Jumaat, 1 Jun 2012

Tutorial Cara Nak Buat Strawberry Chocolate

Hari ni aku nak tunjukkan satu tutorial yang sangat mudah dan comel.. iaitu cara cara nak buat strawberry chocolate.. gigih tau aku beli periuk periuk ni semua, sendok besar, coklat, estoberi dan butter.. sebab nak ajar korang.. ye la, aku kan dah ada ilmu ketok ketok kuali, so aku nak kongsi la ni..

Mari kita mulakan tutorial.. baca betul betul tau, ingat dan fahamkan.. sebab susah gak nak buat estoberi coklat ni.. silap silap tak sempat buat, estoberi dah habis kena makan..

Nak cairkan coklat.. mula mula panaskan air dalam satu periuk yang besar sedikit.. tunggu sampai mendidih, masukan chocolate bar kedalam satu periuk yang lain bersaiz kecil dan letak di dalam air yang mendidih tadi.. nak sedap lagi chocolate dia, tarok la sedikit butter.. kacau kacau kacau kacau kacau kacau sampai sebati dan coklat dia betul betul cair.. pastu matikan la api..

Sejuk sejuk sedikit, pastu boleh la celup strawberry yang dah dicucuk guna lidi tu kedalam coklat, kalau tak boleh tenggelam, guna sudu pun boleh gak.. siram siram strawberry tu dengan chocolate pada semua permukaan, kecuali pada daun daun kat pangkal buah dia tu.. malu je aku nak sebut daun, bukan daun sebenarnya.. aku dah lupa nama sebenar dia hehehehe..

Nak cepatkan chocolate dia beku, rendam dia kedalam air ais dengan kadar yang sekejap.. ada sesetengah chocolate tu tak payah pun nak rendam.. kejap je dia beku, sempat lagi nak deko deko, letak chocolate rice atau buat jalur jalur dengan white chocolate..

Taraaaaaa... siap dah.. macam ni je la, strawberry chocolate yang simple.. rasa kesedapan dia bergantung kepada freshness strawberry dan jenis chocolate yang korang gunakan.. lagi segar strawberry dia lagi sedap.. lagi mahal chocolate yang korang gunakan lagi sedap la kot rasa strawberry chocolate korang..

Step yang paling last sekali ialah makan.. hahahahaha..

Ok la aku tipu tipu je sebenarnya.. kat atas tu bukan aku yang buat.. aku cuma tangkap gambar je daripada night market kat cameron highland pastu tengok macam mana diorang buat.. yang lain lain tu aku tanya officemate aku dan lagi yang lain aku fikir secara logik hahahahaha.. kat CH jual RM 2 secucuk ok...

Senang je kan tutorial ni, boleh buat kat rumah.. kalau korang tak de strawberry aku rasa korang boleh gantikan dengan buah lain kot.. cuba tray petai ka, langsat ka, buah nona ka.. bagi la nama chocolate nona manis hahahaha..

Babab.net