Walaupun dah banyak kali naik kapal terbang, benda macam ni pun boleh berlaku, menyesal.. tapi nak buat macam mana, benda nak jadi.. maka jadi la dia huhu.. mungkin rakan dalam twitter of fb dah tahu, yerr la.. laju je kan update kat sana time tu..
Sebenarnya masa aku nak ke Sabah balik beraya 16 Aug. baru baru baru ni aku telah tertinggal kapal.. orang putih cakap missed flight la.. pertama kali dalam hidup aku, mahu tak kelangkabut aku dibuatnyer..
Macam mana boleh tertinggal flight? eemm ni la antara soalan dalam twitter aku dapat hari tu.. masa tu aku dah down, malas nak cakap apa.. sebab memang salah aku pun.. nak salahkan AirAsia tak boleh jugak.. aku yang relax relax sembang dengan member aku lama sangat sampai tak sedar jam..
Macam ni, flight aku tu sebenarnya pukul 7.15am.. aku mintak tolong member aku hantar aku kat airport dalam pukul 4.30 kitaorang gerak pegi LCCT.. sampai dalam pukul 5.20am macam tu.. dekat je, kejap je sampai ikut jalan belakang LDP.. terus ke Purajaya semua tu.. so, kira mamang sampai awal la kat airport..
Sampai sampai je aku terus check in.. musim perayaan jangan cakap la, ramai gila orang, nak drop baggage bebaris panjang gila.. line betindan, sesak, troli pun susah nak tolak.. yang pasti masa tu sahur pun aku terlepas hahaha.. AirAsia memang dah SMS musim perayaan ni kena pegi airport 3 jam awal sebelum penerbangan..
Aku dah web check in siap siap.. tinggal nak drop barang je la.. aku beli weight dalam 20 kilo.. ingat mula mula barang aku over weight, rupanya tak jugak.. so ok, semua dah siap, tinggal boarding je lagi..
Siap je aku terus pegi kat toilet sebab perut aku meragam.. pegi berak la hahaha (ok ini pun nak cerita ka) ye la naye aku nanti nak berak dalam kapal kan.. gila hahaha.. keluar daripada toilet aku lepak lepak lagi dengan member aku, duduk dekat pintu masuk depan McD menyembang, ha kat sini la mula mula kejadian berlaku..
Sepatutnya aku tak menyembang lagi.. aku kena terus masuk boarding time tu.. huha huha sembang. tengok orang pakai baju merah lalu lalang sampai tak sedar pukul berapa.. zup!! aku tengok jam dah pukul 6.55am, tengok boarding pas gate close pukul 6.55am.. terus dalam kepala aku flight aku pukul 7.15am, aku sepatutnya kena ada dalam boarding area, aku terus panic, bergegar, jantung dupdap kengkabut.. aku terus angkat barang aku yang carry hand, salam dan tak sempat nak cakap apa dengan member aku dan terus lari masuk boarding..
Kat barisan yang nak check keselamatan tu aku potong q je.. ada sorang brother tu sempat marah dan tegur aku.. aku dengan muka kengkabut cakap aku dah hampir tertinggal flight ni.. terus dia cakap ok ok..
Aku masuk boarding area, tengok gate 9 tempat sepatutnya aku keluar pegi ke kapal terbang.. tengok kat sana dah tak de orang.. gate pun dah close, orang yang collect ticket kat situ pun dah tak de.. dahhh aku memang dah missed flight.. tengok kat gate sebelah ada orang tengah baris nak keluar gate.. tanya "flight ke Sandakan gate memang dah tutup ke?" dia cakap "ya dah tutup".. aku terus fitttt.. aku cakap "boleh tak I nak keluar je, nah ni tiket I, tolong la tolong la".. aku merayu hahaha.. "can not, ni flight nak pegi Langkawi".. aku tanya "abistu macam mana, I rasa kapal tak terbang lagi ni, sempat ni".. dia cakap "tak boleh., you pegi kat luar kaunter 65 atau 66".. aku cakap, "so I memang dah tertinggal kapal la ni".. dia cakap "yaa".. "barang barang I macam mana?" dia cakap lagi "pegi kat kaunter 66".. hamboi belagak..
