Sabtu, 11 Ogos 2012

Bayar Fidyah Puasa Dan Cara Mengira Fidyah: Maksud Fidyah Dan Jenis Golongan Yang Membayar Fidyah

Ketika bulan Ramadah tidak semua Muslim mampu berpuasa, ada yang puasa separuh separu dan ada yang langsung tak mampu berpuasa dalam tempoh sebulan.. for those yang tak mampu berpuas tu, Islam membenarkan untuk membayar Fidyah

Maksud Fidyah 

Fidyah adalah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakili satu hari yang tertinggal puasa Ramadan padanya.

Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670 gram.Contohnya si polan telah meninggalkan puasanya sebanyak lima hari, maka dia wajib membayar fidyahnya sebanyak lima cupak beras kepada fakir miskin.

Firman Allah SWT yang bermaksud: (Puasa yang diwajibkan itu adalah beberapa hari tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (al-Baqarah: 184)

Fidyah adalah bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya.


Sumber Bicara Agama Utusan Online

Fidyah boleh dibahagikan kepada dua golongan:

1. Membayar fidyah sahaja
a. Uzur, sama ada orang tua yang tidak mampu berpuasa atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh
b. Orang yang telah meninggal dunia (hendaklah desempurnakan oleh waris si mati)

Kaedah pengiraan: 1 cupak  x jumlah hari yang ditinggalkan puasa

2. Membayar fidyah dan Qada' Puasa
b. Perempuan hamil yang dikhuatiri menjejaskan kandungannya
b. Perempuan yang menyusukan anak, yang dikhuatiri kering air susunya

Kaedah pengiraan: 1 cupak x jumlah hari yang ditinggalkan puasa + menggantikan bilangan puasa yang di tinggalkan

c. Melambatkan qada' puasa hingga melangkan ke bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Kaedah pengiraan: 1 cupak x jumlah hari yang ditinggalkan puasa (jumlah fidyah adalah berganda mengikut tahun yang ditiggalkan + menggantikan bilangan puasa yang ditinggalkan.

Sumber: izakat.com

Cara mengira fidyah

Sila klik link ini----> Kalkultor Fidyah Lembaga Zakat Selangor



Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan memerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai wang ringgit, pakaian dan sebagainya.

Sumber Lembaga Zakat Selangor

Ok itu je ilmu yang di cedok daripada beberapa sumber.. sekadar untuk berkongsi dan extendkan ilmu yang ada di alam maya ni.. selamat beribadah..

Babab.net