Ahad, 1 April 2012

Aktiviti Berbasikal Di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam

Satu lagi aktiviti rakan seopis telah diadakan.. saja saja buat, kali ini aktiviti berbasikal di Bukit Ceraka atau nama penuh dia Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam Selangor.. walaupun bermula dengan gerimis mengundang tapi aktiviti tetap berjalan dengan lancar..

Untuk pengetahuan kepada sesiapa yang tak pernah pegi Bukit Ceraka ni, bayaran masuk ialah RM 3 seorang.. banyak kativiti yang boleh dilakukan kat dalam termasuklah berbasikal, basikal boleh sewa, RM5 ringgit sejam dan RM1 untuk setiap jam berikutnya.. tapi rasanya lagi syok kalau bawak basikal sendiri..

Kat dalam jugak ada Rumah Empat Musim, Rumah Rakyat, Taman Haiwan, Tapak Perkemahan, kolam renang dan banyak lagi la.. masuk sendiri baru tahu..

Macam biasalah, sebelum bermula mari kita bergambar beramai ramai dulu ya hehe.. nasib baik la baru habis gerimis, cuaca masih mendung, sejuk sikit, kalau tak mesti panas.. yang hitam bertambah hitam..

Ha adik adik macam ni la orang kalau kurang stamina.. naik basikal pun nak pengsan haha.. padahal semua pun semput, pancit, sakit kaki, nak muntah bagai, tak larat dowh huhuhu.. lama betol dah tak main basikal rasa macam nak terbongkar je lutut ni..

Tengok tu, ni bukannya aktiviti berbasikal.. ini aktiviti tolak basikal.. sembilu sangat uolllss, mak jemah pun turut sama tolak basikal haha.. asal naik bukit yang tinggi sikit mesti tak larat, aku paling suka kalau turun bukit huhu.. lajuuu...

Ada macam dekat oversea tak? Dublin ke Korea ke Manhattan ke ada tak hehe.. bajet.. tak dapat pegi oversea, bayar RM 3 masuk rumah empat musim pun cukup la ya, tak yah nak lebih lebih haha.. sekarang ni tengah musim bunga..

Tengok happy tak kitaorang happy tak? seronok aktiviti macam ni.. lupakan pasal kerja kat MAFC tu, buat serabut.. pegi macam ni berhuha huha sambil beriadah memang syok .. kerja kita kerja outing kita outing, wah gitu hahaha..  


Lebih kurang pukul duabelas tengah hari kitaorang bla dari Bukit Ceraka.. tak larat sakit bontot main basikal.. lepas membakar lemak kitaorang terus pegi menternak lemak pulak.. makan nasi arab, bantai daging kambing kat seksyen 7.. lokasi D Arab Cafe, belakang Unisel Shah Alam..

Tengok la orang yang dah kenyang, macam ular sawa yang dah telan sekor kambing, tak larat dah nak bergerak haha

So, tu la dia kativiti kitaorang rakan sekerja untuk kali ni.. plan nak buat apa pulak pas ni tak tahu lagi..

Babab.net