Lepas tu aku lari kat kaunter 66.. jauh tu nak lari, aku berharap diorang boleh guna woki toki soh kapal tu tunggu aku hahahaha.. tapi aku tahu memang dah tak de harapan.. sampai je aku cakap kat kaunter, "I tertinggal kapal".. dia ambik tiket aku dan double check, dia cakap "ya.. kapal dah berlepas".. aku terus tanya abistu macam mana? boleh tak tolong check next flight.. dia cek cek, pastu dia cakap "tak de seat kosong untuk next flight pukul 1.30pm dan pukul 5.30pm" tak silap aku.. "flight ke Sandakan full sampai 18hb pagi.. ada kosong petang".. tanya harga berapa.. dia cakap RM1050 tak ingat aku.. emmm masa tu aku tak fikir apa, aku cakap aku nak beli jugak, tak kesah aku nak balik beraya ni..
Tapi aku sempat gak tanya ada tak flight yang awal sikit ke Tawau ke? KK ke?.. sebab gila rugi masa la aku nak lepak kat Puchong lagi sampai 18hb kan.. dia cakap "flight ke Tawau dan KK semua dah full sampai 19hb"..pfttt.. lepas tu dia cakap lagi, "macam ni, you pegi ambek baggage you dulu kat kaunter Lost and Found kat balai ketibaan.. lepas tu Standby kat sini..selalunya ada je orang yang tertinggal flight jugak, lagi pun you sorang je setakat ni yang missed flight ke Sandakan, so ada chan untuk next flight".. tanya "so berapa yang I kena bayar?" dia check check dalam RM800.. oh murah sikit, lagi pun boleh balik awal banding 18hb tu.. so aku nekad gigih nak Standby tunggu flight pukul 1.30pm.. kalau tak de kosong tunggu flight 5.30pm pulak.. kalau tak de lagi, malas dah aku, beli je la tiket 18hb tu..
Pasal barang aku pulak, sebab aku dah drop baggage.. so semua barang aku dah diorang masukkan dalam bagasi.. semuanya ada empat items, tiga kotak dan satu luggage bag.. polisi AirAsia kalau kita tak naik kapal sepatutnya barang kita pun tak naik sama, even kita dah check in pun.. ni semua syarikat penerbangan pun sama rasanya.. so masa pegi kat kaunter Lost and Found kat arrival diorang pulangkan kat aku tiga items je.. yang luggage bag aku tu hilang.. kat sini aku lagi tambah panic.. dah la dalam bag tu semua baju raya yang aku nak bagi mak anak buah aku semua.. beratus ratus jugak vale bag tu dengan barang barang yang ada kat dalam dia..
Pasal barang aku pulak, sebab aku dah drop baggage.. so semua barang aku dah diorang masukkan dalam bagasi.. semuanya ada empat items, tiga kotak dan satu luggage bag.. polisi AirAsia kalau kita tak naik kapal sepatutnya barang kita pun tak naik sama, even kita dah check in pun.. ni semua syarikat penerbangan pun sama rasanya.. so masa pegi kat kaunter Lost and Found kat arrival diorang pulangkan kat aku tiga items je.. yang luggage bag aku tu hilang.. kat sini aku lagi tambah panic.. dah la dalam bag tu semua baju raya yang aku nak bagi mak anak buah aku semua.. beratus ratus jugak vale bag tu dengan barang barang yang ada kat dalam dia..
Tengok bag dan barang barang aku, penuh dengan sticker security checked, sebab ulang alik keluar masuk daripada area drop baggage ke kaunter Lost and Found kat balai ketibaan..
Kat kaunter 66, aku standby tuk dapatkan tiket next flight 1.30pm.. kat situ rupanya ada ramai gila orang yang tertinggal kapal, ingat kan aku sorang je.. biasala dengan budak Sabah dan Sarawak cepat mesra .. borak borak dengan diorang make friends gelak gelak kongsi cerita haha.. memang kelakar la.. macam macam.. ada makcik tu daripada semalam lagi duk kat airport tak dapat tiket nak fly ke Miri.. ada tiga orang nak fly ke Kuching pun tertinggal kapal masa kat boarding, terpaksa beli tiket baru sebab nak balik cepat.. ada yang baru join kitaorang 'team tertinggal kapal'.. ada orang Philippine satu family missed flight sebab masalah lain panjang masa nak drop baggage.. fuh macam macam kes..
