Jumaat, 4 Mei 2012

Anak Monyet Yang Kasihan

Kasihan betul tengok anak monyet ni.. tadi masa pegi out station dekat Kuala Pilah pegi satu ladang ni aku nampak dekat dengan tempat tinggal pekerja ladang tu ada anak monyet.. sedih tengok anak monyet tu dengan luka kat leher, pastu dengan perut diikat tambat kat satu tiang..

Tanya apesal buat macam tu.. kasihan la, boleh tak lepaskan.. pekerja bangla tu cakap dia nak bela anak monyet tu.. tanya lagi, apesal tak letak ubat..  dia cakap dia tak tahu nak letak ubat apa, dia just letak Vaseline, bongok!! Vaesline bukan ubat luka.. then aku dengan kawan aku check ubat apa yang ada dekat pondok pekerja tu.. nasib baik jumpa minyak gamat, bangla tu tak tahu minyak gamat boleh buat ubat luka.. suggest kat dia letak minyak gamat kat baby monyet tu.. kasihan dowh..  

anak monyet sedang memakan seulas nangka.. kecik je dia.. nampak kurus dan sedang bersedih, mesti dia rindu kat emak dia kan....

Babab.net