumah Mahathir, ada beberapa lagi rumah pesen rumah lama sebagai bilik pameran.. menyimpan banyak info dan barang barang lama milik Tun Dr. Mahathir.. datang sendiri baru tahu..

Anak anak buah gua.. bergambar kenang kenangan.. aku tak bergambar pun, aku dah tak gila glam dah lately haha... bagi chan kepada generasi baru berputik dan tayang muka kat dalam blog..

Babab.net