Jumaat, 2 Mac 2012

Membeli Bunga Segar Di Kea Farm Cameron Highland

Nak buat intro pun aku rasa amat susah... emmm.. nak mula daripada mana pun tak tahu haha.. ok! kawan twitter atau yang baca entry ini mungkin dah tahu yang semalam semalam aku pagi Cameron kan..

Aku pegi pun sebab urusan kerja.. tapi sempat jugak la singgah mana mana tempat beli barang before turun.. ya la kan bukannya selalu.. alang alang dah naik menyelam sambil minum air tak de salahnya, yang penting kerja beresss...

Aku tak tahu nak cerita yang mana satu dulu, sebab aku pegi kat atas dua hari satu malam.. stay kat rumah member, boleh jimat, tak yah duduk hotel claim duit company heh keh.. bagus kan..

Untuk entry ni aku nak bagi tengok korang gambar gambar bunga jak, gambar lain next time la kalau aku rajin.. ok, even aku ni bukanlah mat bunga tapi setakat berlagak seperti mat bunga tu tidak susah bagi aku hahaha.. 

Kalau nak shopping shopping kat Cameron Highland memang banyak gila tempat.. sampai tak tahu mana nak pegi.. tapi bagi sesetengah orang yang dah biasa kat sana diorang tahu mana tempat yang best dan murah.. untung sebab officemate aku naik sekali hari tu memang dah biasa dan pena duduk kat CH.. tempat beli dan strawberry dan bunga bungaan cinta dia bawak kat Kea Farm..

Ada bermacam macam jenis dan warna.. sampai tak reti nak beli yang mana satu, motiff  la aku nak reti pilih kan hahaha. bunga ros sahaja ada banyak jenis warna.. biru, kuning oren merah sikit sikit, pink sikit sikit, ungu ungu, putih.. banyak la..

Bunga bunga semua nampak segar.. terbaik daripada ladang, baru petik mengkali.. bunga kat atas ni sangat wangi.. dan murah je banding kalau korang beli kat KL.. obviously, origin dia kottt haha..  oh ya, yang orang buat pepori, potpori kah pori pori apa kah? pun ada jual kat sini.. murah aje berpacket packet ..

Ada pelbagai jenis bunga.. selain yang segar, bunga yang dah kering pun banyak jugak, ada gak yang segar tapi dah di awet.. boleh tahan lama sampai dia kering tapi still tak tanggal daripada batang dia.. aku heran bila dia cakap bunga boleh tahan sampai satu tahun, tiga tahun, lima tahun.. tipu ka apa dia ni..

Bunga matahari yang tak kembang lagi... tiga jambak RM 10 ringgit, boleh campur lain lain jenis dan warna.. memang murah la.. ada banyak kedai boleh pilih mana yang offer bunga yang bagus dan lebih murah..

Bunga ros macam ni tak silap aku RM 10 dua jambak.. tak silap aku la.. tak ingat sebab aku tak beli pun saja tengok tengok jak, kawan aku beli tuk 'ayang' aka wife dia.. aku tak de 'ayang'  so aku pun tak beli la..

Bunga ros color merah.. macam sedap je di makan hohoho.. yang ni jenis yang segar, tahan dalam tiga empat minggu aje.. tapi terpulang cara penjagaan.. mungkin ramai kat sini yang tahu cara cara nak buat bunga segar supaya tahan lama dalam pasu air.. sila la kongsi.. kot kot ada yang butuhkan info itu hehehe..

Bunga ni boleh tahan satu tahun lebih dia cakap.. emmm.. ya la kot sampai dia kering.. sometimes bunga kering memang nampak awesome.. tapi kena pandai deko la.. kalau tak yang cantek pun nampak ugly jugak betul tak.. 

Ok fine!! aku memang beli hahaha.. tu pun sebab aku tak tahu nak bagi apa kat budak budak kat opis tu.. beli bunga mesti diorang suka, nampak murah macam ni so aku pun angkat la.. Aku beli ros segar yang telah diawet, RM10 dapat dua jambak, free satu jambak.. so semua satu set ada tiga.. see.. murah kan, rasa macam nak meniaga bunga pulak.. jadi florist jual kat KL..

Gadi si penjual bunga hehe.. Aku beli banyak sebenarnya kah kah kah.. ada kawan sorang tu mintak pesan cakap dia nak bawak tuk kawan dia yang nak kahwin Sabtu ni.. so, tolong kawan punya pasal kereta pun penuh dengan bunga, stoberi dan sayur sayurran bagai hahaha

ps: ingatkan dah cukup banyak.. sampai kat opis petang terus diorang serbu, sori yang tak dapat bunga dan strawberry..^^
   

Babab.net