Sekarangkan musim durian, durian besepah di sana sini.. ramai yang suka makan durian tapi tak tahu memilih durian yang paling ohsem.. so, di sini aku nak bagi beberapa tips nak memilih durian yang masak, manis dan enak.. tpis dipetik daripada tempo.com...
Bergantung kepada jenis.. D24, musang king dan sebagainya, tapi sebaiknya pilih buah yang bulat sebab di setiap ruas nanti akan mengandungi isi durian..
Pastikan tangkainya bukan daripada potongan pisau.. bermaksud buah itu jatuh sendiri daripada pokok..dan jika tangkai itu dipotong dan dijilat ia akan terasa sedikit manis.. tanda durian itu cukup matang dan sedap.. so sila jilat tangkai durian ya hahaha
Pastikan durian mengeluarkan aroma yang kuat dan bau sedap.. sebagai tanda durian itu matang.. tapi jangan pilih kalau bau macam kentut durian.. tu mungkin durian kat dalam dah buruk hahaha..
Jika anda terasa panas, atau mabuk durian.. berikut adalah tipsnya..
Segera makan buah manggis kerana ia boleh membantu meleraikan dengan cepat karbohidrat yang tinggi pada durian di dalam perut..
Atau minum air putih daripada kulit durian yang sama fungsinya seperti buah manggis tadi..
Ok itu jep.. selamat melantak durian.. bye..
Tag: Gambar buah durian, musim durian di perak dan johor, jenis durian malaysia, cara kupas durian, cara makan durian, elak panas badan makan durian, elakkan mabuk durian, pokok durian tinggi, durian gugur, kentut bau durian, tips pilih durin yang matang, tips pilih durian yang masak dan sedap..