Jumaat, 13 April 2012

Farewell Big Boss: Sri Ayutthaya Authentically Thai USJ 11

Petang semalam ada makan makan, farewell untuk ketua division kitaorang dan kak farah, big boss, En Pahmi nak benti daripada tempat keja, beliau dah nak habis contract.. En Pahmi adalah antara orang kuat company MAFC ni, beliau merupakan antara staff terawal bersama yang lain membangunkan Malaysian Agrifood Corporation Berhad.. even menghadapi banyak cabaran tapi beliau tetap gigih..

Ok enough, lets talk about foods and restaurant hahaha.. yang pertama sekali nak cakap, disebabkan bos belanja, so I would like to say thank you for the very ohsem thai foods.. very simple farewell party tapi semuanya berjalan dengan sempurna.. oh! aku suka hehehe

Memang tak lengkap la entry aku ni kalau tak de gambar kan? harus ada gambar uollss, nanti mak jemah marah tak bagi tunjuk muka dia dalam blog.. maklum la, mak jemah gila glamour uollsss haha.. aku tak bawak kamera canon cap ayam aku tu.. so aku pau gambar daripada HOD kitaorang si Mr. John.. setelah di edit edit tukar warna bagai dalam google+, nampak la ok sikit.. so jom layan...

En Pahmi tu yang duduk kat depan ada janggut tu.. beliau ni sangat cool dan sempoi orangnnya, tapi sekali bagi ucapan semua staff akan bagi tumpuan.. always nice talk dan motivator.. sebelah dia tu En. Zainurin bos finance and admin, dan sebelah En. Zai tu ialah mantan bos kitaorang Quality Department Dr. Fuzi.. mak ayam besar kitaorang daripada dulu sampai sekarang.. yang kat belakang tu kak Farah Diza yang diva dan gojes.. dan sebelah dia Mr. John HOD kitaorang sekarang dan En. Mat Sabtu ketua bahagian Technical Service.. yang ambek gambar guna BB tu Dr. Baha.. hahaha..

Oh ya nama restoran ni ialah Sri Ayutthaya.. come discover the true flavours of Thailand.. serius ohsem, restoran ni terletak dekat dengan residential USJ 11 dekat dekat dengan Taipan.. sila google ya, harap maklum hehe.. macam dalam gambar kat atas, begitulah suasana di dalam restoran ni.. royal and feeling feeling  prosperous The Kingdom of Ayutthaya Thailand.. deko dan musik dalam restoran membawa kitaorang terbang ke Hat Yai kejap haha..

Wah mak jemah tudung merah kemain lagi.. bab makan nombor satu, badan je kecik.. sementara menunggu makanan sampai, bergambar gambar dulu.. tahu la excited sebab kena belanja haha.. kitaorng pun just bawak body jak dengan perut yang kosong.. kak Farah dah uruskan semua, tinggal order minuman je belom..

Aku order dragon fruit juice jerr.. yang lain tu order Nam Linci Prak Som Nam Mapraw Oan, Luk Theng Num Tha Wan Ron dan lagi air Om Bak hahaha.. tak de lah gurau je.. yang parak parak som nam dan luk theng luk theng wan ron tu aku pun tak tahu jadah apa.. sebut je pineapple, banana atau air kelapa lagi senang keh keh keh..

Serius sedap makan kat sini.. dia punya deep fried fish and prawn super like like.. tom yam dia pun.. semua, flavour dia tu memang Thailand la, sedap.. sampai balik opis pun aku tak larat dah nak buat kerja hahaha..

Kalau datang mana mana restoran Ayutthaya ni pastikan korang order Kung Phat Kropchaw Chiang Rai (prawn whatever).. Luk Kai Saw Ob Beb Chaw Thai (chicken with Thai spices and herbs and whatever), Hor Mork Neng (otak otak with dry chilli with whatever), Somtam Makak Khoa (kerabu wif whatever), Thub Thim Grop dan Mak Muang Sa Khoo.. tapi yang ni mesti kotang tahu.. Tom Yam Thalay (tom yam la apa lagi.. a must try dish for Thai food lover).. amacam boleh ingat tak nama nama dia..

Ni je antara staff yang datang.. En. Pahmi panggil anak anak buah dia dan yang previously bekerja di bawah dia.. ada ramai lagi sebenarnya, tapi mungkin sebab nak buat simple dan ringkas so ini je la yang sempat hadir..

So, apa apa pun thanks to En Fahmi dan kak Farah.. semoga rezeki bertambah murah dan sukses di mana mana jua tempat baru selepas ini..

Babab.net