Selasa, 21 Februari 2012

Mandi Sungai Di Hutan Rekreasi Sungai Tekala

Entry ini adalah sambungan daripada entry hari tu.. alang alang aku cerita baik aku habiskan terus.. hehehe.. selepas sahaja turun daripada bukit broga kitaorang terus ke satu lagi tempat yang best iaitu Sungai Tekala.. lebih kurang 30 minit perjalanan daripada kaki bukit broga tu..

Sungai Tekala mestila nak pegi main main air kan.. takkan nak pegi main askar askar pulak keh keh..

 Kelaparan.. sampai sampai je terus serbu gerai jual makanan kat situ.. sib baik ada nasi lemak, sebab aku memang lapar nasi time tu.. panjat bukit broga aku tak sempat sarapan nasi, makan sandwich je yang diorang buat dengan ramuan kasih sayang kata mereka.. ya la kasih sayang, sebab sandwich tu la kitaorang lewat gerak..

Even dah penat tapi masih kuat lagi begelak tawa, bercanda ria depan gerai bersama akak penjual dan sesama kitaorang.. err!!!... apesal macam haram je ayat aku ni..

Kesukaan yang amat.. sebenarnya aku dah lama tak mandi sungai.. last sekali emmmmm.. tak ingat, bertahun jugak la kot rasanya.. antara sungai dan laut, aku suka sungai lagi.. tapi sungai yang bersih la, kalau macam Sungai Klang tu err kim salam jak la.. katak pun tak nak duduk dalam tu mengkali...

Laluan nak masuk.. cari area yang best, yang ada jeram sikit.. atas atas kurang sikit orang. lagipun kalau main main air kat bawah macam tak best pulak.. entah entah orang kat atas kencing.. merasa la air kencing orang hahahahahaha...

 Tiga ekor ikan duyung sedang menjamah nurgget di tepi sungai.. eh ikan duyung ker ikan dugong ni.hahaha..
 
Ha.. akirnya tercapai jugak hajat si Alif ni nak mandi.. sejak daripada bukit broga lagi dia cakap nak mandi nak mandi.. puas dia loncat loncat berendam bagai sampai bekedut kedut hujung jari baru nak naik.. keh keh keh.. padahal yang aku lagi tak ingat dunia time mandi mandi hahahaha..

Bah sebelum bla.. layan dulu gambar aku yang cool.. hahaha.. cool la kot rasanya.. :P




Tag: Sungai best sekitar lembah klang, kawsan rekriasi dekat dekat selangor, kawasan rehat sungai selangor, mandi manda di sungai tekala, koleksi gambar foto sungai tekala..

Babab.net