Sebab blogging pun tak de motif yang jelas.. sekadar suka berkongsi cerita, tampat yang aku dah pegi kongsi gambar gambar yang show off.. haha.. tak de la show off apa, sebab kalau nak taip entry panjang bejelah ni aku tak reti sangat.. so biarlah gambar yang bercerita.. tambah sikit sikit captions kira jadi la..
Ok, one fine day.. jeng jeng jeng...
Aku di Cameron Highland bersama rakan sekerja.. mana lagi nak nampak pokok strawberry kat Malaysia ni kalau bukan di CH, walaupun kat Kundasang Sabah pun ada Strawberry jugak tapi agak agak la aku kat sini tetiba ada kat Kundasang pulak hahaha.. Amacam nampak sedap je estoberi ni kan..
Masa order makanan, aku tanya apa makanan yang sedap kat situ.. emmm dia jawab "semua sedap" errr?!!.. so aku tanya lagi apa yang dia recommend.. dia cakap "cuba try nasi goreng Cameron Highland".. nasi goreang dengan banyak sayur, sebijik telur mata dan sebijik buah estoberi yang di belah dua.. rasanya kalau tak de estoberi tu, tak dapat la nak bagi nama nasi goreng cameron highland haha.. kesedapan, daripada 5 aku boleh bagi 3 je...
Salah satu tempat yang korang perlu lawat kalau pegi kat cameron highland ialah ladang contoh Ladang Strawberry KHM Strawberries & Jam.. kitaorang pun dah beberapa kali pegi sini, sebab kat sini boleh makan ice-cream strawberry yang sedap.. ice-cream homemade daripada strawberry dan dicampur dengan jam estoberi, jam tu dia letak kalau korang dah nak beli, rm 2 satu cup.. serius sedap.. kat sini jugak korang boleh beli jam yang diorang buat tu, pelbagai jenis dan grade.. sedap tau jam ni, selalu je orang mintak kirim kalau ada orang yang gi CH..
Dia sediakan tables tuk orang rehat sambil sambil makan ice.. haven tak haven, sejuk di ladang estoberi, berbumbungkan pokok anggur hijau yang menjalar sambil menikmati ice-cream strawberry hahaha.. tempat rehat ni tak luas mana pun, tapi memang nice la.. rugi kalau tak singgah, kat Kampung Taman Sedia Cameron Highland.. dalam kampung ni jugak ada banyak homesaty..
Abang kerajaan dan abang kawasan keh keh.. pas ni tak best dah outstation, sebab kawan aku Pokli yang pakai spek tu dah nak benti kerja, di dapat keja kerajaan.. jadi Encek Pegawai Pertanian..
Posing beraksi seperti model di Kea Farm.. ah!! lupakan, sebab kawan kawan aku semua macam ni, suka sangat bergambar, cakap orang padahal dua kali lima haha.. macam ni keadaan di Kea Farm, cuma deretan gerai gerai yang menanti pelanggan untuk membeli, tak sesak sebab hari biasa..
Ok fine, korang mesti cakap Abu ni asyik bejalan aje kerjanya.. real show off, tunjuk gambar bagai.. well macam ni la identiti blog aku.. berkongsi tempat tempat yang aku dah pegi kepada pembaca.. dengan harapan dapat memberi sedikit info, sebab kalau nak buat entry enrty yang berilmiah ni aku tak reti sangat hehehe..