Aku pun nak jugak post entry ucapan Selamat Hari Raya Idul Adha kepada seluruh umat Islam.. marilah kita makan daging korban banyak banyak.. jangan lupa gi solat sunat Hari Raya.. lepastu gotong royong kat surau/ masjid tumbangkan binatang ternakan untuk dikorbankan..
Aku macam biasalah, hari raya haji selalunya aku memang tak balik kampung.. sambut kat negeri orang je, kali ni aku nak gi Kedah pulak, Jitra.. tempat rumah kazen aku.. plan esok nak gerak tengah hari ikut member.. bawak beg siap siap pegi office buat muka seposen depan Mr. John, dengan harapan dia bagi lepas aku half day, tapi yang pasti Isnin aku dah mintak cuti hehehe.. Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir dan Batin..