Tapi yang pasti pukul 12.30pm aku dah berjaya dapatkan tiket baru, masuk kan tiga kotak aku kat bagasi semula.. aku bayar dalam RM750 macam tu.. terpaksa la, nak buat macam mana.. tu pun kira okay la, dapat terbang awal.. kasihan makcik yang dah duduk semalaman kat airport tu.. ntah apa la nasib dia, dah la dia sorang sorang, kawan dengan sorang budak baru yang teringgal kapal nak pegi Tawau.. makcik tu cakap kalau tak de sangat tiket, dia tak jadi la balik beraya kat kampung.. sedih pulak aku dengar dia cakap..
Untuk pengetahuan korang disebab kan musim perayaan memang ramai orang yang missed flight.. menurut cerita 'team teringgal kapal' aku kat airport yang aku tak tahu nama nama diorang tu, ada satu flight penerbangan yang nak pegi ke KK 16 orang tertinggal sekaligus.. gila!! diorang cakap airasia tukar gate masa kat boarding, lepastu announcement diorang tak dengar sangat sebab semua spiker kat dalam buat final call sana final call sini.. mengelirukan katanya.. emmm no wonder, sebab airport pun sesak gila..
Semua orang yang teringgal kapal tu kena daftar nama kalau nak standby, ikut nama siapa paling atas keutamaan akan diberikan kalau ada seat yang kosong.. kalau aku yang nak ke Sandakan ni kompom kompom la nama aku sorang je yang ada.. so memang senang la aku dapat tiket baru..
Ni la antara gang gang tertinggal kapal terbang sama macam aku, orang Sabah dan Sarawak.. kelakar berkongsi cerita, cas henpon guna laptop diorang.. tu makcik yang tudung biru tu kasihan tapi pandai buat lawak.. btw, aku tak kenal pun nama nama diroang ni semua.. selamba je kitaorang borak macam dah kenal lama, siap bekutuk kutuk lagi haha..
Untuk pengetahuan korang disebab kan musim perayaan memang ramai orang yang missed flight.. menurut cerita 'team teringgal kapal' aku kat airport yang aku tak tahu nama nama diorang tu, ada satu flight penerbangan yang nak pegi ke KK 16 orang tertinggal sekaligus.. gila!! diorang cakap airasia tukar gate masa kat boarding, lepastu announcement diorang tak dengar sangat sebab semua spiker kat dalam buat final call sana final call sini.. mengelirukan katanya.. emmm no wonder, sebab airport pun sesak gila..
See ramai kan yang teringgal kapal.. yang ada kat sini semua ni ada problem penerbangan, yang pempuan baju merah duduk tu menangis kuat call mak dia.. missed flight pegi Kota Kinabalu.. baru join group kitaorang standby hahaha..
So 12.30pm dapat je aku tiket baru terus aku berlari ke boarding, aku lambai lambai je kat member 'team teringgal kapal' aku yang masih tak dapat tiket baru hahaha.. kat boarding area aku betul betul peratikan gate, takut gila tertinggal kapal lagi haha..
So sampai kat Sandakan aku tunggu barang barang aku.. syukur semua barang termasuk luggage bag aku tu selamat di jumpai.. fuh! sampai aku lupa nak bagi tahu airport yang aku dah jumpa bag aku.. orang kat kauner Lost and Found kat LCCT pun sampai call tanya bag tu jumpa ke tak hahaha..
Apa apa pun ini adalah antara pengalaman aku yang tidak dapat di lupakan, missed flight buat aku nak pingsan tak balik beraya hahaha.. Eh! panjang gila entry ni.. sori sebab aku taib ikut gaya aku bercerita mulut.. korang kalau tak baca tak pe.. aku faham, cuma berkonsi pengalaman jerr.. dan jugak catatan diariku..phiuuuw!!
So sampai kat Sandakan aku tunggu barang barang aku.. syukur semua barang termasuk luggage bag aku tu selamat di jumpai.. fuh! sampai aku lupa nak bagi tahu airport yang aku dah jumpa bag aku.. orang kat kauner Lost and Found kat LCCT pun sampai call tanya bag tu jumpa ke tak hahaha..
Yang penting aku dapat seat kosong paling belakang hohoho..