Sebenarnya aku tak seberapa nak suka buat entry pasal kahwin kahwin ni.. tahu tak sebab apa? nanti ada latu yang komen "Kau bila lagi Abu? bla bla bla... bikin panas siot hahaha.. jodoh tak sampai lagi wahai abang adek kakak makcik pakcik semua.. nanti kalau ada, akan diberitahu kemudian.. benda baik takkan disorokkan.. wah gitu, macam retis buat statement hahaha...
Tanpa membuang masa marilah kita melayan gambar ya kawan kawan.. malas la nak taip panjang panjang, tangan aku sakit..(alasan).. hahaha.. gambar biasa biasa aje, maklum la tukang gambar amatur... selama lamanya amatur..
peeewit pasangan pengantin.. tahniah kawan..
ada persembahan pencak silat lagi depan pasangan raja sehari.. sabah jarang ada macam ni orang main silat silat..
wanita melayu memang suka main laga laga pipi...hehehe..
wah seronok sangat Zuraimi.. ye la kan dah tak satu geng, dah masuk geng suami suami taaat la katakan...
tengok tu gelak macam nak loncat daripada plamin hahaha...
heew heeew.. en padir bila pulak..
aku pun merenjis jugak ok.. pestime ni, tak pernah buat.. sebab kat sabah suku kaum bugis kitaorang tak de pulak main renjis renjis..
kumpulan kompang masyarakat tempatan...tak tahu kumpulan apa, bagus budak budak ni... baikla ikut kumpulan macam ni banding buat aktiviti tak berfaedah..
staff MAFC yang hadir, En Abu, En. Fadir, En Syaril, En. Bob dan orang rumah dan En Armi dan orang rumah dengan anak anak
Sekarang ni banyak betul jemputan kahwin.. weekend ni kat Cheras, pastu kat Kampung Kuala Jempol Bahau pulak, pastu Tanjong Karang, pastu Kampung Titingan Tawau, pastu Kampung Tanjung Kapur Kudat oh my oh my dan dan aku nak balik ke sabah jauh hahaha.. tak pe la, ini la peluang aku nak bejalan jalan kat semenanjung, nanti balik Sabah tak dapat dah nak round round satu malaysia..
Masa kat Kluang kitaorang duduk kat Ailan Hotel.. hotel murah kat Kluang, Rm 35 ringgit je, selesa pulak tu.. not bad la... sebenarnya kitaorang lambat sampai kat Johor, sebab singgah kat bandar Melaka lagi berjimba jimba hahaha... next time aku cerita ok.. hug and kiss xoxo.. bagi pelempang!!