Jumaat, 8 Jun 2012

Sedapnya Kue Kue Kampung

Aku suka kue kue kampung.. sebab aku datang daripada kampung pesen, dresing gaya semua macam orang kampung.. jadi makanan pun minat yang kampung kampung jugak la.. aku tak biasa sangat dengan makanan Big Apple, J. Co, Dunkin Donuts, Auntie Anne's dan Baskin-Robbins (tetiba eskrim) semua tu..

Ada banyak kue kue kampung yang selalu menjadi pebret aku.. aku suka kue pelita, cekodok, cempiang, karipap, kue gelang, kue bom dan banyak lagi.. yaaaa dah dekat nak puasa, mesti banyak kue kue kampung nanti kan jual kat bazar..

Perkedel jangung pun sedap gak.. kalau balik kampung aku selalu mintak mak aku buatkan, sedap.. kalau buat daripada jagung manis paling sedap.. aku suka makan dengan nasi, tapi sambil sambil mak aku goreng yang kuar daripada kuali tu aku ambik buat makan makan sambil tengok tibi hehehe..

Kue cakwe memang terbaik.. celup celup dengan kuah kaya emmmm sedapnya.. apa lagi yang panas panas, minum petang dengan kopi o mesti best kan.. kalau kat kampung aku Lahad Datu aku selalu main beli je kat Tenda Biru (pasar petang)..


Jenis jenis kue yang selalu jual kat kampung kampung, ni sikit je ni, ada banyak jenis lagi kan.. ni semua gambar tangkap kat kampung area area Batu Gajah.. baru goreng, panas panas lagi.. hari tu singgah sini minum minum petang warung tepi jalan..

Ops tangkap curi curi.. seorang gadis sedang menggoreng pisang goreng..

Korang macam mana pulak, suka kue kue kampung jugak ke? ke suka gadis gadis kampung jep hehehehe.. di bandar bandar besar ni selalu terbeli kue yang tak seberapa nak sedap.. sebab terlebih tepung kot, mahal lagi tu.. emmm.. bestnya duduk kat kampung..
ps: and now im craving for big apple..

Tag: makanan tradisional kampung, hidup di kampung, kue tradisional, jalan jalan cari makan di batu gajah perak, orang kampung

Babab.net