Ini adalah entry bergambar.. macam biasa la blog aku, apa lagi kan hehe.. gambar kitaorang kat Teratak Hujung Kampung di Kampung Janda yang Baik.. saja saja opismet mengadakan aktiviti "team-building".. untuk mengeratkan hubungan sesama staff dan memperkasakan semangat kerja berpasukan.. wah gitoh hahahaha..
Macam mana nak pegi tempat ni?.. daripada R&R Genting Sempah, kat tepi jalan kat bawah yang ada orang jual jual buah berangan tu.. terus je masuk kat jalan kampung pegi Janda Baik.. yang tempat kitaorang pegi ni dekat dengan pusat latihan umno..
Kat dalam ada beberapa resort dan chalet.. ikut bajet korang la mana nak pegi, tapi kitaorang pilih kira yang murah sikit, selesa pun selesa, tak terikat sangat dengan peraturan, acara bebas dan kampong style..
Mari berkangkang dalam pelampung..oyeh!! hahaha..
Ini la dia sekitar kawasan chalet.. memang pesen rumah kampung la.. kitaorang sewa dua pondok, harga tak silap aku RM170.. semua dia sediakan termasuk pondok dapur tuk masak masak..
Gang rempit tegar dan sorang budak perasan gadis litar keh keh keh.. kitaorang datang dengan lima bijik keta, dua bijik motor LC dan sebijik super-bike..
Ah awal awal lagi dah posing depan pondok hehehe.. pondok dia selesa dan berbaloi dengan harga.. kemudahan yang di sediakan pun kira lengkap.. kira just datang bawak baju dan keperluan peribadi je..
Ini adalah pondok tempat memasak.. dia dah sediakan dapur gas dan kemudahan asas tuk masak masak.. makanan bawak sendiri la..
Ada pondok atas pokok.. sengal diorang jumpa ular daun atas pondok ni.. kengkabut turun tangga keh keh keh.. padahal ular daun tak mengigit kan.. tapi still geli jugak la hehehe
Wah tu dia.. dugong gergasi dalam sungai.. nasib baik sungai tak dalam, kalau tak rasanya dugong ni dah mati lemas..
Antara aktiviti dalam sungai selain berenang anjing atas pelampung hehehe.. air sungai jernih bersih dan sejuk nak mampus.. tapi tetap best berendam dan duduk duduk atas batu sungai macam orang bunian.. ok bunian la sangat..
See padang tuk bersukan pun ada.. saja nak tepek satu gambar aku sedang bersukan hehehe.. lama tak main badminton rasa lenguh pulak tangan aku lepas main..
Ini la main course kitaorang.. daripada petang, malam sampai ke pagi makan daging kambing je kerja hahaha.. kambing golek, memang awesome..
Sedapnya.. panas panas cicah dengan sos BBQ.. emmm juicy, kalau jumpa part yang keras golek golek dalam mulut pastu telan je kan hahaha..
Ah ada banyak gambar lagi nak tepek.. aktiviti malam dan esok paginya sebelum balik tak story lagi.. apa apa pun gambar dan sedikit info ni mungkin dapat bagi gambaran kat korang yang tempat ni memang best..
So, korang yang duduk kat area lembah klang yang rasa rasa nak merilekskan diri, jauh daripada kesibukan kota, boleh la stay kat sini satu malam dua hari.. buat aktiviti hujung minggu bersama rakan rakan, opismet atau family.. memang seronok..
Tag: Janda baik resort, janda baik hotel, janda baik chalet, janda baik hotel, BBQ di janda baik, gambar janda baik, bagaimana nak ke janda baik, mandi sungai di janda baik, kawasan yang best di bentong pahang, kawasan yang best di janda baik..