Makam Diraja Sultan Abdul Samad, Bukit Jugra
Kawasan bukit adalah merupakan kawasan pemakaman keluarga diraja Selangor sejak tahun 1886. Di kawasan seluas 5 ekar ini terdiri sebuah binaan yang menempatkan makam Almarhum Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor ke-4 yang telah mangkat pada Febuari 1898, Makam makam lain yang terletak di luar binaan merupakan makam makam Almarhum Tengku Muda Musa, Almarhum Tengku Alfiah (Puteri Almarhum Sultan Abdul Samad), Almarhum Tengku Jaafar, Almarhum Tengku Yaakob, Almarhum Tengku Maharum, Almarhum Raja Berkat dan Almarhum Tengku Mutih Ibni Sultan Abdul Samad.
Bangunan menempatkan makam Almarhum Sultan Abdul Samad
Makam Almarhum Sultan Abdul Samad
Rasanya ini la makam makam panglima diraja, panglima hijau dan panglima hitam, tengok pada kain kat atas batu nisan
Makam Almarhum Tengku Muda Musa, mangkat pada 7 Julai 1884
Kalau korang tray google, macam macam cerita korang boleh baca tentang kawasan pemakaman ini.. tapi untungla masa aku pegi ni aku tak tahu apa apa lagi, masa balik daripada bukit jugra tengok orang ber-paragliding, member aku tetiba je bagi tahu kat atas sana ada kawasan perkuburan diraja.. so, aku apa lagi.. nak je la tengok, lagi pun dah tengah hari, tak de la rasa apa apa sangat..
Kawasan ni dijaga rapi ok, ada beberapa orang yang jaga kawasan ni.. time kitaorang singgah pun ada dua orang sedang ngaji kat situ.. mungkin takut orang datang buat benda yang bukan bukan la kot, maklum la, orang orang lama ni ilmu dia kuat, kot kot ada yang datang main bakar bakar kemenyan mintak nombor ekor bagai, buat aktiviti paranormal macam uncle seekers tu..
Apa apa pun jika korang berkunjung ke area Banting Selangor, menjejaki sejarah lama Kesultanan Selangor kawasan Makam Diraja Sultan Abdul Samad, Bukit Jugra adalah tempat yang harus korang pegi.. kawasan perkuburan lama yang menempatkan makam sultan dan kerabat diraja dan panglima panglima sultan..
Bagaimana nak ke kawasan
Makam Diraja ni?.. klik kat sini, tengok signboard, sebab map ni darpada Pekan Banting ke Bukit Jugra Paragliding.. one way boleh singgah ke kawasan makam diraja..
Tag: kawasan bersejarah di selangor, kubur lama di banting, bandar diraja lama di banting, kawasan perkuburan seram, aktiviti kurafat di kubur lama, gambar kubur seram di bukit jugra, kambar kubur sultan selangor..