Jumaat, 18 Mei 2012

Jenis Jenis Strawberry Yang Terdapat Di Cameron Highland

Mari mengenal jenis jenis strawberry yang terdapat di Cameron Highland hehehe..  masa naik cameron highland hari tu aku ada tangkap beberapa gambar strawberry, kat Kea Farm, dan kat Strawberry Farm Kampung Taman Sedia..

Daripada pengamatan aku, aku dapat bezakan beberapa jenis strawberry yang terdapat kat sana , perbezaan yang sangat jelas.. dengan gambar aku jelaskan satu persatu ok..

Strawberry Sedia Dimakan.. ini adalah jenis strawberry yang sudah dibayar dan sedia untuk di mam mam.. kebanyakan strawberry ini adalah segar, kelihatan cantik dan sangat sweet.. sebab pembeli dah pilih mana yang bagus untuk dijadikan santapan.

Strawberry Terbuka.. estoberi jenis ini adalah jenis estoberi yang dijual didalam clamshell dengan keadaan penutup clamchell yang terbuka.. kebiasaanya estoberi ini di display selepasa baru sahaja ditimbang..

Strawberry Jual Murah.. jenis ni sangat banyak kat cameron higland, terutamnya time musim banjir strawberry atau musim cuti sekolah ataupun stock clearance.. strawberry dijual dengan harga RM10 untuk 3 clamshell/ paket.. murah kan... 

 Strawberry Tingkat Tingkat.. jenis strawberry di display dalam keadaan bertingkat tingkat..

Strawberry Belum Masak.. strawberry jenis ni hanya terdapat kat ladang sahaja, tidak dijual dan tak sedia tuk dimakan lagi.. kalau nak makan pasti rasanya masam..

Amacam dapat tak ingat perbezaan jenis jenis strawberry yang aku terangkan kat atas.. kalau tak ingat tak tahu la nak cakap apa hahahaha...

Babab.net