Khamis, 15 Mac 2012

Moment Moment Biasa Bercuti di Kampung Halaman

Hi semua.. first macam biasa la nak mintak maaf sebab tak dapat nak bw.. korang datang kat blog buruk aku ni tapi aku pulak tak buat kunjungan balas.. statement basi yang diulang ulang hehe..

Ya serius aku sedang berada di kampung Lahad Datu, Sabah.. line internet macam hanjeng, kadang 3G, kadang GPRS, kadang lagi EDGE.. tinggal lagi 3GP je belom.. slow yang amat, selalu online kat twitter dan fb je, tu pun guna henpon cap ayam, ok la jugak.. nak blogging mampos la betri cepat abis cas.. so kalau nak berkeep in touch follow la kat twitter @ashgive.. wah gitu sempat lagi promot acc twitter kah kah kah..

Tengah malam ni time aku menguap nguap line ok pulak sikit.. so dapatlah update entry dengan beberapa gambar..

Sofar tak de lagi apa yang best berlaku kat kampung, just spent time dengan family je kat rumah, lagi pun cuaca kat Sabah macam tak ok sangat, asal petang je hujan asal petang je hujan.. asal hujan je petang.. macam tu la.. nak jalan jalan pun macam tak best..

Oh ya, gambar kat atas tu ialah sayap pesawat AK5152, suka ambek gambar daripada atas, nice kan.. AirAsia je, tu pun tiket promo, tak pe la yang penting  'sekarang semua orang boleh terbang'...

Kalau korang nak tahu ini la bandar lahad datu.. satu gambar aje, ni pun view daripada terminal.. besar gak bandar ni, bandar ke empat terbesar selepas KK, Sandakan, dan Tawau.. dan ia masih terus membangun, tiap kali balik cuti ada je perubahan yang aku tengok.. fyi, tak silap aku tanah paling mahal kat sabah ni kat lahad datu la, mengalahkan KK mengkali..

Kat rumah tak de apa nak buat, aku ada dua anak buah yang nakal, kepoh dan banyak tanya hahaha.. pening aku layan karenah diorang.. sekarang ni diorang tak tagih pulak basikal yang aku cakap nak belikan tu.. harap harap la diorang tak tagih sampai aku balik KL nanti.. hahaha..

Waktu malam selalu je ajak main cekgu cekgu.. masalahnya dia nak ajar aku bahasa cina, jadah apa dia cakap aku pun tak faham, siap nyanyi lagi.. adoi! malu aku dengan budak budak ni..

Paling best, aku dah ada passport ngeeee.. pasni boleh la pegi Europe, USA, Korea, Jepun, Middle East semua negara.. ok berangan jap.. hahaha.. malu gak, orang dah lama buat, aku je ni yang ketinggalan, baru tekedek kedek kat imigresen mintak buat pasport..

Ni gambar time rumah aku kena fogging petang tadi oleh pegawai kesihatan, anak jiran sebelah rumah dijangkiti demam dengue, dia dah kena tahan di hospital.. ada kes dengue macam ni baru la kesihatan kengkabut nak fogging bagai.. disebabkan sorang tu kena jangkitan, satu kawasan perumahan kena fogging, bagusla macam tu.. 


Beginilah suasana kawasan perumahan time kena fogging.. aku tengok macam perang di asia barat jek kah kah kah.. semua orang kena keluar daripada rumah time asap tu kena sembur.. so macam tu la keadaanya..

Empat hari berlalu tak de apa yang gempak berlaku, semua moment moment biasa aje.. cuma pagi tadi je aku pegi Kinabatangan, tu pun sebab urusan kerajaan, tak de pun jalan jalan.. sesekali gak pegi Kg. Burung rumah pakcik aku, tangkap burung.. aku tipu..

Esok ingat nak jalan jalan kat Tawau dan Semporna.. kalau jadi la, barang pun dah packing ni, cuma yang pasti nak ke Pulau Sipadan tu memang tak sempat.. dengar dengar diorang tak galakkan sebab sekarang musim hujan dan angin kuat.. emmm.. sodih..

Babab.net