Khamis, 2 Ogos 2012

Tempat Berbuka Puasa Yang Sedap

Bulan puasa ni aku perati carian untuk tempat makan yang sedap, melantak dan berbuka puasa dalam blog ini naik.. wah wah korang.. mesti time petang petang tiga empat jam sebelum berbuka puasa korang dok syok mengoogle tempat tempat berbuka puasa di sekitar kawasan korang kan hehehe..

Aku bukannya apa, sebab aku dan kawan aku sendiri pun kat opis buat macam tu sebelum balik daripada kerja.. konon konon nak cari tempat berbuka puasa yang sedap hahaha.. ada pulak tu rakan seopis google restoran kat bandar putri puchong, tetiba jumpa blog ni.. terus call aku tanya mana restoran tu haha.. 

Nasi Ganja Ipoh Perak, ada nampak ganja tak dalam pinggan tu hahaha 

Sebenarnya aku nak tepek banyak banyak gambar makanan, tapi tak sampai hati pulak, cukup la satu sebagai penghias entry.. sebab mungkin ada yang baca entry ni time siang.. tengah lapar lapar, kasihan kat korang haha.. aku dapat bayangkan perasaan itu..  

Apa apa pun selamat menjalankan ibadah puasa kepada korang semua, di sini ada beberapa link entry dalam blog.. kot kot sedang cari tempat berbuka puasa yang best kan.. 

Berbuka Puasa Makan Steamboat Di Brinchang Cameron Highlands
Tanjung Harapan Tempat Makan Yang Best
Berbuka Puasa di TGI Friday's Alamanda 
Sesi Berbuka Puasa Dikala Orang Belanja
Restoran Ayam Penyet
Melantak Di Restoran Baser Nasi Ayam Dan Nasi Beriani Kota Tinggi
Melantak Di Seaside Restaurant, Tanjung Kapal Beach
Makanan Laut Di Floating Semporna Sabah
Makanan Nasi Arab Di Shah Alam
Makanan Thai, Sri Ayutthaya Authentically

Btw, sori lama tak berlegar legar dalam blog.. ni pun kena tidur awal sikit (awal la sangat) sebab esok nak naik Cameron lagi, sebab ada Audit..uh.. sangat tak best  nak out station time puasa macam ni..

Babab.net