Selalunya issue pop-up or words verification bagai macam ni timbul kepada blogger baru.. tapi setahu aku circle friends aku dalam blog ni kebanyakannya adalah blogger lama, dah kira senior.. kira otai pun ada, eh! agak perasan la jugak aku kawan dengan blogger otai kan hahaha.. tapi yang pasti ada diantara kalian sudah boleh diangkat sebagai abang kawasan..
Perlu kah aku nak jelaskan kenapa perlu pop-up kan ruangan komen.. diulang suara, perlu kah.. tak perlu kan, tapi aku peduli hape, aku nak jelaskan jugak..
Korang bandingkan mana lagi mudah, buka tetingkap kecik atau buka page baru?.. just kelik Comment pop! tetingkap kecik dibuka, lebih ringan, senang nak hayun.. tak perlu load semula page.. sedap je komen..
Walaupun sudah ramai yang mengunakan internet berkelajuan tinggi, tapi mungkin perlu jugak dipertimbangkan mereka mereka seperti saya yang menunggang berok cap celcom di dahi.. kasihan la kat kitorang..
Pic ke satu
Nampak tak gambar kat atas.. kalau benda ni kuar aku terpaksa komen guna Anonymous, tapi paling kerap aku buat ialah dengan masukan nama dan URL blog.. tak tahu pulak aku kenapa dia tak boleh set terus guna akaun google aku.. aku tray try tapi tak dapat jugak..
So setiap kali nak komen entry korang aku ulang ulang benda yang sama.. dan yang paling terok ialah rupanya selama ini komen aku tu tak keluar pun, maksudnya selama ni yang aku komen komen tu tak de apa apa, sia sia.. ni aku tahu selepas double check comments yang aku tinggalkan kat entry rakan blogger yang ruangan komen dia macam kat atas, ada ke tak.. ke korang memang tak approve komen aku tu, jahat gila hahahaha.. setahu aku, setakat ni aku tak pernah lagi komen blog orang guna perkataan perkataan lucah.. gila ka apa aku ni nak buat macam tu..haha..
Jika ini berlaku, mungkin korang beranggapan aku ni seorang yang sombong.. ataupun paling mengarut mungkin korang cakap aku ni bajet retis.. tak pernah singgah blog korang dan tinggalkan jejak.. oh mana mana la.. kalau retis pun ok jugak kot hahaha..
Adakah masalah ni berlaku dengan aku sahaja.. untuk pengetahuan korang aku menggunakan browser Google Chrome.. ada tak apa apa setting yang aku perlu ubah..
Tapi apa apa pun paling bagus kalau korang pop-up kan ruangan komen korang, serius itu sangat mesra pengguna.. mudah nak komen dan sangat simple, macam mana nak pop-up kan ruangan komen? sila lah google, aku yakin ada banyak tutorial di dalam internet ni..
Sebagai pesanan terakhir, selain meng K-pop kan blog korang.. MARILAH POP-UP KAN RUANGAN KOMEN..