Kita sudah bercakap tentang kue kue kampung dalam entry yang ini.. dan sekarang mari kita bercakap tentang haiwan haiwan peliharaan kampung pulak.. btw, aku suka the way Lisa Surihani sebut "binatang"..
Orang kampung selalunya suka bela haiwan ternakan.. untuk pendapatan sampingan la.. atau di bela tuk santapan seisi keluarga.. boring boring kan tak de lauk pagi tangkap kambing buat kambing golek.. tu la besnya duduk kampung, lauk ke, sayur ke boleh dapat kat belakang rumah aje..
Kalau orang bandar, sebok tepek iklan kat blog nak dapatkan pendapatan sampingan, ada yang tipu orang, ada yang jual dadah, ada yang jadi pelacur.. macam macam kegiatan negetif la..
Tapi still banyak la yang buat kerja kerja halal.. untungla negara kita ni masih ramai lagi yang berpegang pada ajaran agama dan menghormati budaya kita.. kalau tak dah lama dah negara kita ni bergoncang macam banana shake..
Di kampung ada ayam belanda.. aku tak pernah tengok orang kampung bela ayam belanda mana mana tempat kat Sabah.. sini ada pulak ya.. dan aku tak pernah makan daging ayam belanda.. binatang ni garang dowh, nak snep pun takut.. ekor dia terus kembang kalau kita dekat.. ni ayam belanda jantan..
Ni ayam belanda betina, badan dia nampak kecik sedikit dan ayu berbanding ayam belanda jantan.. lebih kurang je kan dengan ayam kampung.. cuam dia ada accessory kat muka dia.. cop!! betul ke ayam belanda? ke ayam turki?...aku main sebut je kan hahaha
Ni memang orang kampung murtat kalau tak tahu ni binatang apa hahahaha.. ayam kampung dan ayam betina sedang bedetim.. hew hew, nak menghasilkan telur la tew..
Angsa ni adalah binatang yang menakutkan.. dia kejar orang la, kuat pulak tu suara dia.. heeewuk heeewuk dia cakap sambil muncung dia rendahkan dan kejar orang.. biasanya orang kampung bela tuk jaga rumah, sebab angsa ni alert kalau ada pencuri malam.. tengaok gambar kat atas, macam samsing je diorang.. samsing taik kucing!!.. oh ya telur angsa sanagt besar dan keras kulit dia.. aku pernah makan..
Ibu itik dan naka anak dia yang baru dilahirkan.. baru setahun jagung (beberapa hari), comel kan.. macam nak tangkap je pulas sorang sorang hahaha.. tapi nak dekat pun payah.. mak dia garang gila..
Kambing pun antara binatang yang selalu di bela kat kampung.. bagi aku anak kambing yang kecik adalah antara binatang ternakan yang comel.. telinga dia panjang dan suka melompat lompat, ingat lagi aku masa arwah nenek aku kat tawau ada bela kambing.. aku selalu mengendong anak kambing, kaki dia dan telinga dia aku tarik tarik dan badan dia aku picit picit hahaha
Arnab pun ada.. pakcik ni bela dua jenis arnab, satu yang biasa satu yang bulu dia tebal macam kapas, aku gendong gendong bulu dia sangkut kat anak janggot aku hahaha.. comel ko tau.. aku tanya berapa jual arnab ni.. pakcik tu cakap RM10 seekor.. gila murah arnab ni, sib baik aku tak de tempat nak bela.. arnab bagi makan pelet dan gandum.. kadang kadang bagi makan kangkung dan rumput Israil..
Tengok comel kan.. gemuk pulak tu.. arnab ni gayat kalau tempat tinggi, angkat angkat terus dia goyang tak keruan.. arnab tak boleh bagi stress selalu, nanti dia cepat mati.. susah gak nak bela arnab ni, kena tahu caranya..
Ok la.. tak sempat nak cek typo.. aku nak bersiap siap gi Banting ni, jalan jalan.. kengkabut.. bye..
Tag: Memelihara Arnab, Bela Arnab, Anak Arnab Dalam Kandang