Jumaat, 15 Jun 2012

Kellie's Castle.. The Castle of Love (Gambar)

Sejarah Kellie's Castle (Daripada Pamphlet)
William Kellie Smith dilahirkan di Elgin Scotland pada 1 MAc 1870 dan datang ke Malaysia ketika berumur 20 tahun untuk mencuba nasib. Kellie adalah nama kepada ibunya. Pada 1905, Smith Mendirikan kediamannya yang pertama, Kellas House. Pada 1909, batu asas istana kedua didirikan sebagai simbol keagungannya.

Beliau menggunakan khidmat 70 orang pekerja yang kebanyakannya daripada Madras. Batu bata dan marmar yang digunakan adalah diimport dari Italy. Tetapi semasa pembinaanya satu tragedi menimpa dan mengorbankan ramai pekerja Smith. Mengikut kepercayaan kaum India kuil harus dibina bagi mententeramkan tuhan mereka.


Istana lama ini mempunyai 6 tingkat menara. sel menyimpan arak, tiang tiang kukuh, arca Mororish dan dinding seni ukir Greco Roman. Terdapat juga ruang legar di tingkat atas untuk berperti dan juga shaft lift yang pertaman di Malaya.



Dalam kunjungan ke Lisbon, Portugal, semasa berumur 56 tahun, Smith diserang penyakit Pneumonia dan meninggal dunia. Kerj kerja terhenti pada Disember 1926 akibat kematiannya itu. Isterinya menjual semua hartanya di Malaya dan dengan peredaran waktu, istana ini kemudiannya bersemadi dalam kenangan. Bangunan ini tidak dapat disiapkan.

Hari ini, penemuan semula istana ini yang dikenali sebagai Kellie's Castle, tegap berdiri walaupun telah dimakan usia.


Menurut penceritaan, di koridor bawah tu la dikatakan penah beberapa kali kelihatan Roh William Kellie Smith masih bergentayangan..

Disinilah tempat dimana tuan Kellie bercadang untuk menjadikannya sebagai ruang tamu.. kawasan yang berbilik bilik ada dua tingkat sebenarnya.. semua bilik besar besar..

Di tingkat atas terdepat beberapa bilik.. ada bilik dikatakan yang sepatutnya menjadi bilik anak lelaki Smith yang bernama Anthony, bilik anak perempuannya bernama Helen, bilik menyimpan cadar, selimut dan tilam, bilik tidur utama dan beberapa tangga rahsia..

Ruang penyimpanan arak yang berada di tingkat bawah.. kawasan ni sejuk dan gelap gila, kitaorang pun guna henpon je suluh turun ke bawah.. seram jangan cakap la, aku mintak cepat cepat naik atas.. member aku ni gila, nak juga tengok sampai ruang yang paling last hahaha..

Kat sini juga ada laluan masuk ke terowong bawah tanah tetapi telah ditutup oleh pihak muzium pada tahun 2003 oleh sebab keselamatan..

Kellie Smith dalah seorang toke ladang getah yang berjaya pada ketika itu.. dia membina istana ni sebagai tanda cinta ke akhir hayatnya kepada isterinya yang bernama Agnes.. ala ala lebihkurang macam Taj Mahal di Agra tu la.. Istana Cinta gitewww... tapi malangnya istana ini tidak dapat disiapkan dan Kellie Smith pulak meninggal..

Rumah Kellas .. ini merupakan rumah kedua William Kellie Smith. Di bina pada tahun 1904. Rumah ini sempurna diduduki semasa mereka berada di sini. Ianya hanya roboh semasa perang dunia ke dua.

Pada 28/11/2007 seorang lelaki cicit William Kellie Smith pernah datang melawat istana lama ini.. nama dia Allistar Boston Smith lahir pada 1980 dan sekarang menetap di Woodlane Beverly Hill England.. nak tengok rupa dia, pegi la Kellie's Castle, ada gambar dia tepek kat sana..

Dan obviously Boston Smith bukannya budak yang selak kain kat atas tu.. hahaha

Helen (bukan gambar budak kat atas tu), anak perempuan Kellie Smith pernah dilihat oleh pengunjung menjelma beberapa saat di pintu di salah satu Bilik Anak Perempuan.. apa yang mereka lihat dalah Helen memakai blouse berwarna putih, berambut kerinting dan berumur dalam lingkungan 6 tahun..

Mungkin ada benarnya mengikut cerita dahulu kala yang mengatakan semangat roh William Kellie Smith measih merayau rayau di sepanjang koridor istana ini... 

Nak tahu cerita lebih mendalam disebalik istana lama Kellie's Castle.. berkunjungla ke Batu Gajah Perak.. dan untuk pengetahuan korang ramai gila orang buat pre wedding photoshoot kat sini.. time kitaorang datang ada lima pasang bakal pengantin buat photoshoot.. hebat, memang Castle of Love la..


Tag: Misteri Kellie Castle Batu Gajah Perak, Hantu Istana Lama, Pre Wedding Photoshoot Di Istana Lama, Jalan jalan di Batu Gajah Perak, Apa yang ada di Kellie Castle..

Babab.net