First time pegi kelinik gigi 8 May 2012, dentist tu xray dan buat dressing kat gigi aku..dressing means dia tampal sikit sikit tempat bahagian yang belubang then kalau sakit lagi kena datang lagi kat klinik dia dan buat treatment terus.. dia cakap gigi aku yang buruk tu tak banyak, masih boleh diselamatkan lagi, dia suggest aku buat root canal treatment dan buang gigi bungsu atau wisdom teeth yang menolak gigi sebelah depan dia..dokter tu suh aku skali buat scaling hahaha.. maybe sebab banyak karat kot kat gigi aku ni..
Apa yang aku faham dokter tu cakap wisdom teehs aku ni dah menolak gigi gigi kat depan dia, menyebabkan gusi aku bengkak dan makanan mudah tersangkut kat between wisdom teeth dan gigi depan dia.. punca gigi aku buruk dan sakit..
So, dokter gigi tu cakap wisdom teeth tu mesti kena buang dan gigi depan dia perlu dirawat dengan kaedah Rawatan Akar Gigi atau bahasa orang putih dia Root Canal Treatment.. macam mana root canal treatment tu? tengok gambar kat bawah..
Seram je kan tengok gigi di korek korek macam tu.. sayang kalau nak buang gigi yang rosak sikit sikit.. sebenarnya ia masih boleh diselamatkan lagi menggunakan kaedah macam dalam gambar kat atas tu.. gigi dibersihkan buang bahagian yang buruk termasuk saraf yang ada kat dalam gigi..means tak de dah rasa sakit sebab tak de saraf.. bahagian dalam gigi dimasukkan dengan gutta percha dan tooth colored... cam mana seram kan..
Tapi perlu diingat kaedah ni adalah kaedah mematikan gigi, maksudnya gigi ko lekat kat situ je.. dia rosak ke patah ke korang takkan rasa apa apa sebab saraf dia dah kena buang, gitu gitu je gigi korang kat situ mati.. so, bagi aku kalau root canal treatment ni masih boleh dielakkan aku pilih jalan yang itu..
Dokter gigi tu cakap, yang aku ingat la tak silap aku.. kalau nak buat root canal treatment tu kena bayar lebih kurang RM 2000 dan tampal cost dia dalam RM 500.. see untuk RCT je dah RM 2500.. pastu kena cabut wisdom teeth lagi RM 800 sebijik lepastu scaling lagi dalam RM100.. so come up with RM3500.. tu tak termasuk kalau ada komplikasi berlaku, kalau ada kompom la cost dia lagi mahal ye dak..
Hari tu sahaja cost gigi aku kat klinik dah RM120 untuk dressing dan 2 kali xray.. disebabkan klinik gigi ni tak boleh nak cover terus guna insurance (PMCare) company tempat kerja aku, so aku decide pegi kat private hospital yang boleh cover terus guna PMcare.. private hospital lagi ok, accommodation dan service dia lagi bagus.. aku pegi kat Sime Darby Medical Centre Subang Jaya.. SJMC or SDMC whatever..
Nak tengok gambar aku dan nak tahu macam nana aku batak first time tidur kat ward kena bius, pengsan cabut gigi muka sembam bagai.. nantikan entry aku yang seterusnya jeng jeng jeng.. tapi korang yang friend list aku dalam facebook dan follow kat twitter mungkin dah tahu story aku kan hahaha